Monday, September 28, 2009

BAGAN PINANG...sedang dipinang?...



Bagan Pinang sedang dipinang...UMNO/BN sah akan mempertahankan hantaran peminangannya,siapakah pula lagi yang berminat untuk turut sama menyertai siri peminangan itu,adakah PAS atau pun PKR...?..sama-samalah kita nantikan.

UMNO/BN yang menerima kesuraman dalam siri terdahulu,akan mungkin berubah wajah dan keserian demi mempamirkan ketampanan dan kegagahan bagi menawan dan mempertahankan Bagan Pinang.Tapi apakah akan ada saingan yang memungkinkan Bagan Pinang menampar dengan ledakan yang kuat kepipi UMNO daripada PAS?...atau mungkinkah PAS dan PKR jadi kecut atau lesi melihat kegagahan UMNO dan Bagan Pinang tetap hanya menjadi milik UMNO/BN...?...

Diatas peta lakaran politik ketika ini,situasi Bagan Pinang tidak sama dengan lain-lain tempat di negeri-negeri seperti Kedah,P.Pinang.Perak,Terengganu dan Kelantan,Ini Negeri Sembilan...negeri minangkabau ini cukup kental dengan semangat dan kejituan UMNO,Namun janganlah mengharap sangat kerana angin politik boleh membadaikan keadaan dek kerana satu perkara kecil yang tak disangka-sangka,Bagan Pinang akan beralih arah ketangan PAS atau PKR. UMNO perlu berwaspada kerana banyak gunting dalam lipatan,ada musang berbulu ayam dan ada kaduk naik junjung,lantaran ada ketikanya lembu punya susu sapi yang dapat nama,atau akan ada mungkin menang sorak tapi kampong tergadai,.

UMNO telah pun menghadapi zaman kesuraman,limpahan kesuraman ini mungkin merebak ke Bagan Pinang...usaha membendung keadaan ini mesti dilakukan dengan berhemah kerana jika tidak segala usaha selama ini akan menjadi sia-sia.PAS/PKR hanya menanti menerima habuan yang tak disangka hasil kemelut dalam UMNO saja tanpa usaha yang lebih tapi menikmati hasil yang lumayan. UMNO tak boleh kalah lagi di Bagan Pinang jika mahu UMNO terus subur dan kukuh dipersada politik malaysia.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...