Thursday, December 4, 2008

PERTAHANKAN KEPIMPINAN MELAYU

Hari ini selepas balik daripada memberikan taklimat Program Pintar Ekspres,sempat juga mengadap depan pc ni,tiba-tiba fon vibrate,ada seorang hamba Allah menalifon dan mengajak berbual,kata nya elok sangatlah kalau kita pakat ramai ramai menyertai Kelab che det.com,katanya lagi kita boleh mendapat info semasa dan juga info politik dan sebagainya.

Maka secara tak langsung atas ajakan kawan ni,sertailah ahli kelab che det.com,
dalam chit chat sembang,tertarik jugalah dengan satu artikel berkaitan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir ,apa yang menarik minat untuk dinyatakan disini ialah bagaimana ngo kaum-kaum lain bersatu dengan satu nada mempersoal dan mempertikaikan kenyataan tersebut,dan yang peliknya,kita boleh lihat bahawasanya Bangsa Melayu juga banyak ada NGO-NGO yang hebat hebat,tetapi berapa kerat saja yang berani mempertahankan hujah dan saranan daripada Datuk Mukhriz.

Teringat pada satu ketika semasa Tun Dr.Mahathir menjadi PM dulu,apabila ada isu-isu yang berbangkit berkaitan Bangsa Melayu,kita nampak tidak banyak NGO atau pemimpin melayu bangun bersuara mempertahankan hujah hujah ataupun membela kenyataan Tun Dr.M,kini berlaku lagi,kali ini Datuk Mukhriz pula.
Apakah kerana kecemburuan politik kepada beliau,maka kita perlu membiarkan Pemimpin melayu yang berpotensi untuk menjadi pemimpin di negara ini,maka kita sanggup membiarkan kaum-kaum lain memandang rendah dan menginjak injak pandangan beliau yang baik itu?...Fikirkan,dimana Bangsa Melayu kini,jika tidak dipimpin oleh seorang pemimpin agung melayu yang berwawasan dan hebat ternama seperti Tun Dr.Mahathir?...

Artikel pertama dalam blog ini telah mengajak seluruh umat melayu Bersatu,berpadu untuk maju,buang yang keruh ambil yang jernih,yang berat sama kita pikul yang ringan sama kita jinjing,jangan kita pandang ringan dan ambil mudah terhadap sesuatu isu yang timbul,ini soal Bangsa Melayu,maruah dan mertabatnya,Kita wajib bangun membela dan tegas apabila pemimpin kita yang berpotensi seperti Datuk Mukhriz,jangan kita biarkan hujah hujah dan cadangan untuk kesejahteraan negara ini diperkotak katikkan oleh kaum-kaum lain.

Bangsa Melayu kian terpinggir,kita ada ramai pemimpin melayu,tetapi tak ramai yang boleh memimpin,kalau ada pun cuma sedikit saja yang benar benar berjuang untuk Bangsa Melayu,Kita melayu,kita perlukan kepimpinan melayu yang hebat dalam membela nasib bangsa kita yang sering ketinggalan dalam pelbagai bidang,jika permata yang kita nampak sinarnya,mengapa tidak kita gilapkannya dari kita membiarkannya pudar.Macammana nak melayu gagah dinusantara kalau kita sering mengadu dombakannya.

Kembalilah wahai bangsaku(melayu) ,jangan kita bersengketa sesama kita,pertahankanlah apa yang kita ada ,jangan kita biarkan jiwa raga kita diratah oleh nafsu yang tak berperi kemanusiaan,marilah kita bersatu,perkukuhkan ukhwah dan persaudaraan muslim kita,pertingkatkanlah semangat serta nasionalism dalam diri kita,bersatu dan berjuanglah demi Agama,Bangsa dan Negara kita ini.

Atas prinsip persaudaraan muslim,wajar sangatlah kita mempertahankan kenyataan daripada fikiran Datuk Mukhriz,kita mengharapkan beliau dipilih oleh perwakilan muda sebagai Pemimpin Muda Melayu,InsyaAllah,kita juga berdoa kehadrat Allah s.w.t. semoga Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir terpilih oleh Allah Taala sebagai Ketua Pemimpin Muda Melayu pada perhimpunan yang dijangka mac 2009 nanti.Harapan kita,beliau lah yang akan menjadi penggerak utama penyatuan melayu di bumi malaysia ini.
Semoga berjaya.

