Friday, April 24, 2009

AGAMA dan BANGSA : UMNO + PAS

NegaraKu Malaysia,
Semua rakyat berbangga menjadi warganya.
Melayu ?...siapa kita?...dimana kita?...
Wajarkah kita bersengketa dek kerana kuasa?...

UMNO dan PAS adalah dua parti melayu yang terbesar,tidak adakah usaha kearah menyatukan Bangsa?...Demi Agama dan Bangsa bolehkah kita berpolitik untuk kepentingannya?...Kepada siapakah yang kita hendak serahkan negara kita ini?..

Diakar umbi telah pun tersemai jalinan keakraban dikalangan orang melayu dari dua parti politik yang terbesar ini,telah pun dirasai kemesraan UMNO dan PAS dengan mengembalikan semangat tolong menolong,bergotong royong,ziarah menziarahi serta kembali kepada asas kekuatan ISLAM iaitu "sesungguhnya umat Islam itu bersaudara".Bagaimana pula cetusan hati nurani dan pendekatan Pemimpin-pemimpin dari dua parti melayu yang terbesar ini?...Demi penyatuan dan pengukuhan Agama,Bangsa dan Negara,mulakanlah ,kalau tidak sekarang,bila lagi?...

Melayu pada umumnya cukup mengerti yang kefahaman politik yang cetek serta di adudombakan boleh memecahbelahkan penyatuan dan kemasyarakatan melayu itu sendiri,ujudnya sikitol atau dalam bahasa kampongan "iblis coreang"ini boleh membuatkan ayah tidak mengaku anak,adik tidak sehaluan dengan abang,jiran seagama dan sebangsa tidak bertegur sapa,tidak ada lagi pemuafakatan dalam masyarakat,masing-masing dengan haluan dan fahaman politik sendiri,yang besar semakin mengecil dan yang tebal semakin menipis,yang lebar semakin tirus,Iblis coreang ini akan ketawa terbahak-bahak kerana telah berjaya memecah-belahkan perpaduan melayu serta memudahkan pihak lain masuk untuk perintah.

Kita adalah seagama dan sebangsa,biar pun berlainan parti,kembalilah kepada asas Agama Islam yang syumul ini dan berpegang teguhlah dengan silaturrahim yang termaktub dalam Quran dan Hadis,janganlah lagi kita berpecah belah.

UMNO dan PAS perlu meneruskan usaha kearah penyatuan ini,jangan tertangguh lagi,Kita sudah tiada masa,kembalilah dengan jalan Allah s.w.t.Hindarkanlah segala dendam,syak waham yang tidak diredhai Allah,berpadu dengan panduan dan ajaran Agama Islam demi melayu di bumi berdaulat ini.

Ingatlah hanya dengan berpadu saja kita bangsa melayu masih boleh mengembalikan hak yang hilang (ekonomi,pendidikan).Kita hanya ada kuasa politik sahaja,jangan lagi kita berpecah belah,bersatulah untuk mengembalikan apa yang tercicir sebelum ini.

Dengan izin ALLAH S.W.T. mudah-mudahan akan termakbullah hasrat setiap anak melayu untuk melihat bumi negara ini dipenuhi oleh melayu yang menguasai segala gala yang ada hasil penyatuan dan perpaduan ummah dari UMNO dan PAS.
Melayu akan kembali gagah diseantero dan Islam semakin kukuh dan teguh syiarnya.Sama-samalah kita mulakannya.

Tuesday, April 21, 2009

AYAHKU KEMBALI KE RAHMATULLAH

Hari ini ayah ku yang amat disayangi oleh kami anak cucu sekeluarga telah dijemput kembali ke Rahmatullah pada jam tepat 12.00 t.malam setelah hampir empat bulan menanggung derita diserang angin akhmar.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi ditanah perkuburan Masjid Sg.Lintang Ulu sedaka Yan.Ramai sanak saudara dan sahabai handai yang turut mengiringi Jenazah sehingga selesai upacara pengkebumian dan talqin yang dibacakan,kepada semua yang hadir menziarahi jenazah allahyarham,saya bagi pihak semua ahli keluarga saya mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada YAB Dato Sri Azizan Abd.Razak,MB Kedah melalui wakil dan Pegawai Khas beliau Tuan Hj. Che Mee JP yang datang mengunjungi jenazah allahyarham.
Tak lupa juga kepada YB Ustaz Firdaus ahli parlimen Jerai yang sudi menziarah jenazah allahyarham bersama-sama isteri beliau,kepada Yang Berbahagia Dato Abd.Razak Hashim bekas ADUN Guar cempedak,saudara Ikmal yang diwakili oleh Pegawainya,Datuk Suhaimi yang diwakili oleh sdr.mokhtar,sdr.Aziz Din dan adiknya Azham,rakan blogger det guaq,guru-guru dan pegawai kerajaan,rakan-rakan dan anak murid allahyarham,pimpinan politik dari UMNO dan PAS serta semua ahli masyarakat yang sudi hadir menziarahi jenazah allahyarham.Semoga doa dan al-fatehah yang disedekahkan ,Roh nya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t,amin.





