Monday, December 29, 2008

KERJA KUAT,KUAT KERJA,KERJA KUAT-KUAT.

Banyak kata kata peransang dan kata kata semangat dengan slogan dan falsafah yang diutarakan,antaranya ialah Kerjalah dengan bersungguh-sungguh,Buat kerja betul-betul,Berkerjalah bersama-sama saya,Buat kerja masing-masing dan pelbagai lagi kata-kata yang dilontarkan berkisar soal kerja.

Orang rajin cari jalan,orang malas cari alasan juga berkisar soal kerja.Usaha tangga kejayaan juga berkaitan kerja,pokoknya ialah kerja,kerja,kerja.

Ya benar,kerja.....kerja adalah satu amanah yang perlu dibuat oleh semua umat manusia dan ianya satu tuntutan yang perlu dalam kehidupan ini.Tafsirkanlah apa jua difinasinya persoalan kerja tetap menjadi rutin untuk semua.

Bolehkah jika kehidupan ini jika tiada kerja?....Mungkinkah kerja itu satu perkara yang membebankan?...atau perlukah syarat kerja itu dipinggirkan daripada segala keperluan ini?......
Cuba imaginasikan jika tidak ada apa-apa kerja dalam kehidupan ini?......

Telah difitrahkan untuk setiap kehidupan dalam sekelian alam ciptaan Allah Taala ini wajib kerja,Hidup untuk kerja atau kerja untuk hidup terpulanglah pada apa yang difikirkan tetapi pokok pangkalnya kerja.

Yang bulat tidak datang bergolek,yang pipih tidak datang melayang,KERJA. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya,KERJA.Bakti disemai budi dituai,berbudi dengan tanah dapat hasilnya,KERJA.
Apa jua sebutan atau kata kata berkaitan apa jua urusan,tugas dan pelbagai usaha dan juga tanggungjawab semuanya dijuruskan kepada KERJA.Begitulah peri pentingnya KERJA.

Jangan abaikan kerja kerana ianya satu amanah yang dituntut dan perlu dilakukan samaada mau ataupun tidak,suka atau tidak suka kerja mesti dan wajib dilaksanakan.Dan nilaikan lah sendiri setiap apa jua perkerjaan yang dilakukan berhasil atau pun tidak,baik ataupun buruk,sempurna ataupun sebaliknya.

Dalam tubuh manusia kesemua organ ada fungsinya dan ada kerjanya yang tersendiri,bezanya ada yang kerja berat ada yang kerja ringan,begitu juga dalam setiap enjin,juga dalam setiap organisasi,ada kerja masing-masing.
Secara rengkas dapat disimpulkan bahawa jika tiada KERJA bererti mati.

Amanah ini perlu dilaksanakan kerana besar maknanya,oleh itu janganlah dipertikaikan soal kerja,kerja satu kewajipan yang mesti.

Matlamat kehidupan yang termaktub di duniawi,kerja untuk kesenangan,besar kerja besarlah kesenangannya,bolehkah hidup senang dengan tidak berkerja?...renung-renungkan...

Kerja untuk dapat upah/gaji,kerja untuk sara hidup diri dan keluarga,kerja untuk beribadat kepada Allah Taala,kerja untuk masyarakat,Agama,Bangsa dan Negara.

Untuk itu kena KERJA KUAT,KUAT KERJA,KERJA KUAT-KUAT,semestinya itulah kehidupan.

Tuesday, December 23, 2008

KENDURI KENDARA

Cuti-cuti Malaysia,musim kenduri kendara,dimana-mana ada kenduri,gantung periuk lah kata seorang sahabat,macam -macam ada kenduri,kenduri bersunat,kenduri arwah,kenduri kesyukuran dan yang paling banyak ialah kenduri kawin.

Trend musim cuti ini,banyak kenduri kawin diadakan,yalah seperti kata seorang kawan musim mengawan,bermula disember boleh dikatakan setiap hari penuh dengan undangan kenduri kawin,awas berpantang lah kepada yang ada darah tinggi dan kencing manis,apa tidaknya hidangan yang disediakan semuanya menyelerakan.

Kemeriahan kenduri kawin bukan untuk yang jadi pengantin saja,yang jadi tetamu jemputan pun turut rasa meriah,hari hari makan free,kadang-kadang sampai terlupa jemputan pun ada kerana terlalu banyak yang perlu pergi untuk meraikan,nak makan tak terdaya rasanya,setakat nak meneguk air tu boleh lah,pergi tetap pergi kerana yang menjemput itu saudara atau pun rakan karib.

Apabila terlalu banyak kenduri yang perlu dipenuhi sebagai jemputan ada kala nya terasa juga apabila Tuan empunya kenduri yang merupakan rakan baik atau saudara terdekat ambil mudah dalam menjemput kita,sebagai contohnya kita dijemput melalui wakil saja sedangkan beliau beberapa kali berjumpa dengan kita hanya sekadar memberitahu nak kenduri saja tapi tidak menjemput.Kecil hati dan terasa ada juga,pun begitu tak usahlah terlalu memikirkan sangat mungkin orang yang membuat kenduri tu sibuk dan terlupa atau dia fikir yang kita ini telah dijemputnya.

Kenduri oh kenduri,pergi kena,tak pergi tak kena,orang jemput kerana hajat,kita penuhi jemputan menunaikan hajatnya.Iniklah realiti masyarakat melayu dimana-mana saja,kenduri pasti ada.Ada kenduri kecil dan ada juga yang kenduri besar,besar periuk besar jugalah keraknya.Ada yang buat dikediaman ada juga yang menyewa didewan-dewan,apa yang penting kenduri.
Ada yang menggunakan perkhidmatan katering,tak kurang juga masih lagi menggunakan pakatan gotong royong,tetapi kebanyakan hari ini tidak lagi makan berhidang,layan diri lah pula.

Hari ini pun ada kenduri ,jom kita pakat pakat ramai ramai pergi,SELAMAT PENGANTIN BARU,dan selamat menikmati hidangan KENDURI.


