Tuesday, July 21, 2009

KERANA UNDI,HATI KAUM LAIN DIJAGA,HATI MELAYU TERLUKA...


Amalan politik daripada parti-parti politik yang dipimpin oleh orang melayu kini dilihat semakin lari dari landasan perjuangan yang sebenar, oleh kerana pentingkan undi untuk berkuasa,ada parti politik yang dipimpin dan dianggotai oleh orang melayu sanggup memperdagangkan masa depan generasi melayu semata-mata memancing undi daripada kaum-kaum lain. Pelbagai slogan,pendapat serta pandangan mahu pun hujahan lebih terjurus kearah pembelaan kaum-kaum lain berbanding mempertahankan kemelayuan itu sendiri. Ini dapat kita lihat dan perhatikan setiap hari akan perihal yang berkaitan tentang isu-isu politik yang semakin panas biar pun setiap hari dilebati dengan hujan. Banyak perkara yang dibangkit dan dihujahkan, ada pemimpin melayu secara terang-terangan mengusulkan agar apa jua hak yang diberikan kepada bumiputera secara istimewa mesti juga diberikan kepada kaum-kaum lain, kenapa ini berlaku?...
Apa sangatnya hak istimewa untuk bumiputera melayu?...mengapa apa yang diperolehi oleh orang melayu perlu pula dikongsi bersama kaum-kaum lain,tak puas kah lagi kaum-kaum lain yang diberi muka membuat tuntutan yang melampau sehinggakan orang melayu kian terasa dan terluka serta tercabar dengan kerenah tuntutan mereka. Sikap pemimpin melayu yang terlalu memberi muka kepada kaum-kaum ini telah menjadikan rakyat marhaen melayu menjadi bosan,kesempatan inilah diprovokasikan oleh pemimpin pembangkang melayu yang kononnya berjuang dengan menjuarai isu sama rata dan sama rasa untuk semua kaum dimalaysia dan melayu kini hanya tinggal namanya saja melayu, sudah tidak berketentuan lagi.

Sebagai seorang yang berbangsa melayu,kita amat sedih dengan kemelut ini,demi meraih sokongan dan mempertahankan undi dari kaum-kaum lain,pemimpin melayu berkesanggupan melakukan pelbagai cara memenangi hati mereka dan ada ketika tertentu hati orang melayu terguris luka,politik apakah ini?...sewajarnya melayu berpolitik mempertahankan serta memperkuatkan melayu,membina dan meningkatkan serta memertabatkan kedudukan melayu dalam semua aspek tuntutan kehidupan,kerana kekuatan melayu dalam pelbagai bidang boleh menjadikan melayu itu tuan tanpa bergantung kepada kaum-kaum lain,ini tidak berlaku sebaliknya politik melayu hari ini telah menjadikan melayu menjadi hamba kepada kaum-kaum lain, beginikah perjuangan parti politik melayu?...

Ketika melayu berjuang untuk memerdekakan negara ini,siap bertanjak berkeris untuk menghalaukan orang puteh,dimana kaum cina dimana kaum india?...apabila kemerdekaan diizinkan kenapa perlu ada mereka?...kalau lah mat kilau,dato bahaman,dol said,tok kenali,dato sagor,tok janggut dan banyak lagi pejuang-pejuang melayu yang dulunya berjuang demi Agama,Bangsa dan Negara dengan darah dan keringat tahu bahawa hari ini melayu digadai dan diperdagangkan oleh pemimpin melayu kini,agak-agaknya apa yang mereka semua nak kata?...

* Melayu telah bertukar warna, ** Melayu telah lupa sejarah, *** Melayu pandai berkata-kata, **** Melayu akan selalu kecewa, ***** Melayu tiada semangat segagah dulu, ****** Melayu semakin lupa melayunya, ******* Melayu dulu Tuan kini Hamba, ******** Melayu akan kehilangan segala-galanya, ********* Melayu mudah menyerah kalah, ********** Melayu tidak suka melayu , *********** Melayu ,melayu,melayu semakin me layu.

Akan terjawabkah setiap persoalan ini kini melayu kian bersengketa sesama melayu untuk menjaga hati kaum-kaum lain,wajarkah?...Politik apakah ini?...melayu diperdagangkan dek inginkan kekuasaan dan undi kaum lain dalam pilehanraya,dimanakah tempatnya nanti generasi anak cucu melayu jika keadaan ini berterusan?...UMNO,PAS dan pemimpin melayu PKR ,apakah masih belum terfikirkah yang kedudukan melayu kian terancam, apakah ertinya menang jika melayu menjadi minoriti dan menjadi hamba?...

2 comments:

  1. saya puji langkah berani Dato Noh Omar yang melarang pegawai dibawah agensi Kementerian Pertanian dan Industri asas tani untuk hadir ke mesyuarat pembangunan bagi 4 negeri yang dikuasai pembangkang.

    Harapan saya apa yang dilakukan itu mungkin akan memberikan manafaat yang baik bagi semua agensi Kementerian tersebut dan rakyat khususnya yang menyokong UMNO akan dapat berurusan tanpa ada kerenah birokrasi.

    ReplyDelete
  2. salam:

    Mungkin sebelum ini kita lebih awal mengajar mereka dan bangsa.

    Tanpa permaidani merah tehampar dan terpacak bunga manga serta paluan kompang seluruh anak bangsa kita.Kita jarang ada masa untuk mereka.

    Kita menghitung dana dalam pokrt kita...sebelum berjumpa bangsa.

    Apakah hinanya bangsa...bagai peminta sedekah untuk bertemu pemimpin mereka ?

    Apakah ribuan dan puluhan ribu yang kita serah ditangan mereka? Tidak lebih sekupang dua.Itu bangsa cukup berbangga dijajanya serata dunia.


    Cukup mudah mengambil hati bangsa...Cuma kita pemimpin bangsa saja lupa diri mereka.

    Tanpa Driver dan pembantu...pemimpin Bangsa terasa silu untuk bertemu bangsa?

    Apakah mereka lupa siapa mereka tanpa bangsa?

    Hari ini sedaqlah kalian semua..PRU12 sudah cukup mengajar kalian yang ada.


    Hari ini tidak perlu lagi hamparan permaidani dan paluan kompang serta taburan bunga raya untuk untuk mereka berjumpa bangsa....


    Sedarkah itu budaya yang membencikan bangsa pada kita.

    Mengapa pemimpin perlu bergaya pada Bangsa? Butakah kalian...siapa ada tanpa mereka ?

    Lihatkah kalian bila bangsa menyambut kita ? Bercompang camping pakaian mereka ? mengapa perlu kita bergaya didepan mereka?

    Sedarkah kita bertapa hormatnya mereka pada kita...Apakah kita juga seperti mereka?

    Tepok dada tanyalah diri ANDA.


    wassallam

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...