Sunday, April 19, 2009

Oh JERAI ku

Jerai yang dulunya Yan.
Ketika ini bagaikan hembusan bayu terkenangkan cerita lama politik JERAI,
teringat masa UMNO hebat zaman Dato Ismail Arshad sebagai Ahli Parlimen,zaman arwah pak su Ghazali dan zaman Dato Badaruldin (Dato Bad).
Mereka inilah penggerak pembangunan di parlimen Jerai yang generasi kini merasai nikmat kemudahan yang pelbagai.

SG.LIMAU dulunya SALA.
Teringat gelagat arwah pakteh Mat sebagai wakil rakyat yang amat mesra dengan rakyat,cara dan pendekatan beliau mendekati rakyat cukup membuatkan rakyat tak akan melupainya.Pernah ada ketika ketika tertentu arwah pakteh mat sanggup "belemoeh"semata-mata meninjau dan bermesra dengan rakyat dalam kawasan ini.
UMNO pada ketika itu kuat disokong oleh rakyat dek kerana menyenangi cara dan pendekatan pakteh mat.

GUAR CEMPEDAK dulunya YAN.
Dato Lah Fendi nama yang cukup sinonim dengan YAN,Pemimpin yang banyak berjasa dalam membina dan membangunkan YAN dulu,dari kepimpinannya banyak melahirkan generasi pelapis yang hebat hebat dalam negeri dan negara datang dari daerah YAN .Seorang wakil rakyat yang berkhidmat dengan penuh keikhlasan untuk membela rakyat yang diwakilinya,mesra dan mudah didekati rakyat serta sentiasa membantu rakyat dimana-mana saja.
Selepas Dato Lah bersara,muncul pula Dato Razak yang juga anak didikan Dato Lah dalam politik UMNO Jerai sebagai wakil rakyat,beliau juga mengamalkan pendekatan yang mesra rakyat,khidmatnya membuatkan rakyat terasa sentiasa dibela dan rakyat sentiasa bersimpati atas khidmat dan sumbangan beliau.

Kini GUAR CEMPEDAK diwakili pula oleh YB DATUK DR.KU ABD.RAHMAN KU ISMAIL seorang lagi anak jati YAN yang dilahirkan oleh kepimpinan UMNO terdahulu.Seorang anak melayu yang berpendidikan tinggi sehingga phd.kini pulang untuk menabur bakti di YAN.Pengalaman beliau amat diperlukan bagi membela nasib anak-anak melayu,juga merupakan seorang wakil rakyat yang "hemoi" dalam menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat.
Sesungguhnya DUN GUAR CEMPEDAK boleh berbangga kerana mendapat wakil rakyat sepert DATUK DR.KU ABD.RAHMAN.

GURUN dulu dalam kawasan MERBOK.
Tidak banyak untuk dikongsikan kerana DUN ini diwakili oleh MCA sejak dari dulu lagi biarpun majoriti pengundinya melayu,wakil rakyat sekarang ini ialah YB.DR.LEONG YONG KONG dari MCA.

UMNO JERAI dulunya YAN.
Ketua Bahagian Silih berganti dari DATO PADUKA ABDULLAH AFFENDI kepada DATO PADUKA BADARULDIN dan kini kepada DATUK MOHD.SUHAIMI ABDULLAH pula.Dari dua DUN kepada tiga DUN.

Terkenang kenang kembali cerita-cerita lama suka duka perjalanan politik UMNO JERAI,Secara jujur dapat disimpulkan bahawa,rakyat JERAI bukan tidak menghargai UMNO dengan memenangkan DUN SG.LIMAU kepada PAS dan PARLIMEN JERAI juga kepada PAS,ketiadaan sentuhan dan gerak kerja yang boleh memikat hati rakyat disamping lagak kepimpinan UMNO disemua peringkat dilihat lebih tertumpu kepada perjuangan peribadi bukanya berjuang untuk rakyat.

Rakyat Jerai memerlukan pemimpin yang boleh memimpin dalam ertikata pemimpin yang boleh membawa kemudahan dan kesenangan kepada rakyat,bukannya pemimpin yang dipimpin serta ketiadaan karisma kepimpinan yang mampu menawan hati dan fikiran rakyat.Pelbagai peringkat pemimpin di setiap peringkat samaada dicawangan mau pun Bahagian ada segelintir saja yang benar-benar berjuang untuk memperkasakan UMNO dan Rakyat,selebihnya berjuang untuk memperkayakan diri dan keluarga mereka sahaja.Ini menyebabkan UMNO JERAI menjadi tirus dan kurus dek diserang virus H.I.D (Hanya Ingat Duit),lantaran itulah menyebabkan penyokong dan rakyat merasa bosan,meluat serta mengalih perhatian menyokong pembangkang pada PRU 12 dulu.