Monday, December 22, 2008

MAKAN UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK MAKAN

Cari makan,itu ungkapan yang kerap kita dengar daripada ramai orang,apabila tekun dan bekerja keras melakukan sesuatu perkerjaan.Persoalannya ialah kita kena berusaha atau berkerja jika ingin untuk mendapatkan sesuatu itu.

Banyak peluang yang terhidang didepan kita untuk dijadikan asas kepada usaha mencari makan,kepelbagaian peluang ini perlu kita rebut sentiasa mengikut acuan kebolehan dan tumpuan usaha kita,ada yang baik,terbaik dan ada yang buruk.

Bicara kali ini mengutarakan istilah cari makan dalam kontek keusahawanan,ramai usahawan melayu hari ini lebih gemar berniaga,ada yang secara kecil kecilan dan ada pula yang terlibat dengan kontrak pembinaan,pembuatan dan tak kurang juga dalam bidang perkhidmatan,tetapi yang paling ramai orang melayu gemar dalam bidang makanan,gerai gerai dan kedai makan banyak tumbuh bersiuh-siuh dipelbagai tempat,perniagaan yang diasaskan dan diusahakan untuk meningkatkan taraf hidup dan mempertingkatkan ekonomi diri dan keluarga.

Ada seorang kawan yang kerja cari makan nya dengan cara yang lebih bijak,iaitu dia bekerja dengan tidak terikat (independent).Jika nak sesuatu projek carilah kawan ini,dia boleh membantu,sebut saja apa jua projek yang dikehendaki,beliau akan berusaha untuk dapatkannya dengan syarat kena ikut arahan yang beliau berikan,akan dapatlah projek tersebut.Ramai petender dikalangan syarikat syarikat bumiputera yang mendapatkan perkhidmatan daripadanya dan ramai juga yang berjaya mendapatkan tender tender yang dilobi oleh kawan ini.

Keistimewaan kawan ini,beliau hanya memiliki telefon bimbit dan lap top saja,tiada pejabat dan tiada P.A,Kerani dan kakitangan,tetapi gaya hidup dan pencapaiannya mengkagumkan,secara peribadi bertanya berapa pendapatan beliau,tersenyum bangga beliau berkata lebih kurang lima juta setahun,wow banyak tu.Istilah cari makan yang ternyata hasilnya cukup lumayan bagi beliau.

Teringat kata-kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan,jika kita berfikiran positif dan melakukan usaha secara jujur dan berterusan dengan kegigihan nescaya akan beroleh kejayaan biarpun usaha yang kita lakukan itu dipandang sinis pada mulanya.Kejayaan adalah milik semua orang,bergantunglah bagaimana orang itu hendak menterjemahkan setiap apa yang diusahakannya.

Jika kita inginkan perubahan diri dan ekonomi kita,lakukan sesuatu yang boleh menghasilkan apa yang kita inginkan untuk cari makan,biar kita gagal kerana melakukan sesuatu daripada kita gagal dengan hanya berpeluk tubuh saja.Rajin berusaha akan beroleh kejayaan.

Perlu kita ingat dan bertanya pada diri kita,apakah kita hidup untuk makan,atau kita makan untuk hidup, kerana setiap apa yang kita huraikan ada makna yang tersendiri yang tersurat dan tersirat.Yang terbaik untuk kita ialah biarlah kita makan untuk hidup daripada kita hidup untuk makan,apabila kita makan untuk hidup bermakna banyak peluang yang boleh kita capai untuk teruskan kehidupan kita ini.Dan jika kita hidup pula untuk makan bermakna kita selalu mensia-siakan setiap peluang yang kita ada dan akhirnya kita hanya dapat sesuatu itu sekadar cukup-cukup makan saja.

Sunday, December 14, 2008

KUALA LUMPUR KE BUKIT KAYU HITAM

Keluar tol dari Jalan Duta menuju utara,terpampang pandu arah menuju ke Bukit Kayu Hitam,dalam hati dekat saja nak kesempadan negara,kenderaan yang dipandu memecut laju dengan riang supaya cepat sampai kedestinasi yang ditujui.Bukan apa dah tinggal rumah hampir tiga hari,rindulah.

Sampai di tol,walaupun mempunyai kad touch&go tetapi oleh kerana kenderaan tak banyak dilorong tunai maka lorong tunai jadi pilihan,bukan apa cuma boleh tengok juru tol,sekadar dapat senyuman sudah lah.Cik....tolong buka sekejap saya nak sentuh! usikan itu saja,dapatlah melihat senyuman juru tol.

Dalam perjalanan selama empat jam pelbagai juru tol yang ditemui,ada yang ramah ada yang periang dan ada juga yang tak dapat lihat senyuman.apa pun seronok juga sekali sekala bertemu wajah wajah juru tol disepanjang lebuhraya ini.

Sampai di Jitra,disebuah restoran Nasi kandar,pertemuan dengan beberapa kenalan yang ingin tahu berkaitan Program Pintar Ekspres,sambil makan dan bercerita dan sessi soal jawab,seorang dari rakan dalam pertemuan tersebut membuat cadangan untuk mengajak kami semua ke Bukit Kayu Hitam untuk berjumpa dengan rakan-rakan nya.

Selesai urusan pendaftaran di Jitra,kami pun bertolak pula ke Bukit Kayu Hitam,ada lima orang yang menanti kedatangan kami,disini penerangan sangat ringkas yang diberikan sebab kelima-lima mereka telah memahami,hanya membuat pendaftaran sahaja.Dah sampai di Bukit Kayu Hitam kalau tidak melintasi sempadan tak lengkaplah perjalanan ini,maka atas ajakan rakan-rakan kami berempat pun dibawa masuk kepekan danok,tirai malam dah mula berlabuh.

Thursday, December 4, 2008

PERTAHANKAN KEPIMPINAN MELAYU

Hari ini selepas balik daripada memberikan taklimat Program Pintar Ekspres,sempat juga mengadap depan pc ni,tiba-tiba fon vibrate,ada seorang hamba Allah menalifon dan mengajak berbual,kata nya elok sangatlah kalau kita pakat ramai ramai menyertai Kelab che det.com,katanya lagi kita boleh mendapat info semasa dan juga info politik dan sebagainya.

