Sunday, November 16, 2008

PROGRAM MUHABBAH(KASIH SAYANG)

RENUNGAN



Walau apa pun keadaanya,yang pasti orang melayu masih ketinggalan dalam semua bidang,dan untuk bangun kembali kita mesti berbalik kepada ajaran Islam yang sebenar sebagai cara hidup.

Islam mengajak pengikut-pengikutnya berusaha bersungguh-sungguh,tolong menolong,bantu membantu antara satu sama lain.Hapuskan perasaan hasad dengki,kianat serta apajua keburukan,amalan dalam Islam menjadikan umatnya bersabar,bertolak ansur,bertaqwa serta yakin pada janji Allah s.w.t.



Kita menjadi lemah kerana kita tidak tahu bagaimana hendak mengubah minda.Kita mungkin ada persepsi tersendiri,bagaimana melihat diri,masyarakat dan mengenal Allah,Tuhan pencipta sekelian alam ini.Dlam memperbetulkan persepsi,kita wajib kembali kepada Allah,InsyaAllah kita mampu menyelesaikan apa jua masaalah sesama Islam.



Kita masih belum berjaya membentuk sikap dan mengukuhkan daya saing orang Islam sejajar dengan perubahan status ekonomi yang kian mencabar masa kini.Oleh itu kita mesti melakukan muhasabah diri dan bersatu bagi menjadikan bangsa kita matang dan maju.



Apakah kita hendak teruskan cara lama yang gagal atau sudah bersedia membuat perubahan untuk kebaikan?......kalau kita ulang cara lama yang gagal, kita tidak akan mencapai apa jua cita-cita yang dihajatkan.



Untuk itu pada tahun 2009 ini,kita mulakan langkah pertama kita dengan satu matlamat perjuangan untuk mengubah minda kita dan berfikir secara positif.Kita mesti melakukan lonjakan paradigma untuk kembali bangun mencapai setiap peluang bagi memenuhi setiap ruang dalam kek ekonomi supaya jurang pemisah antara kita dengan lain-lain kaum dapat diseimbangkan.



KAEDAH BAGAIMANA CARA UNTUK MENGATASI MASAALAH,,,

1-KEWANGAN

2-HUTANG BANK,ALONG DAN LAIN-LAIN

3-PINJAMAN PTPTN

4-KAD KREDIT DAN SEBAGAINYA

,,,,,Yang paling seronok dalam hidup ini ialah membuat HUTANG tetapi yang paling tidak seronok ialah takkala terpaksa membayar HUTANG,,,,,,,,,

,,,,,Meminjam amat melegakan tetapi membayar balik pinjaman itu amat menyakitkan,,,,,,,

Kata orang TAK BERHUTANG TAK BERHARTA,fikir-fikirkan lah.

Mahukah nama anda dan keluarga anda disenarai hitamkan dan di iklan dalam media?atau ibubapa anda yang menjadi penjamin anda dihalang keluar negara termasuk mengerjakan haji/umrah?....atau sukakah anda jika di istiharkan muflis?............



Jika kita ingin maju dan berjaya kita perlu berubah,sebenarnya ada rahsia bagaimana membolehkan kita mendapat wang dengan mudah.

,,,,sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-

Barang siapa yang membantu menyelesaikan kesusahan sesaorang didunia (lebih-lebih lagi saudara sesama Islam) nescaya Allah akan membantu menyelesaikan kesusahannya didunia dan akhirat,,,,,,,,,.



PART 2 AKAN MENYUSUL.

PROGRAM RAHSIA UNTUK ANDA JIKA ANDA MAHU BERUBAH.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...