Kepada Pemimpin UMNO JERAI jika inginkan UMNO kembali berkuasa dan kukuh seperti dulu,mulakanlah langkah memesrakan rakyat,jangan nak tunggu pilihanraya baru nak mula,dah terlambat,Rakyat nak tengok apa yang pemimpin UMNO buat dalam membantu rakyat,mulakanlah jangan bertangguh lagi,hentikanlah persepsi negatif dan tawan hati rakyat,singsingkan lengan berganding bahu pulihkan kembali maruah UMNO JERAI,menangkan kembali DUN SG.LIMAU dan PARLIMEN jERAI.

Sokong gerak kerja Naib Ketua UMNO Jerai (sdr.Ikmal) dalam mendekati dan membela rakyat.Jangan biarkan beliau bersendirian,berpakat-pakatlah pulihkan sokongan rakyat kepada UMNO,kata sokong UMNO.Terima kasih Sdr.Ikmal.


Antara Mata dan Hati = Matahati

Seringkali kita dengar orang berkata,tengok dengan matahati,tetapi berapa ramaikah yang mengunakan matahati dalam penglihatan mereka?...

Mata bertentang mata,mungkin akan ada yang akan terasa ditambah pula lidah kelu tak terkata,bagaimana pula kata hati?...

Dua komponen ini serentak akan memusatkan arah keterlihatan kepada akal yang akan mengeluarkan pendapat dan pandangan.

Di negara ini ada pemerintah yang memerintah dan ada rakyat yang diperintah,
dua-duanya amat penting dalam apa jua keadaan dengan ada ketika-ketika tertentu,rakyat suka pemerintah tidak suka,pemerintah suka rakyat pula tidak suka,ada juga rakyat suka pemerintah pun suka.

Pendapat dan pandangan antara rakyat dan kerajaan wajarlah seiring,kerajaan membuat dasar dasar untuk kepentingan rakyat bagi bersama-sama membangunkan negara ini,sebagai rakyat haruslah memahami setiap olahan dan pelaksanaan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan dan melihat dan menerimanya dengan matahati dari pelbagai sudut apa yang baik dan apa yang tidak serta kepada mereka yang berkebolehan wajarlah memberikan pandangan serta teguran tanpa prasangka.

Eleman matahati ini merupakan sesuatu yang berkesan jika setiap insan dapat menterjemahkan secara jujur dan betul akan ada satu hubungan pada rangkaian pendapat dan pandangan yang dikongsi bagi memperjelaskan apa jua kemelut yang berlaku akan pasti terjawab biar pun ada pro dan kontra namun kesimpulan yang baik tetap baik.

Dalam situasi mencari bukti dan kebenaran,pasti akan ada unsur unsur lain yang akan mempengaruhi minda,jika tidak mendapat pengamatan matahati yang jelas maka akan terdoronglah kuasa kuasa jahat dalam minda yang akan membenarkan yang condong itu betul dan yang tegak itu bengkok.

Hari ini kita sering terdedah dengan isu-isu yang kadangkala amat membosankan,sebagai rakyat amat perlu kita melihat setiap isu itu dengan pandangan matahati yang tajam mengupas setiap lapisan aspek baik dan buruk,retorik dan realiti,persoalan mengapa dan kenapa wajar menjadi sandaran kerana pokok tak mungkin bergoyang jika tak ditiup angin atau adakah tangan-tangan yang menggoyangkan pokok itu.

Dinegara kita kerajaan yang ada adalah dari rakyat,sudah semestinya dari rakyat kepada rakyat,rakyat menolak kerajaan jika kerajaan tidak memperdulikan rakyat,kerajaan yang tidak memperdulikan rakyat adalah kerajaan yang lupa asal usul kerajaan itu datang dari rakyat,jesteru itu amat penting kerajaan wajib memahami kehendak dan kemahuan rakyat namun rakyat juga perlu melihat apa yang diberikan oleh kerajaan itu telus dan mencapai sasaran rakyat.

Rakyat juga perlu memahami tanggungjawab kerajaan,kerajaan 1 malaysia yang bertanggungjawab untuk kesemua rakyat yang pelbagai etnik ini wajar di nilai secara adil dan berhemah berdasarkan kepada matahati,pastikan setiap pandangan matahati kita tidak didorong oleh elemen prejudis yang hanya membuka ruang kepada unsur unsur jahat yang tidak senang dengan pencapaian kerajaan dalam membela rakyat.

Sebagai rakyat,kita amat bertuah berada di negara ini kerana kita mempunyai kerajaan daripada rakyat yang berkhidmat untuk rakyat,Jika kehendak rakyat untuk setiap tuntutan hendak dipenuhi oleh kerajaan,adakah kehendak kerajaan yang mahukan perpaduan dan penyatuan rakyat dapat kita penuhi?...setiap daripada kita samaada individu atau pertubuhan sudah tentu mempunyai asas garis panduan dalam berfikir,melihat serta menterjemahkan,bezanya apakah kita berfikir dan bertindak hanya untuk kita atau untuk semua.

Renung-renungkanlah,janganlah kita hanya nampak apa yang kita tengok saja,pandang dan selidikilah apa yang disebaliknya.
Gunakan matahati dalam melihat dan berfikir kearah kebaikan dan kesejahteran hidup kita dibawah panji-panji kerajaan demokrasi berteraskan Raja Berpelembagaan.