Maka secara tak langsung atas ajakan kawan ni,sertailah ahli kelab che det.com,
dalam chit chat sembang,tertarik jugalah dengan satu artikel berkaitan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir ,apa yang menarik minat untuk dinyatakan disini ialah bagaimana ngo kaum-kaum lain bersatu dengan satu nada mempersoal dan mempertikaikan kenyataan tersebut,dan yang peliknya,kita boleh lihat bahawasanya Bangsa Melayu juga banyak ada NGO-NGO yang hebat hebat,tetapi berapa kerat saja yang berani mempertahankan hujah dan saranan daripada Datuk Mukhriz.

Teringat pada satu ketika semasa Tun Dr.Mahathir menjadi PM dulu,apabila ada isu-isu yang berbangkit berkaitan Bangsa Melayu,kita nampak tidak banyak NGO atau pemimpin melayu bangun bersuara mempertahankan hujah hujah ataupun membela kenyataan Tun Dr.M,kini berlaku lagi,kali ini Datuk Mukhriz pula.
Apakah kerana kecemburuan politik kepada beliau,maka kita perlu membiarkan Pemimpin melayu yang berpotensi untuk menjadi pemimpin di negara ini,maka kita sanggup membiarkan kaum-kaum lain memandang rendah dan menginjak injak pandangan beliau yang baik itu?...Fikirkan,dimana Bangsa Melayu kini,jika tidak dipimpin oleh seorang pemimpin agung melayu yang berwawasan dan hebat ternama seperti Tun Dr.Mahathir?...

Artikel pertama dalam blog ini telah mengajak seluruh umat melayu Bersatu,berpadu untuk maju,buang yang keruh ambil yang jernih,yang berat sama kita pikul yang ringan sama kita jinjing,jangan kita pandang ringan dan ambil mudah terhadap sesuatu isu yang timbul,ini soal Bangsa Melayu,maruah dan mertabatnya,Kita wajib bangun membela dan tegas apabila pemimpin kita yang berpotensi seperti Datuk Mukhriz,jangan kita biarkan hujah hujah dan cadangan untuk kesejahteraan negara ini diperkotak katikkan oleh kaum-kaum lain.

Bangsa Melayu kian terpinggir,kita ada ramai pemimpin melayu,tetapi tak ramai yang boleh memimpin,kalau ada pun cuma sedikit saja yang benar benar berjuang untuk Bangsa Melayu,Kita melayu,kita perlukan kepimpinan melayu yang hebat dalam membela nasib bangsa kita yang sering ketinggalan dalam pelbagai bidang,jika permata yang kita nampak sinarnya,mengapa tidak kita gilapkannya dari kita membiarkannya pudar.Macammana nak melayu gagah dinusantara kalau kita sering mengadu dombakannya.

Kembalilah wahai bangsaku(melayu) ,jangan kita bersengketa sesama kita,pertahankanlah apa yang kita ada ,jangan kita biarkan jiwa raga kita diratah oleh nafsu yang tak berperi kemanusiaan,marilah kita bersatu,perkukuhkan ukhwah dan persaudaraan muslim kita,pertingkatkanlah semangat serta nasionalism dalam diri kita,bersatu dan berjuanglah demi Agama,Bangsa dan Negara kita ini.

Atas prinsip persaudaraan muslim,wajar sangatlah kita mempertahankan kenyataan daripada fikiran Datuk Mukhriz,kita mengharapkan beliau dipilih oleh perwakilan muda sebagai Pemimpin Muda Melayu,InsyaAllah,kita juga berdoa kehadrat Allah s.w.t. semoga Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir terpilih oleh Allah Taala sebagai Ketua Pemimpin Muda Melayu pada perhimpunan yang dijangka mac 2009 nanti.Harapan kita,beliau lah yang akan menjadi penggerak utama penyatuan melayu di bumi malaysia ini.
Semoga berjaya.

Sunday, November 30, 2008

Duduk,Diam,Doa,Dapat,Duit

Alhamdulillah syukur kepada Allah,Tuhan pencipta sekelian alam ini,segala puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat serta aulia,tak lupa juga kepada sekelian muslimin dan muslimat semua,semoga sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai muslimin dan muslimah sebagai hamba Allah,mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dan solat lima waktu sehari adalah perkara wajib yang menjadi tiang agama dituntut keatas sekelian umat Islam,Kita digalakkan berdoa memohon keampunan daripada Allah s.w.t ,moga-moga apa jua doa kita akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Sebagai hamba Allah,kita diberikan akal fikiran untuk melihat,mengkaji dan meneliti sesuatu itu dari pelbagai sudut,baik atau pun buruk,apa yang baik itu dah tentu datang daripada kekuasaan Allah dan yang tidak baik itu datang daripada kelemahan kita,walau apa pun yang kita terima,baik atau buruk,hendaklah kita redha dan bersyukur kepada Allah,kerana kita sedang diuji oleh Allah dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini.

Disepanjang pertemuan dengan ramai dalam majlis majlis taklimat dan penerangan Program Muhabbah ini,banyak perkara yang dapat disimpulkan,antaranya ialah perkongsian pintar,kerja sedikit untungnya banyak,duduk diam doa dapat duit,dan pelbagai perkara menarik yang mencabar pemikiran kita untuk mengesahkan kebenarannya.

Apa yang ingin hendak dikongsikan bersama ialah bagaimana perkongsian pintar itu boleh menghasilkan satu pendapatan yang lumayan dengan kerja sedikit dapat wang yang banyak,dan apakah maknanya duduk diam doa dapat duit.
Duduk Diam Doa Dapat Duit adalah satu cara yang telah difomulakan dengan kaedah untuk memberikan peluang kepada semua muslimin dan muslimat memperolehi pendapatan secara bijaksana dan tersusun,kaedah yang memberikan peluang keemasan ini mampu membebaskan ramai umat Islam yang sebelumnya ragu ragu,kini telah menjadi Jutawan Islam yang senyap.

