Tuesday, September 15, 2009

AIDILFITRI....AIRMATA DAN KEINSAFAN......

Dalam dua tiga hari lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba,dan Ramadhan pun dah hampir kepenghujungnya,pelbagai acara diaturkan oleh semua umat Islam,siap siaga dengan juadah dan pelbagai kelengkapan untuk menyambut 1 syawal yang amat bermakna ini,namun dalam mengecapi kegembiraan menyambut kemenangan ini masih ramai yang tidak berkesempatan untuk meraikannya dengan sebaik-baik nya dek kerana pelbagai perihal yang menyelubungi suasana,yang miskin serba tak cukup,yang berkeluarga beranak ramai masih terpinga-pinga mencari ruang memyempurnakan kehendak anak-anak,yang tiada berayah dan beribu gembira dalam pilu,yang ketiadaan suami dan isteri menangis sendu hiba,yang kehilangan anak,airmata pengubat rindu,pendek kata sesiapa jua yang pernah dan telah kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup ini akan pasti terasa betapa aidilfitri kali ini hadir dengan rasa insaf,syukur dan tawadduk.....biar pun resah pilu membadai kalbu.

Sebagai insan muslim yang redha atas segala ketentuan takdir,sedih pilu ini dianggap sebagai ujian Maha Esa keatas hambaNya.Aidil Fitri mesti disambut dengan kegembiraan dan keinsafan serta mensyukuri nikmat Allah,biar pun disambut secara sederhana...yang penting laungan kemenangan menewaskan hawa nafsu dalam bulan Ramadhan disemarakkan dengan gema takbir memuji kebesaran Illahi,Allahhu Akbar,Allahhu Akbar,Allahhu Akbar.....

Bulan Ramadhan ini juga dapat kita lihat ramai pihak yang kaya raya terdiri daripada mereka-mereka yang bergelar tokoh datang memberikan bantuan dan sumbangan kepada setiap insan yang miskin dan daif,tak kiralah mereka ini dari mana-mana syarikat korporat atau pemimpin parti politik yang penting tujuan mereka menghulurkan sumbangan untuk yang tak berkemampuan...itu dah disifatkan baik,
kerana inilah masa yang terbaik untuk membantu kepada mereka yang memerlukan...sekurang-kurangnya dapat jugalah mereka-mereka ini merasai sedikit pembelaan dan perhatian dari agihan sumbangan tersebut.

Kepada yang berkemampuan,amalan bersedekah ini harus dimanfaatkan mengikut ajaran Agama Islam...sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima dan seelok-eloknya tangan kanan memberi...sorokkan tangan kiri kerana disisi Allah derma dan sedekah jariah bukannya tontonan.Allah Maha melihat dan Maha mendengar.

Sebagai umat Islam yang beriman,sesungguhnya Aidilfitri ini memberikan makna yang tidak ternilai dengan kata-kata dan harta benda,memenangi perjuangan dalam peperangan denga hawa nafsu serta mengagalkan desakan iblis dan syaitan yang selama ini merajai diri kita dapat kita musnahkan dengan penuh keimanan dan ketaksuban berpuasa dan beramal dalam bulan Ramadhan ini,dan aidilfitri ini adalah wajib di Rayakan dengan penuh kesyukuran serta bergembiralah dengan seadanya sebagai tanda memuji kebesaran Allah s.w.t.

Bagi mengikat ukhwah dan silaturrahim dan persaudaraan seagama marilah kita bersalam-salaman,bermaaf-maafan sesama kita,serta jangan kita lupa kepada kedua-dua Ibu Bapa kita yang masih ada,kepada yang telah tiada Ibu dan Bapa...marilah kita memgingati mereka dengan mengunjungi pusara serta sedekahkanlah Alfatihah dan Zikirullah kepada roh mereka dengan berbanyak-banyaklah berdoa memohon keampunan daripada Allah Taala,semoga roh mereka ditempatkan disisi Allah bersama-sama para syuhada dan aulia'.

Kita yang masih bernafas lagi bagi menyambut Aidilfitri ini,marilah kita panjatkan syukur kehadrat Allah s.wt. dengan rasa tawadduk serta keinsafan memohon keberkatan hidup dengan keimanan daripada Allah Taala,moga-moga Aidilfitri ini bukanlah yang terakhir untuk kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,maaf dzahir dan bathin.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...