Saturday, July 4, 2009

WARISAN PUSAKA UNTUK UMNO

UMNO khususnya bagi Negeri Jelapang padi ternyata amat bertuah kerana masih mempunyai harta pusaka yang cukup bernilai iaitu KESETIAAN dan KETAATAN ahli-ahli UMNO yang diklasifikasikan sebagai ''bloggers".

Bermukim berpaksikan 'keinsafan' ,Berdiri bertumangkan 'semangat',Bergerak bertekadkan 'keikhlasan', Melontarkan hujah berteraskan 'kebenaran',termetrilah kata sepakat secara mutlak bahawa HIMPUNAN KOMUNITI BLOGGERS UTARA yang mencintai UMNO atas semangat perjuangan akan berterusan berusaha memperkukuh dan memperkasakan UMNO dengan lebih giat lagi secara MAYA.

Atas kapasiti bebas dan ikhlas,menegakkan yang HAK dan meminggirkan yang BATIL,berlapikkan dan beralaskan 'niat' serta kesungguhan untuk mengembalikan UMNO kepersada kuasa politik yang unggul di bumi malaysia ini demi maruah Agama,Bangsa dan Negara,maka hayunan langkah 'bloggers' ini tak mungkin akan berpatah balik biarpun diancam dan dikecam oleh lain-lain parti yang tidak sehaluan dengan UMNO.

Kehadiran "Bloggers Hebat" yang menjadi TERAS dan TERAD kepada usaha terbaik ini dijadikan asas pengukuhan maksud tersebut.
Saudara Akramsyah Sanusi turut serta bagi menyuntik semangat moral dan motivasi yang lebih menjuruskan kepada Ilmiah dan professionalisme, dan juga penghargaan tidak ternilai apabila kesemua Bloggers ini mendapat limpahan pengalaman dan Ilmu UMNO sebagai nadi maklumat yang dibagasikan untuk diterjemahkan secara total daripada KETELUSAN bicara Bro Ramli Batu Putih.Sekalong tahniah buat Duke of UMNO,Depakata dan lain-lain Bloggers yang sudi bersama-sama untuk berjuang dalam dimensi maya ini bagi menyedarkan rakyat khususnya Bangsa Melayu/Islam.Tahniah dan terimakasih kepada semua Bloggers yang hadir.

(maaf terlambat untuk posting,ketika penulisan dibuat,kawasan ini dan sekitarnya 'blackout')

4 comments:

  1. Nak jenguk sat saja.
    Masih letih. Pagi-pagi tadi dah kena pi bertugas kat Baling. Petang Lepas tu kena pi hantar anak balik USM. Kalut.
    Tak dan nak jenguk blog kawan-kawan.Apa-apa pun oklah program malam tadi, dapat kenal kawan-lawan.
    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  2. syabas di ucapkan untuk semua bloggers utara...

    ReplyDelete
  3. Terimakasih...kehadiran tuan/puan dialu-alukan..

    ReplyDelete
  4. tempursakti,

    Kehadiran tuan dan sahabat sudah cukup mengembalikan tenaga yang sudah begitu lemah, semangat yang mulai resah, kekecewaan yang tidak kesudah.

    Teruskan berusaha, nilai baik yang dicari akan muncul beserta kebenaran yang bakal dikecapi.

    Terima kasih.

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...