Berkonsepkan Sumbangan Muhabbah dengan nilaian yang kecil mampu menjadikan setiap penyumbang menerima sumbangan yang besar dengan jangkamasa yang terdekat berjaya menghasilkan sesorang itu bergelar Jutawan.Bayangkan kalau seorang memberikan sumbangan kepada anda RM30 ,dalam tempoh satu hingga lima tahun seramai 20,000 orang memberikan sumbangan kepada anda,berapakah jumlahnya?....RM600,000 nilainya.Itu jika anda bermula dengan hanya satu nama dengan nilai sumbangan hanya RM335.50 saja.Anda berhak membuat sumbangan dengan seberapa banyak sekali pun asalkan anda jujur dan ikhlas serta berniat baik untuk bantu membantu sesama Islam demi membina dan memertabatkan maruah umat Islam.
Jangan bimbang,wang tunai anda tidak diambil,simpan lah wang tunai anda itu dipejabat pos,urusniaga dijalankan dengan cara WANG POS yang telah siap anda tuliskan nama nama orang-orang yang akan menerima sumbangan daripada anda.Syarikat pengendali hanya menguruskan penghantaran sumbangan anda kepada peserta sahaja.

Anda membuat sumbangan dengan satu nama RM335.50 dan jika 10 nama berjumlah RM3,355.00 melayakan anda dalam tempoh terdekat,anda duduk diam doa dan anda akan mendapat duit diantara RM600,000 sehingga RM6,000,000 tanpa berbuat apa-apa.Bukankah ini telah berjaya melahirkan Jutawan senyap muslim?...
Program ini adalah satu realiti yang pasti dan telah berjaya membawa keluar ramai umat Islam daripada belenggu hutang piutang yang akhirnya mereka berjaya dalam kehidupan didunia ini.

Samaada anda akan laksanakan apa yang dicadangkan ini atau tidak,terpulanglah kepada kehendak anda,tetapi anda telah tahu bahawa sebenarnya ada Rahsia bagaimana anda boleh mendapat wang dengan mudah,Jika anda inginkan kejayaan macam umat Islam yang telah berjaya,mulakanlah sekarang.

Hendakkan keterangan lanjut,hubungilah no talifon yang tertera dibawah untuk mendapatkan kepastian,borang borang ada tersedia dan boleh diperolehi,semuanya bergantung atas kehendak anda,anda yang berhak membuat keputusan,Bila anda memberi,anda akan menerima,bila anda menerima jangan lupa memberi. Ingat anda berada dilandasan yang betul jika anda berkata ya,anda akan berjaya,jika tidak,tiada lah.

Banyak lagi rahsia rahsia untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah berkonsepkan muhabbah ini,sesungguhnya umat Islam itu bersaudara,ganjaran besar menunggu anda jika anda bersedia bantu membantu saudara seagama.

Sekian untuk kali ini,TERIMA KASIH

Sunday, November 23, 2008

RAPATKAN JURANG,CARILAH RUANG,CIPTA DAN AMBILLAH PELUANG SERTA DAPATKAN WANG.

Agak lama juga tidak muncul dengan artikel baru,hari ini kembali selepas menjelajah segenap pelusuk kampong dan desa,bandar dan kota untuk memberikan penerangan serta taklimat berkaitan Program Pintar Ekspres kepada segenap lapisan masyarakat.
Alhamdulillah,sambutan dan penerimaan amat memberansangkan,dalam sepuloh orang yang menerima kefahaman lapan jelas menyertainya,yang dua lagi akan menyusul,kemungkinan ambil masa bagi menyelesaikan perkara-perkara peribadi.Apa yang nyata Program ini telah membuka Peluang kepada mereka-mereka yang ingin dan maukan perubahan hidup dan peningkatan ekonomi.

Satu sessi taklimat yang diadakan,ada pertanyaan nakal yang membuatkan ramai hadirin ketawa lucu tapi serius,soalannya...mengapa program ini terlalu lambat sampai kepengetahuan kami golongan marhaen ini? kalau sampai awal dan cepat,kami semua dah jadi kaya lama dah.Soalan ini jelas menunjukkan ada rasa kecewa kerana Program Pintar Ekspres ini lambat atau beliau tidak tahu sebelumnya.
Apabila mendapat kefahaman yang jelas inilah soalan soalan yang lazimnya diungkapkan oleh para bakal peserta yang hadir.Ini kerana Program ini memang ternyata telah berjaya mengubah kehidupan peserta yang dahulunya susah menjadi senang,dulunya miskin kini menjadi kaya raya,dulunya banyak hutang kini dah berjaya melunaskan semua hutang piutangnya.Bukti nyata,pendapatan yang tiada penamat,tidak terhenti,inilah yang dikecewakan kerana lambat diketahui oleh mereka-mereka semua.

Jika kesemua kaum melayu dan umat Islam bersatu dan menyertai Program ini dengan keikhlasan dan semangat yang tinggi,yakinlah dengan konsep seperti disebut dalam artikel terdahulu dengan sama-sama bantu membantu dan berganding bahu mengorak langkah untuk kemajuan,kita mampu bergerak dan merapatkan jurang ekonomi antara kaum-kaum di malaysia ini.Nah! tunggu apa lagi,Peluang sudah terbuka depan mata,ambillah peluang ini dan jangan dipersia-siakan,bergerak,bersatulah untuk sama-sama maju.
Peluang yang ada inilah dengan tiadanya risiko kerugian,risiko penipuan dan bebas daripada unsur-unsur yang mencurigakan akan menjadikan anda semua berjaya mempertingkatkan ekonomi diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.