Sunday, November 30, 2008

Duduk,Diam,Doa,Dapat,Duit

Alhamdulillah syukur kepada Allah,Tuhan pencipta sekelian alam ini,segala puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat serta aulia,tak lupa juga kepada sekelian muslimin dan muslimat semua,semoga sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

Dalam menjalankan tanggungjawab sebagai muslimin dan muslimah sebagai hamba Allah,mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang dan solat lima waktu sehari adalah perkara wajib yang menjadi tiang agama dituntut keatas sekelian umat Islam,Kita digalakkan berdoa memohon keampunan daripada Allah s.w.t ,moga-moga apa jua doa kita akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Sebagai hamba Allah,kita diberikan akal fikiran untuk melihat,mengkaji dan meneliti sesuatu itu dari pelbagai sudut,baik atau pun buruk,apa yang baik itu dah tentu datang daripada kekuasaan Allah dan yang tidak baik itu datang daripada kelemahan kita,walau apa pun yang kita terima,baik atau buruk,hendaklah kita redha dan bersyukur kepada Allah,kerana kita sedang diuji oleh Allah dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini.

Disepanjang pertemuan dengan ramai dalam majlis majlis taklimat dan penerangan Program Muhabbah ini,banyak perkara yang dapat disimpulkan,antaranya ialah perkongsian pintar,kerja sedikit untungnya banyak,duduk diam doa dapat duit,dan pelbagai perkara menarik yang mencabar pemikiran kita untuk mengesahkan kebenarannya.

Apa yang ingin hendak dikongsikan bersama ialah bagaimana perkongsian pintar itu boleh menghasilkan satu pendapatan yang lumayan dengan kerja sedikit dapat wang yang banyak,dan apakah maknanya duduk diam doa dapat duit.
Duduk Diam Doa Dapat Duit adalah satu cara yang telah difomulakan dengan kaedah untuk memberikan peluang kepada semua muslimin dan muslimat memperolehi pendapatan secara bijaksana dan tersusun,kaedah yang memberikan peluang keemasan ini mampu membebaskan ramai umat Islam yang sebelumnya ragu ragu,kini telah menjadi Jutawan Islam yang senyap.

Berkonsepkan Sumbangan Muhabbah dengan nilaian yang kecil mampu menjadikan setiap penyumbang menerima sumbangan yang besar dengan jangkamasa yang terdekat berjaya menghasilkan sesorang itu bergelar Jutawan.Bayangkan kalau seorang memberikan sumbangan kepada anda RM30 ,dalam tempoh satu hingga lima tahun seramai 20,000 orang memberikan sumbangan kepada anda,berapakah jumlahnya?....RM600,000 nilainya.Itu jika anda bermula dengan hanya satu nama dengan nilai sumbangan hanya RM335.50 saja.Anda berhak membuat sumbangan dengan seberapa banyak sekali pun asalkan anda jujur dan ikhlas serta berniat baik untuk bantu membantu sesama Islam demi membina dan memertabatkan maruah umat Islam.
Jangan bimbang,wang tunai anda tidak diambil,simpan lah wang tunai anda itu dipejabat pos,urusniaga dijalankan dengan cara WANG POS yang telah siap anda tuliskan nama nama orang-orang yang akan menerima sumbangan daripada anda.Syarikat pengendali hanya menguruskan penghantaran sumbangan anda kepada peserta sahaja.

Anda membuat sumbangan dengan satu nama RM335.50 dan jika 10 nama berjumlah RM3,355.00 melayakan anda dalam tempoh terdekat,anda duduk diam doa dan anda akan mendapat duit diantara RM600,000 sehingga RM6,000,000 tanpa berbuat apa-apa.Bukankah ini telah berjaya melahirkan Jutawan senyap muslim?...
Program ini adalah satu realiti yang pasti dan telah berjaya membawa keluar ramai umat Islam daripada belenggu hutang piutang yang akhirnya mereka berjaya dalam kehidupan didunia ini.

Samaada anda akan laksanakan apa yang dicadangkan ini atau tidak,terpulanglah kepada kehendak anda,tetapi anda telah tahu bahawa sebenarnya ada Rahsia bagaimana anda boleh mendapat wang dengan mudah,Jika anda inginkan kejayaan macam umat Islam yang telah berjaya,mulakanlah sekarang.

Hendakkan keterangan lanjut,hubungilah no talifon yang tertera dibawah untuk mendapatkan kepastian,borang borang ada tersedia dan boleh diperolehi,semuanya bergantung atas kehendak anda,anda yang berhak membuat keputusan,Bila anda memberi,anda akan menerima,bila anda menerima jangan lupa memberi. Ingat anda berada dilandasan yang betul jika anda berkata ya,anda akan berjaya,jika tidak,tiada lah.

Banyak lagi rahsia rahsia untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah berkonsepkan muhabbah ini,sesungguhnya umat Islam itu bersaudara,ganjaran besar menunggu anda jika anda bersedia bantu membantu saudara seagama.

Sekian untuk kali ini,TERIMA KASIH