Monday, February 1, 2010

PAKATAN RETAK MENUNGGU BELAH

Telah terang lagi bersuluh,PR P.Pinang dah goyah,semakin hari semakin bergelora,tuduh menuduh kian terjadi masing-masing mahu menegakkan benang yang semakin reput.

Dalam PKR ,kelambu usang yang diusung kesana kemari kian dimamah kereputan dari dalam,segala nyamuk agas mula bersorak gembira,pijat-pijat yang dari dalam pun mula berbau hancing dek kelambu yang tak berbasuh,namun Pakatan masih bersandiwara penuh emosi memesong jangkauan fikiran rakyat.

Seperti biasa jari ditudingkan kepada UMNO/BN yang memulakan angkara walaupun mereka tahu pekong mereka kian bernanah,ramai pemimpin melayu dalam PKR dah sedar diri dari kemabukan loya serta insaf yang perjuangan dalaman PKR tidak menepati aspirasi rakyat lantaran itu mereka semakin berani mendedahkan kepincangan tersebut,ini amat tidak disenangi oleh teman kerabat dari DAP,maka perang mulut kata-mengata pun berlakulah.

UMNO/BN dituduh,PAS mula buka mulut sebab bimbang kut-kut ada Ahli Parlimen dari PKR mula melungsur keplatform UMNO/BN,jika ini berlaku maka PR akan kehilangan bisa mereka yang mereka dewa-dewakan selama ini.Apa pun kemelut dari peristiwa ini bagaikan satu petunjuk dari Allah Taala supaya pemimpin melayu berasa insaf dan sedar bahawa Malaysia perlu kepada kepimpinan yang benar-benar berwibawa kearah memertabatkan Agama Islam dan memperkasakan bangsa melayu menjadi bangsa yang berdaulat di bumi malaysia ini.

Aduhai PKR,apalagi yang diperjuangkan kalau agenda perjuangan semakin jelas ada kekaburan warnanya,takkan berjuang untuk marahkan nyamuk kelambu dibakar atau tak dapat tanduk telinga dipulas.Wahai PAS,kelahiran yang jelas dari tulang rusuk UMNO,apakah masih lagi bermimpi dengan dengkuran tidur DAP,tidakkah terasa berdosa memusuhi saudara seagama ,menghiris dan menghisap darah UMNO demi memberikan peluang kepada DAP untuk menguasai persada politik dinegara yang tercinta ini.Sedarlah kuasa rakyat dah ada dalam tangan,bersyukurlah,hentikanlah segala sengketa sesama kita dan kembalilah dalam jemaah Islam yang syumul ini,buangkan persoalan politik yang bengik ini,kukuhkan penyatuan Muslim dalam siasah yang boleh menguntungkan Agama,Bangsa dan Negara.


2 comments:

  1. A'kum..lamanye tak posting..sibuk ker?apa pun seronok baca ni..

    ReplyDelete
  2. wksalam...sibuk sikit la ni ccz,tak dan nak updated,sesekali tu gatai juga tangan ni......

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...