Kerja sekali dapat duit berkali-kali memberikan pengertian yang nyata iaitu anda hanya berkerja sekali sahaja untuk memperkenalkan Program ini kepada pesert-peserta baru,saudara mara,rakan-rakan dan sesiapa saja yang inginkan perubahan ekonomi dalam hidup mereka,katakan kepada mereka,anda tidak boleh memberikan wang kepada mereka tetapi boleh memberikan satu Program Rahsia yang membolehkan orang menghantar wang kerumah mereka.Jika lima orang peserta baru atau seberapa ramai yang menyertainya,anda akan memperolehi Wang pertama anda dengan nilaian RM45.00 setiap seorang,jika lima orang yang anda perkenalkan anda dah pun menerima RM45 X 5 = RM225.00.Selepas daripada itu saudara dan rakan anda yang lima orang itu pula berjaya memperkenalkan program ini kepada 25 peserta atau lebih,anda yang tidak buat apa-apa juga berpeluang menerima RM1,125.00 sebagai wang kedua anda,lumayankan,begitulah seterusnya pergerakan yang diasaskan dengan kuasa 5,anda akan menerima wang ketiga anda dengan 125 peserta X RM45 = RM5,625.00 dan seterusnya anda akan menerima sehingga jutaan ringgit yang dijangka mudah anda akan perolehi jika kumpulan anda seramai mungkin yang membolehkan anda menikmati janaan mencecah puluhan jutaan ringgit,selesai tak segala hutang piutang anda?...wang itu hak anda,buatlah apa yang anda kehendaki.

Program pintar Ekspres ini adalah satu realiti yang pasti,mudah semudah ABCD saja,jika anda inginkan perubahan hidup anda,memang menjadi kemestian untuk anda sertainya,pepatah ada menyatakan, Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya,oleh itu jangan berlengah lagi,demi merapatkan jurang ekonomi dengan kaum-kaum lain,dengan peluang yang telah tersedia,dalam ruang yang terbuka luas,dapatkanlah wang yang melimpah ruah yang cukup lumayan untuk anda hanya dengan satu program pintar yang telah berjaya melahirkan jutawan-jutawan senyap dikalangan kaum kita hanya dengan bersatu untuk maju,bantu membantu sesama insan,hidup anda dan seluruh generasi akan terus maju dan kaum kita akan mampu bertahta dipersada ekonomi di negara kita ini.
Rujuk dan hayatilah artikel-artikel yang terdahulu untuk lebih memahami lagi,atau terus berhubung dengan talian yang tersedia,yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul,Islam dijulang,melayu akan gemilang dan kita terus cemerlang.

Melayu akan terus dihormati dan disegani jika kita mampu menguasai ekonomi.
Engkau Kena Syukur Problem Ringgit Engkau Selesai (EKSPRES)

Monday, November 17, 2008

PROGRAM PINTAR EKSPRES

Seperti yang dijanjikan,kali ini dibentangkan bagaimana jika seluruh melayu dan umat Islam Bersatu,saling sayang menyayangi,bantu membantu serta buangkan prasangka negatif,kembali dengan seruan MARILAH MENUJU KEJAYAAN,akan dapat kita saksikan bangsa kita(melayu) akan kembali gagah dibumi malaysia ini dengan teguh menguasai persada ekonomi.



Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya.Marilah kita bersama-sama bersatu dan mengubah nasib kita,bukalah minda kita,mulakan dengan berfikiran yang positif,Lonjakan paradigma untuk capai matlamat 2008/2009 ini.Paling tidak kita mampu bebaskan diri kita dari belenggu hutang dan pinjaman.



Ada pelbagai cara dan kaedah dalam pasaran sekarang ini yang menwar-warkan sistem untuk menjana pendapatan,ada yang menjanjikan puluhan jutaan ringgit malaysia.Ramai yang telah berjaya dan ramai juga yang kecewa.

Tetapi apa yang dibentangkan ini bukan multilevel marketing (MLM),Bukan Investment,Bukan skim cepat kaya,Bukan sistem piramid,Bukan surat berantai dan Bukan Perniagaan.
Apa yang didedahkan ini adalah satu RAHSIA dimana seorang itu boleh mendapat wang dengan banyak dan tanpa henti dengan cara yang cukup mudah,dan wang itu dihantar sampai kerumah kita.Ini adalah satu Program yang direka khas bagi membolehkan orang mengahantar wang kepada anda.Anda hanya perlu berkerja sekali sahaja dan mendapat duit berkali-kali tak berhenti-henti.

Sesungguhnya Bila anda memberi,anda akan menerima,Bila anda menerima,Jangan lupa memberi.Program ini diasaskan dan dipraktikkan secara Islamik berkonsepkan MUHABBAH (Kasih sayang) dan sesungguhnya umat Islam itu bersaudara.
Sejajar dengan slogan Jihad Ekonomi Islam,maka program ini mampu mengimbangi dan meledak gempita membuka ruang dan peluang kepada sekelian orang melayu dan umat Islam yang ingin berjaya dan MERDEKA daripada hutang piutang serta apa jua pinjaman.

Telah ramai yang sudah berjaya,dinegara maju dan bangsa-bangsa lain telah lama mempraktikkan program ini,sebab itu lah Robert Kiyosaki berjaya membina ekonomi dengan hanya satu slogan saja ia itu "saya mahu wang,saya mesti memberikan wang,dan wang itu akan datang kepada saya berganda-ganda " dan kekuatan ekonomi mereka sekukuh perpaduan mereka,itulah realitinya.

Dalam Islam kita dituntut untuk bersatu padu,perpecahan boleh membawa sengketa dan malapetaka,dan umat Islam itu bersaudara,mengapa kita membiarkan saudara seagama dan sebangsa dengan kita hidup dengan tidak ketentuan,menjadi fakir miskin,susah dan tidak berharta,hidup diselubungi dengan hutang piutang,derita dan sengsara.Bukan kah kita dituntut untuk memberikan bantuan dan jua sumbangan bagi meringankan beban penderitaan mereka?...Sejauh manakah sumbangan yang telah diberikan berjaya meringankan beban mereka?...Adakah kita kembali melihat atau mempedulikan mereka selepas itu?...Apakah kita menjadi senang lenang akan terasa tenang dan aman jika masih ada saudara saudara kita masih banyak yang sengsara?...Jika anda rasakan jawapan anda tidak, maka marilah kita bersatu dan berpadu memulakan langkah kita untuk saling bantu membantu sesama kita dengan semangat ukhwah seperti yang dinyatakan dalam Islam.

