Saturday, November 14, 2009

BN menang KEDAH senang...JERAI menang sapa yang senang?..

Slogan keramat yang terbaru hasil gempuran daripada kepimpinan UMNO KEDAH yang menerajui BN untuk merampas kembali KEDAH dari tangan PAKATAN RAKYAT yang diketuai oleh PAS ketika ini selepas PRU 12.

Gegak gempita riuhnya bagaikan dentuman halilintar membelah langit dengan deruman ketibaan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama kepimpinan UMNO KEDAH di SMKA YAN berpusat di Titi Serong Yan.

BN MENANG,KEDAH SENANG,kalimat pembakar semangat yang diwar-warkan untuk memulihbinakan keyakinan penyokong UMNO/BN dan rakyat KEDAH. Cetusan idea yang bagus ini wajar diterjemahkan secara total oleh kepimpinan UMNO KEDAH untuk akar umbi UMNO dan ianya tidak sekadar retorik pemimpin melakar wajah untuk perhatian kepimpinan tertinggi UMNO/BN saja.

Apa yang sempat diteliti dan diselidiki ternyata ada kesan penambahbaikan dari segi kombinasi usaha untuk menawan kembali KEDAH dari pengaruh PAS/PR,cuma ada sedikit campin dari segi garapan yang dipersembahkan,iaitu penyatuan dan kebulatan sepakat pemimpin UMNO KEDAH,isu lama yang selalu jadi baru bila musim pemilihan Bahagian dan pemilihan calon untuk pilihanraya,namun jika kesemua memahami makna slogan BN MENANG KEDAH SENANG sudah pasti ada kesan kebaikannya.

Amat sukar memulakan ramalan untuk keseluruhan negeri kedah terhadap kedudukan UMNO/BN sekarang ini,namun jika kesemua pemimpin yang menerajui UMNO BAHAGIAN dapat berkhidmat atas satu pasukan nescaya bukan mudah lain-lain parti dapat menembusi keampuhan UMNO.

JERAI merupakan salah satu kawasan parlimen yang UMNO/BN tewas dalam PRU 12 lalu,ketika itu tidak ada siapa yang menyangka,cempedak boleh jadi nangka,tapi nyata PAS menang selesa dan UMNO berputih mata,kenapa?...

Ramai yang berkata perubahan kepimpinan UMNO JERAI akan dapat memulih kembali krisis keyakinan pengundi muda,sejauh mana kebenaran kata-kata itu sukar untuk diramalkan berdasarkan rekod dan fakta terkini sukar bagi UMNO untuk merampas kembali Jerai jika UMNO dan kepimpinannya masih lagi berpecah-pecah serta keupayaan memikat pengundi muda hanya dilaksanakan untuk retorik politik kepartian tanpa melebarkan pengaruh khidmat kemasyarakatan yang lebih untuk pengundi-pengundi.

Untuk menyaingi pengaruh PAS dalam keadaan mereka cukup selesa bukanlah perkara yang mudah dan rengkas,UMNO JERAI mesti berkeupayaan melaksanakannya dengan sentuhan idea baru yang lebih meyakinkan,bukannya masih dengan cara lama yang makin tenggelam dalam arus penerimaan pengundi ketika ini,rakyat nak tengok khidmat pemimpin sebelum mereka tertarikhati dan bersetuju untuk mengundi UMNO/BN,sebarang kesilapan jika dapat diterjemahkan oleh pihak lawan akan melemahkan semua khidmat baik yang diberikan,PRU12 Jerai PAS menang tapi siapa yang senang?...adakah pengundi yang mengundi PAS itu senang?...rakyat Jerai senangkah?...

Apa pun slogan jika tidak dilaksanakan sebaik mungkin,hasilnya akan lebih memihak kepada yang tak diperlukan,lantaran itu UMNO/BN wajar dan mampu menterjemahkan segera supaya tidak dieksploitasikan oleh pihak lawan dengan mudah dek kerana slogan indah kuat perkasa tapi isinya hampeh belaka.