Monday, August 17, 2009

PERTEMBONGAN MELAYU DENGAN MELAYU,.



























Sah dan telah disahkan dipermatang pasir UMNO/BN akan bergelut dengan PAS,dalam ertikata lain melayu bertembung sesama melayu untuk mengisi kekosongan kerusi dalam DUN P-Pinang yang diperintah DAP (PR).






PAS amat memerlukan kerusi tersebut dengan tekad mengekalkan nya dari aspek maruah parti tersebut yang jatuh merudum di manek urai dulu,lagi pula di permatang pasir PAS mengunggulinya sejak 1999 melalui Allahyarham ADUN yang meninggal dunia.






UMNO (BN) sememangnya telah maklum bahawa percubaan kali ini mungkin untuk menang atau memanjangkan momentum sokongan rakyat khususnya pengundi melayu kepada UMNO,dengan berbekalkan jasa yang banyak kepada rakyat,pada PRK Permatang Pasir ada kemungkinan umno/BN boleh menang.






Secara rawak dapat diperhatikan bahawa PRK Permatang Pasir di P.Pinang kali ini menguji aksi dan kehebatan melayu p.pinang berpolitik, DAP sebagai teraju pemerintahan p.pinang semestinya tersenyum dan sinis biarpun siapa jua yang menang,jika PAS menang bertambah jua ADUN untuk menyokongnya,jika UMNO/BN yang menang maka bertambah seorang lagi ADUN yang akan membangkang dalam DUN P.Pinang,dua-dua adalah melayu dan dua-dua beragama Islam. Namun retorik politik DAP selalunya mendahului keputusan.






Calon UMNO/BN Sdr.Rohaizat adalah seorang yang sering bertemu akar umbi rakyat di kawasan ini,atas kapasiti pimpinan UMNO Bahagian Permatang Pauh,beliau dan seluruh jentera BN mesti terus terusan bekerja untuk menawan hati semua pengundi biarpun diperlekeh dan diperlecehkan oleh PAS,perlu ingat bahawa untuk memenangi hati pengundi,perwatakan dan penampilan calon adalah kriteria penting bagi membawa pengaruh parti kepada pengundi.






PAS yang menggunakan sekali lagi calon yang tiga kali tewas sebenarnya hanya inginkan untuk calonnya bergelar Yang Berhormat,dalam situasi ini mungkin pada perkiraan PAS sudah jentik rengkong kerana dah lama PAS mewakili kerusi DUN Permatang pasir.Namun itu dulu,siapa tahu jika pengundi beralih arah dan kembali memihak kepada UMNO/BN maka PAS akan berputih mata.






Sebenarnya tidak banyak yang boleh dijadikan asas iktibar maupun berkongsi gembira pada siapa yang menang tidak akan ada apa jua perubahan dalam DUN P-Pinang yang diperintahkan oleh DAP,sebagai marhaen melayu,sebagai umat Islam,sebagai pengundi yang akan mengundi di permatang pasir,apakah yang kita nampak disebalik apa yang kita lihat?...........apakah akan ada mainan kotor yang memungkinkan apa yang disangka menjadi tidak disangka-sangka.Dalam dunia politik macam-macam adaaaaaa.......(macam astro la)..jadi apa yang anda nampak?.....






Harapan kepada pengundi Permatang pasir,jika anda mahukan DAP kuat dan mencengkam melayu p.Pinang berikanlah undi anda pada PAS, jika mahukan suara orang melayu kuat untuk mengaum dan membendung keceluparan DAP di p.pinang undilah UMNO/BN, dan sesungguhnya jika UMNO/BN menang,DAP akan pasti terpaksa mengubah rentak politik mereka dan ini akan membolehkan melayu mendapat ruang jika tidak melayu akan terus dan semakin terhimpit disepit DAP dengan pertolongan PKR dan PAS.






Fikir dan renung-renungkanlah............HIDUP UMNO HIDUP MELAYU PULAU PINANG.




5 comments:

  1. BN 1000
    PR 5000

    orang meniaga pun ramai.....

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah,

    Melayu dengan melayu bertembung india yang mai dok buat kacau sampai terlondeh seluar.Itulah YB Padang Serai yang suka buat provokasi .Apa yang pasti UMNO tetap akan menang di Permatang Pasir.

    ReplyDelete
  3. tu yang dok kata tu,melayu sama melayu berentap...bangsa lain kaut peluang.
    melayu sama melayu ghairah berpolitik...bangsa lain gah membina ekonomi.

    ReplyDelete
  4. usah la bersungguh-sungguh sangat.. bulan pose ni perbanyakan amal ibadat yang penting insayallah

    ReplyDelete
  5. Sorry bro,

    Aku bukan tak ingat nak pi kat hang dan tolong atasi masalah kat komputer hang, tetapi aku tetiba kalut dok organize orang kerja kau dan juga tengah 'gila stereng' dengan photoshop!!!!

    Sat lagi insyaAllah aku pi

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...