Kalau kita boleh memberikan sumbangan kepada kumpulan sasar yang dipilih dalam bentuk yang kepelbagaian,mengapa tidak kita berikan sumbangan secara terus dengan melalui satu program pintar yang ternyata amat berkesan,mudah dan selamat serta mendapat kenikmatan jangka panjang untuk semua.Hasilnya anda akan senang,orang yang menerima sumbangan anda juga senang.Suburkan kembali semangat bantu membantu sesama kita untuk kebahagiaan dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Dengan satu cara yang mudah,bila anda memberi iaitu SUMBANGAN , anda juga berkelayakan untuk menerima sumbangan,bila anda menerima sumbangan janganlah lupa pula memberi sumbangan.Sumbangan anda adalah satu amalan yang dipraktikan secara perkongsian pintar,anda memberi anda akan menerima,anda membantu anda juga akan dibantu.Maka terhasil lah satu janaan pendapatan diantara kedua-dua pihak dengan saksama,adil serta tulus ikhlas.Perkongsian pintar ini menjadikan semua orang melayu akan bersatu dan maju serta ekonomi bangsa kita dapat dipulihkan,hanya kita sahaja yang dapat membantu bangsa kita dan agama kita untuk maju dan kukuh.

Ini adalah sebahagian mukaddimah Program Pintar Ekspres yang diketengahkan,yakinlah bahawa jika kita ingin melihat kebangkitan ekonomi bangsa kita setanding dengan lain-lain bangsa yang telah lama mempraktikkan konsep ini dengan cara mereka,mereka telah lama maju,hanya kita yang masih menunggu waktu.Maka tekadkan keazaman,bersatulah,berpadulah sesama kita bantu membantu untuk sama-sama maju.
Program Pintar Ekspres ini tidak habis setakat ini,masih banyak yang belum diberi penerangan,ada sistem yang perlu anda fahami dengan sejelas-jelasnya,disini hanya dimuatkan penerangan secara ringkas,kalau inginkan taklimat penuh secara menyeluruh,akan diberikan melalui talian talifon ini 019 4733997 .Insya Allah akan terjawab segala kemusykilan anda.
dan bagai mana Program Pintar Ekspres ini berfungsi sebagai penggerak yang akan menjadikan anda dan saudara saudara anda akan menikmati kesempurnaan hidup yang lebih baik lagi untuk di dunia mau pun di akhirat,jangan melengahkan waktu ,berhubunglah,kita akan membantu anda untuk mencapai matlamat hidup anda dengan " KERJA SEKALI DAPAT DUIT BERKALI-KALI ".

Akhirnya SUMBANGAN ANDA hanya sekali seumur hidup,anda akan MENERIMA SUMBANGAN juga seumur hidup anda.Dengan sedikit sahaja sumbangan yang anda berikan membolehkan anda bergelar JUTAWAN SENYAP MUSLIM.
Yakinlah ini bukan retorik atau fantasi tetapi ianya adalah realiti yang telah terbukti telah menghasilkan 20 orang Jutawan Senyap Muslim dalam tempoh masa 12 bulan sahaja.
Kita tidak mengharapkan apa-apa dari anda,tapi yang penting anda telah ketahui bahawa ada rahsia yang boleh menjadikan orang melayu dan umat Islam berjaya dan membebaskan hidup mereka dari belenggu hutang dan pinjaman yang berterusan.

Inginkan penerangan lanjut : email. maelkoprat@yahoo.com.my atau talifon 019 4733997
InsyaAllah anda akan mendapat penerangan sejelas-jelasnya.

Sunday, November 16, 2008

PROGRAM MUHABBAH(KASIH SAYANG)

RENUNGAN



Walau apa pun keadaanya,yang pasti orang melayu masih ketinggalan dalam semua bidang,dan untuk bangun kembali kita mesti berbalik kepada ajaran Islam yang sebenar sebagai cara hidup.

Islam mengajak pengikut-pengikutnya berusaha bersungguh-sungguh,tolong menolong,bantu membantu antara satu sama lain.Hapuskan perasaan hasad dengki,kianat serta apajua keburukan,amalan dalam Islam menjadikan umatnya bersabar,bertolak ansur,bertaqwa serta yakin pada janji Allah s.w.t.



Kita menjadi lemah kerana kita tidak tahu bagaimana hendak mengubah minda.Kita mungkin ada persepsi tersendiri,bagaimana melihat diri,masyarakat dan mengenal Allah,Tuhan pencipta sekelian alam ini.Dlam memperbetulkan persepsi,kita wajib kembali kepada Allah,InsyaAllah kita mampu menyelesaikan apa jua masaalah sesama Islam.



Kita masih belum berjaya membentuk sikap dan mengukuhkan daya saing orang Islam sejajar dengan perubahan status ekonomi yang kian mencabar masa kini.Oleh itu kita mesti melakukan muhasabah diri dan bersatu bagi menjadikan bangsa kita matang dan maju.



Apakah kita hendak teruskan cara lama yang gagal atau sudah bersedia membuat perubahan untuk kebaikan?......kalau kita ulang cara lama yang gagal, kita tidak akan mencapai apa jua cita-cita yang dihajatkan.



Untuk itu pada tahun 2009 ini,kita mulakan langkah pertama kita dengan satu matlamat perjuangan untuk mengubah minda kita dan berfikir secara positif.Kita mesti melakukan lonjakan paradigma untuk kembali bangun mencapai setiap peluang bagi memenuhi setiap ruang dalam kek ekonomi supaya jurang pemisah antara kita dengan lain-lain kaum dapat diseimbangkan.



KAEDAH BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI MASAALAH,,,

1-KEWANGAN

2-HUTANG BANK,ALONG DAN LAIN-LAIN

3-PINJAMAN PTPTN

4-KAD KREDIT DAN SEBAGAINYA

,,,,,Yang paling seronok dalam hidup ini ialah membuat HUTANG tetapi yang paling tidak seronok ialah takkala terpaksa membayar HUTANG,,,,,,,,,

,,,,,Meminjam amat melegakan tetapi membayar balik pinjaman itu amat menyakitkan,,,,,,,

Kata orang TAK BERHUTANG TAK BERHARTA,fikir-fikirkan lah.

