Wednesday, August 12, 2009

BERAS KEDAH........ada UMMMMMMMMMP apa?..
































Agak lama juga tak dak posting diblog ini,




Rehat,rehat juga,kerja kena buat,perjuangan tetap diteruskan,UMNO mesti diperkuatkan,kepincangan pemerintahan PAS di kedah mesti didedahkan,apa nak takut kan kita marhaen yang sengsara la ni,jangan ingat kita ni dah kecut dan penakut,takkan nak biag PAS dok pebodoh rakyat kedah,kita pun makan nasi
beras kedah peaw juga.
Tambah lagi,lauk banyak ni......
UMNO Kedah dan orang melayu kedah la ni mesti sedag dan bangkitlah dari tidog,
pagi tengahari dan malam kita makan nasi yang pelbagai nama,tapi ada ka kita pikiag yang sebutir nasi yang kita makan tu dibawa mai dari sapa?........dah kenyang kita sendawa auk..auk..auk..
Ditengah sawah pak tani mengurut betih yang lenguh dan dengan kudrat 4 kerat bertungkus lumus mengusahakan tanaman padi,dari mula membajak sampai mesin masuk petak...lepaih tu jual padi di kilang,dapat duit dan subsidi yang kerajaan BN bagi,tak dan nak balik rumah beli beras,tu pun bukan beli beras yang 5% tapi beli beras yang 15%...kenapa ini berlaku?....RM1,100.00 se tan padi tapi makan beras 15% RM16.50 ada ka patut?..........
Bercakap persoalan keringat dan jasa ,dari mana nak kemana...maka teringatlah keadaan politik di kedah,Tan Sri Sanusi pernah berkata ...ada padi ada PAS,jelas apa yang dicongakkan itu tepat dan betul,di kedah saja PAS begitu menonjol pengaruhnya disebabkan ada padi...tambahan pula adanya sekolah pondok agama maka bertambah-tambahlah PAS mendongak keatas,sejarah dah terukir sebegitu,jelas.
Siapa yang merancang program tanaman padi 2 kali setahun?...kerajaan mana yang melaksanakan Rancangan pengairan MUDA dan MADA?...pesawah padi mana yang tak dapat subsidi?...pelbagai subsidi diberikan oleh kerajaan UMNO/BN untuk pesawah padi semata-mata meringankan bebanan petani yang menanggong kos untuk mengusahakan sawah....syukur pesawah,tapi berterimakasihkah mereka pada UMNO/BN yang merancang serta melaksanakan kesemua itu?...mungkin mereka yang insaf dan sedar berterimakasih,namun ada juga yang tak sedar atau terkeliru dan mungkin ada yang benci melihat Dacing (BN) tapi bila nak baja Urea subsidi yang bergambar dacing,mereka sanggup memikul dan mengusung sana sini. Melayu kedah harus sedar bahawa jika UMNO/BN tidak merancang dan berusaha memulih dan mempertingkatkan ekonomi petani dengan pelbagai program dan subsidi,tak kan mungkin hari ini melayu petani yang bersawah menjadi hebat dengan ekonomi yang stabil seperti la ni.
PRU 12 sebahagian rakyat kedah menolak UMNO/BN...PAS dipilih untuk menerajui pemerintahan kedah...hingga kini dah hampir 2 tahun PAS mentadbir kerajaan Negeri,tak nampak lagi pun apa-apa rancangan untuk meningkatkan ekonomi petani dan pesawah padi,rakyat golongan petani,pesawah marhaen ini masih lagi dibela oleh UMNO/BN.
KEDAH SEJAHTERA yang di billboardkan oleh PAS hanyalah satu omongan untuk menutup mata serta membinaukan mata rakyat kedah saja,siapa yang sejahtera ?...
Yang nampak sejahtera la ni ialah mereka-mereka yang dulunya jadi kupang tembaga kini dah dapat pelbagai kemudahan yang datang dari Kerajaan PAS Kedah , apa rakyat dapat?..apa petani dan pesawah dapat?...apa yang melayu kedah dapat?...
UMNO KEDAH yang diterajui oleh Dato Shafie,Dato Bashah dan Dato Ir.Nawawi diharap dapat menterjemahkan kepemimpinan mereka hingga keakar umbi khususnya kepada golongan marhaen agar rakyat dapat merasai kesan pembaik pulih reputasi UMNO yang tercalar dulu. Langkah drastik dengan pendekatan yang lebih "membela " adalah lebih baik daripada menyapu 'iodin' pada kudis yang bernanah.
PAS tak sekuat dan sehebat mana pun,mereka hanya bersandarkan pada faktor retorik dan menghentam apa yang dibuat oleh UMNO saja,mengelirukan fikiran rakyat serta memadamkan fakta usaha UMNO seringkali dilakukan mereka,tidak pernah sekali pun mereka elok untuk rakyat apa yang dilakukan oleh UMNO. Jesteru itu "resepi" baru UMNO Kedah mesti di gaul dan diadunkan dengan rapi dan lengkap serta mengimplimentasikan untuk dihidangkan kepada rakyat kedah dengan segera.
Beras Kedah UMNO ini akan dinikmati segenap rakyat,kualiti hebat dan rasa memikat,kombinasi trio ini wajar la ni siap menghidangkan untuk rakyat........jangan terbiar sejuk dan suam...........




4 comments:

  1. tempursakti..bagus brainwash dari sdra..tapi ccz rasa baik kita cetak tulisan-tulisan macam ni, kita tampal atau lekatkan di packaging baja subsidi tu.atleast para pak tani dapat juga baca benda-benda ni. Takkan tempursakti tak tahu. Suratkhabar harian depa hanya Harakah. CCZ rasa kita kena tempek penulisan dan peringatan-peringatan macam ni. Even sampai kat ubat gigi.Sebab kalau nak suruh depa baca internet, hanya anak-anak depa saja kot..setengahnya percaya tuli-tuli tentang apa yang ada dalam Harakah tapi dalam akhbar biasa semua nya auta..mentaliti macam ni lah yang susah nak ubah..

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah........

    Betoi la tu beras Kedah memang power.Jasa pak tani harus dibela jika tidak sapa lagi.Tapi apa pun pujian harus diberikan kepada kerajaan pusat iaitu BN yang begitu membela pak tani dengan berbagai-bagai bantuan .Kerajaan pakatan rakyat tak tau la pulak ada ka depa dok bagi bantuan kat pak tani ? Kalau tanya puak-puak ni mesti depa kata tu tugas kerajaan pusat la tang depa lepas macam tu jugak la.Yang pastinya kontraktor bilboard yang dok pasang gambar ustaz Azizan juga yang kaya.

    ReplyDelete
  3. Beraih, beraih juga, tapi kalu ayaq silap sukat, api tak cukup hangat.....lingkup!!!!

    ReplyDelete
  4. salam semua,ccz,lagenda dan detguag,
    sesungguhnya apa yang baik yang kita nikmati wajiblah bersyukur kepada Allah yang Maha Pencipta dan terimakasih kepada utusan yang melaksanakan.....namun masih ada lagi makhluk yang tidak tahu erti syukur apatah lagi nak berterimakasih.

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...