Thursday, December 4, 2008

PERTAHANKAN KEPIMPINAN MELAYU

Hari ini selepas balik daripada memberikan taklimat Program Pintar Ekspres,sempat juga mengadap depan pc ni,tiba-tiba fon vibrate,ada seorang hamba Allah menalifon dan mengajak berbual,kata nya elok sangatlah kalau kita pakat ramai ramai menyertai Kelab che det.com,katanya lagi kita boleh mendapat info semasa dan juga info politik dan sebagainya.

Maka secara tak langsung atas ajakan kawan ni,sertailah ahli kelab che det.com,
dalam chit chat sembang,tertarik jugalah dengan satu artikel berkaitan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Mahathir ,apa yang menarik minat untuk dinyatakan disini ialah bagaimana ngo kaum-kaum lain bersatu dengan satu nada mempersoal dan mempertikaikan kenyataan tersebut,dan yang peliknya,kita boleh lihat bahawasanya Bangsa Melayu juga banyak ada NGO-NGO yang hebat hebat,tetapi berapa kerat saja yang berani mempertahankan hujah dan saranan daripada Datuk Mukhriz.

Teringat pada satu ketika semasa Tun Dr.Mahathir menjadi PM dulu,apabila ada isu-isu yang berbangkit berkaitan Bangsa Melayu,kita nampak tidak banyak NGO atau pemimpin melayu bangun bersuara mempertahankan hujah hujah ataupun membela kenyataan Tun Dr.M,kini berlaku lagi,kali ini Datuk Mukhriz pula.
Apakah kerana kecemburuan politik kepada beliau,maka kita perlu membiarkan Pemimpin melayu yang berpotensi untuk menjadi pemimpin di negara ini,maka kita sanggup membiarkan kaum-kaum lain memandang rendah dan menginjak injak pandangan beliau yang baik itu?...Fikirkan,dimana Bangsa Melayu kini,jika tidak dipimpin oleh seorang pemimpin agung melayu yang berwawasan dan hebat ternama seperti Tun Dr.Mahathir?...

Artikel pertama dalam blog ini telah mengajak seluruh umat melayu Bersatu,berpadu untuk maju,buang yang keruh ambil yang jernih,yang berat sama kita pikul yang ringan sama kita jinjing,jangan kita pandang ringan dan ambil mudah terhadap sesuatu isu yang timbul,ini soal Bangsa Melayu,maruah dan mertabatnya,Kita wajib bangun membela dan tegas apabila pemimpin kita yang berpotensi seperti Datuk Mukhriz,jangan kita biarkan hujah hujah dan cadangan untuk kesejahteraan negara ini diperkotak katikkan oleh kaum-kaum lain.

Bangsa Melayu kian terpinggir,kita ada ramai pemimpin melayu,tetapi tak ramai yang boleh memimpin,kalau ada pun cuma sedikit saja yang benar benar berjuang untuk Bangsa Melayu,Kita melayu,kita perlukan kepimpinan melayu yang hebat dalam membela nasib bangsa kita yang sering ketinggalan dalam pelbagai bidang,jika permata yang kita nampak sinarnya,mengapa tidak kita gilapkannya dari kita membiarkannya pudar.Macammana nak melayu gagah dinusantara kalau kita sering mengadu dombakannya.

Kembalilah wahai bangsaku(melayu) ,jangan kita bersengketa sesama kita,pertahankanlah apa yang kita ada ,jangan kita biarkan jiwa raga kita diratah oleh nafsu yang tak berperi kemanusiaan,marilah kita bersatu,perkukuhkan ukhwah dan persaudaraan muslim kita,pertingkatkanlah semangat serta nasionalism dalam diri kita,bersatu dan berjuanglah demi Agama,Bangsa dan Negara kita ini.

Atas prinsip persaudaraan muslim,wajar sangatlah kita mempertahankan kenyataan daripada fikiran Datuk Mukhriz,kita mengharapkan beliau dipilih oleh perwakilan muda sebagai Pemimpin Muda Melayu,InsyaAllah,kita juga berdoa kehadrat Allah s.w.t. semoga Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir terpilih oleh Allah Taala sebagai Ketua Pemimpin Muda Melayu pada perhimpunan yang dijangka mac 2009 nanti.Harapan kita,beliau lah yang akan menjadi penggerak utama penyatuan melayu di bumi malaysia ini.
Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...