Mahukah nama anda dan keluarga anda disenarai hitamkan dan di iklan dalam media?atau ibubapa anda yang menjadi penjamin anda dihalang keluar negara termasuk mengerjakan haji/umrah?....atau sukakah anda jika di istiharkan muflis?............



Jika kita ingin maju dan berjaya kita perlu berubah,sebenarnya ada rahsia bagaimana membolehkan kita mendapat wang dengan mudah.

,,,,sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-

Barang siapa yang membantu menyelesaikan kesusahan sesaorang didunia (lebih-lebih lagi saudara sesama Islam) nescaya Allah akan membantu menyelesaikan kesusahannya didunia dan akhirat,,,,,,,,,.



PART 2 AKAN MENYUSUL.

PROGRAM RAHSIA UNTUK ANDA JIKA ANDA MAHU BERUBAH.

Wednesday, November 12, 2008

MELAYU BERSATU UMAT ISLAM TEGUH

Cerita,debat,pidato dan ceramah serta apa jua yang disebut akan lebih bermakna jika orang melayu kembali kejalan asalnya iaitu kembali kepada ajaran Islam dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip hukum Allah,Sesungguhnya Allah Taala itu SATU,dan maha segala kekuasaanNya.

Kealpaan atau lupa sering dikaitkan dengan melayu,melayu mudah lupa,mengapa?...apakah bangsa lain tidak lupa?...apa yang diperkatakan ialah melayu sering lupa pada asal usulnya,lupa pada sejarah bangsanya,lupa pada pegangan agamanya,lupa pada adat dan budayanya dan lupa kepada apa yang perlu diketahui dan di ingatinya.Dan yang meresahkan ialah melayu telah lupa akan kejadian asalnya,lantaran itulah melayu dianggap mudah lupa.

Melayu lazimnya adalah Islam,Islam adalah agama syumul yang menyeru umatnya sentiasa taat akan perintah Allah dan Rasul,Aturan Rukun Islam telah jelas membawa umatnya menuju kebenaran,dan rukun Iman pula membuka pintu hati seluas luasnya untuk melihat kekuasaan Allah Taala,jelas terang tidak tersembunyi,maka hayatilah dengan kusyuk dan tawadduk serta jadikan panduan untuk memperkuatkan akidah.

Umat Islam itu bersaudara,tapi mengapa perlu ada sengketa?..tidak bolehkah kita mengamalkan konsep persaudaraan sesama kita(seagama dan sebangsa) dengan cara yang lebih bermakna,seperti tolong menolong,bantu membantu,yang kaya membantu yang miskin,yang miskin juga boleh membantu yang kaya,kita ikut cara MUHABBAH iaitu dengan cara KASIH SAYANG,Kita jalinkan semangat ukhwah dengan hubungan silatulrahim yang erat,jika kita sentiasa ingat mengingati dan mengamalkannya,yakin lah bahawa bangsa melayu dan umat Islam menjadi kukuh dan teguh dalam semua aspek rohani dan jasmani.

Ekonomi Melayu/Islam lemah kerana kita tidak bersatu,kealpaan kita telah menyebabkan kita di pecah belahkan serta diperintah,lantaran itu kaum lain mengambil kesempatan diatas kelemahan dan kealpaan kita,kita dipaksa menerima apa yang kita tidak kehendaki,kita hanya diberikan kuasa untuk membeli saja,sudah lama kita ditindas dari menjadi kuasa sebagai penjual,sebab itu kita gagal untuk menguasai ekonomi walaupun nenek moyang kita telah meninggalkan pusaka kepada kita tetapi kita tidak mampu mengurusnya dengan baik,yang akhirnya kita terpaksa bergadai untuk terus hidup sebagai anak bumi bertuah (malaysia),fikir-fikirkan lah.

Melayu/Islam dibantu,tetapi tidak kemana,sistem yang tidak fleksibel dalam membantu melayu/Islam tidak jelas dan tersembunyi,Orang melayu/Islam terus terpinggir dalam kancah ekonomi yang dimonopolikan oleh kaum lain dan kalau ada pun konglomerat melayu yang membantu Melayu/Islam tetapi dibuat sekadar untuk tujuan ikhsan semata-mata tidak berfungsi sebagai membina dan menjana ekonomi yang besar yang boleh diterjemahkan sebagai kuasa baru ekonomi anak watan.

Melayu/Islam terjebak dengan hutang dan pinjamam,ada yang mampu bayar dan ada yang tidak mampu untuk membayar,yang akhirnya disenarai hitamkan serta muflis,Keadaan ekonomi global yang mendesak juga mempengaruhi keadaan Melayu/Islam,dengan pasaran yang tidak seimbang,perbelanjaan melebihi pendapatan,mana mungkin hutang dan pinjaman mampu dibayar?,,,sekali lagi melayu/Islam terheret kelembah hutang yang menjadikan nya muflis.

Malaysia masih lagi menjadi milik melayu/Islam,kita mahu semua melayu dan umat Islam kembali mengingati dan menginsafi keadaan ini serta kembalilah kepada kekuatan penyatuan dan Agama,kita teguhkan silatulrahim dengan keazaman yang kukuh,buangkan segala kekeruhan,sengketa,hasad dengki dan persoalan negatif,kita aturkan langkah gagah berani untuk berubah serta berpegang dengan tali Allah dan mengingati yang umat Islam itu bersaudara,ayuh kita dayungkan arah matlamat kita merentasi arus ekonomi raksasa untuk kembalikan hak kita yang akan menjadikan kita berkuasa meletakan bangsa kita melayu dan umat Islam di Malaysia ini setanding dengan bangsa bangsa lain disemua segi.

