Sunday, July 19, 2009

ANWAR KE KEDAH LAGI?....BETOI KA?...


Berita pagi yang diterima dari sumber dalaman politik, anwar Ibrahim akan ke kedah sikit hari lagi
kali ini berkulitkan KHALIFAH AGONG pula.

Ada ura-ura beliau akan berkampong di TITI HAYUN YAN untuk bertemu dengan sebuah Persatuan melayu disitu, menurut berita yang disampaikan, MB Kedah pun ada sama .

Kehadiran beliau dirancang dengan berselimutkan gelaran KHALIFAH AGONG dari sebuah Persatuan bertujuan mengembangkan visi jajahan politik nya dan perasmian chalet dan pusat penginapan di Titi Hayun itu cuma gimmik saja.

Ini lah kehebatan Anwar Ibrahim,dalam rakyat terpingga-pinga melihat beliau dengan kes liwatnya,masih ada lagi pertubuhan yang mengagungkannya.Kenapa ya?...legasi setia yang ditinggalkan semasa berkuasa dalam Kerajaan BN dulu masih mengenang budi dan taat serta menganggap Anwar sebagai Idola mereka biar pun mungkin mereka juga tahu apa yang orang lain tahu terhadap apa jua kebenaran dan kesalahan nya.

Di YAN...PKR tiada tempat dan tak berupaya melebarkan pengaruh politiknya,,,namun di YAN ada ramai Jutawan dan Hartawan yang dicipta dan dizhahirkan oleh Anwar ketika beliau berkuasa sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dulu,malahan ada persatuan dan pertubuhan (bukan sahsiah) yang dibawah naungannya bergerak aktif dari dulu hingga kini. Kesempatan inilah dipergunakan untuk memperjelaskan dan membersihkan namanya diperingkat bawahan.

Anwar adalah seorang yang berani bermain politik dan licik, sehingga kini belum ada lagi pemimpin UMNO yang berani untuk menyaingi beliau, kebijakannya mempergunakan peluang serta telah sedia maklum dan faham situasi politik dalaman UMNO menyebabkan beliau makin ghairah bertarung dalam sengketa politik, Beliau tahu yang pemimpin UMNO yang kebanyakannya bukan terdiri daripada pejuang-pejuang yang berani serta mampu berhadapan dengannya. Maka Anwar dilihat semakin kuat dan hebat...mungkin inilah rahsianya yang sememangnya telah tahu banyak rahsia pemimpin UMNO.

2 comments:

  1. Berani memang berani tapi tak kena gaya lari jugak dia ke Kedutaan Turki..pengecut tapi jangan..guna sungguh kurniaan Allah pada kaum lelaki yang satu sampai tak kenal mana satu lawan jenis mana satu kaum sejenis..mahkamah dunia boleh dibuat main, mahkamah Akhirat, berani ke Anotwar?

    ReplyDelete
  2. agak-agak aljubri tu jenis apa ha?...amfia ka reptelia?...

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...