Rahsia ini akan didedahkan untuk Melayu/Islam,sebagai jalan untuk melihat melayu/Islam bebaskan diri mereka daripada hutang piutang.Bagaimana caranya?
Mudah saja,bukalah minda ,positifkan fikiran,letakan matlamat 2008/2009 kita mesti bebas dan merdeka dari segala hutang piutang serta apa jua pinjaman.Ini adalah rahsia yang bukannya perlu untuk kita berniaga,bukannya skim pelaburan atau skim cepat kaya,ianya ada kena mengena dengan ukhwah dan silatulrahim sebangsa dan seagama.

Berkerja sekali kita akan dapat duit berkali-kali,bila kita memberi kita akan menerima,bila kita menerima jangan lah lupa untuk memberi.Ini adalah mesej penting untuk kita melihat sejauh mungkin bagaimana rahsia ini berfungsi untuk memberikan sumbangan kepada pendapatan kita yang secara langsung menjadikan melayu/ Islam terus kukuh,teguh dengan ekonomi yang teransang berterusan tanpa henti-henti.

Bolehkah kita teruskan?....bab kedua menanti ......tenangkan fikiran,renungkan keadaan,fikirkan kejayaan,melayukan gagah dipersana ekonomi malaysia,InsyaAllah.
Kita bertemu di bab yang kedua.........................................................

Tuesday, November 4, 2008

MELAYU PERLU BERSATU DEMI MENEGAKAN SYIAR ISLAM

Jika kita rasa melayu makin terhimpit dan tersepit,diantara ruang,peluang dan jurang,maka kita perlulah mula berfikir secara positif dan ubahlah minda kita,apakah kita inginkan hidup kita dengan cara lama yang gagal atau kita perlukan kepada satu lonjakan paradigma yang baru.........

Kita dicabar disemua bidang,paling ketara kini melayu dibelenggu oleh sindrom senyap yang tidak membawa apa-apa isi,kita terdiam kerana kelemahan kita,kita lemah akibat terhakisnya kuasa politik,kita telah lemah kerana jurang pencapaian yang tidak setara,baik dari segi pendidikan,politik dan ekonomi,orang melayu terpinggir dan serbaserbi tidak mencukupi.akibat kelemahan itu menjadikan kita hanya menjadi kucing (warak,)tidak mampu bertindak walaupun disepak.

Kita menjadi orang yang berkuasa sebagai pengguna dengan berbangga sebagai kuasa membeli yang tinggi tetapi kita tidak ada keupayaan untuk menggunakan kuasa yang kita ada untuk mempengaruhi pasaran.Kita hanya menerima tanpa membantah.Adakah kita sedar yang diri kita sedang dibuli oleh keadaan?...Tanyalah diri,siapa kita? dimana kita?..Apa yang kita lakukan untuk Agama,Bangsa dan Negara.

Melayu yang kebanyakan nya beragama Islam ,mempunyai sahsiah dan maruah diri serta berpegang teguh dengan nilai-nilai Agama,ikatan silatulrahim dan persaudaraan seagama,apakah mungkin boleh terbiar dicabar?..Mengapa kita terpisah dan terpesong?..sedarkah kita bahawa jika kita semua bersatu,melayu dan umat Islam akan kukuh dan teguh dalam semua bidang,walaupun tanpa bantuan kita mampu membina empayar melayu hebat yang gagah terbilang,Sejarah ada terpahat kita adalah satu bangsa yang hebat,kenapa kini kita diam,sepi dan sunyi?,Ayuh Bangsa ku,kita kembalikan kehebatan kita MELAYU dan ISLAM.

Ukhwah dan silatulrahim serta persaudaraan sesama Islam mampu mengembalikan kegemilangan Melayu,Yakin dan kembali lah kejalan ALLAH,buangkan lah perasaan hasad dengki,irihati,riak dan takbur,marilah kita sama-sama berjabat erat dengan kasih sayang dengan satu matlamat iaitu umat Islam itu adalah saudara dan kita mulakan lah siri ini tanpa henti,tanpa jemu,ketepikanlah fahaman-fahaman yang boleh menghancurkan Melayu dan Islam,kita bersatu dengan satu saf yang berpegang dengan tali ALLAH.InsyaAllah,melayu dan Islam akan sinonim kembali hebat dan mampu mencabar bila tercabar.

Kita ada ramai cendiakawan,tenaga fikir,professor dan lain-lain bijak pandai melayu/Islam,sidangkan,fikirkan,cambahkan idea-idea yang hebat hebat kearah memajukan serta memakmurkan bangsa melayu dan umat Islam.
Bayangkan 15 juta umat Islam bersatu untuk membantu sesama sendiri dengan menyumbangkan seorang 1 RM sebulan akan berjaya mengumpulkan RM15 juta,bahagikan kepada 15 orang umat Islam,bukankah telah berjaya menghasilkan 15 orang jutawan melayu/Islam setiap bulan,bagaimana kalau setahun dan 10 tahun lagi,berapa banyak kah jutawan Islam berjaya dilahirkan.Ini hanya satu fomulasi asas untuk Bersatu,itulah hasilnya.

Kita tidak merancang untuk gagal,tetapi yang gagal ialah kita gagal untuk merancang,kita banyak melakukan pelbagai perkara tetapi kita tidak merancang dengan baik,atau pun kita memang tidak ada perancangan langsung,akibatnya jadilah seperti kita di hari ini.
Jesteru itu lonjakan paradigma dengan mengubah minda kita dan berfikirlah secara positif untuk mencari halatuju yang terbaik untuk kita sesama kita Bersatu dan maju.
Bangsa melayu dan umat Islam boleh maju dan hebat jika bersatu dengan kembali kejalan ALLAH,
Sebenarnya ada satu RAHSIA besar yang akan didedahkan untuk semua orang melayu dan umat Islam,bagaimana kita perlu BEBASKAN diri kita daripada pelbagai masaalah yang sering menghimpit kita.Kita akan kembali sebagai bangsa yang hebat,terbilang serta gagah dengan ekonomi yang teguh kemas dan padu,InsyaAllah.

Bersatulah wahai bangsa ku melayu,berpegang-peganglah dengan tali ALLAH dan RASUL,dan ingatlah umat Islam itu adalah bersaudara,kembalilah kejalan ALLAH.