Monday, June 22, 2009

RETAK...?...Carik-Carik bulu ayam...boleh ke?...


UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Jerai sedang ligat mengadakan mesyuarat Agong Tahunannya...kesempatan ini membolehkan ahli-ahli mendapat sedikit sebanyak maklumat dalaman parti UMNO daripada Bahagian untuk dijadikan tatapan ataupun panduan.


Terdengar satu keluhan daripada beberapa ahli UMNO dalam cawangan disebuah taman perumahan dalam DUN GURUN yang baru selesai mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan pada minggu lalu. Cawangan UMNO ini pada tahun lalu digantung dan tidak berkelayakan untuk menghantar PERWAKILAN ke persidangan UMNO Bahagian akibat krisis kepimpinan di cawangan.Pemilihan AJK diadakan semula dalam mesyuarat cawangan itu,Ketua dan barisan AJK lama tewas dalam perebutan Jawatan dalam cawangan,biasalah kalah dan menang adatlah dalam pemilihan parti,yang menang mungkin boleh menerima yang kalah...tapi yang kalah tak mahu menerima yang menang?...krisis tetap berlaku?...kenapa dan mengapa?...
UMNO WADAH PERJUANGAN UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

Cawangan-cawangan yang tidak bermasaalah dapat menyempurnakan Mesyuarat Agung masing-masing tanpa ada pemilihan AJK pada tahun ini,Kepimpinan UMNO Bahagian Jerai melaksanakan tugas pentadbiran dengan pelapor-pelapor yang hadir kecawangan-cawangan yang bermesyuarat sekadar mencatat serta merekodkan lapuran untuk perhatian UMNO Bahagian,ramailah AJK UMNO Bahagian ditugaskan sebagai pelapor-pelapor ke cawangan-cawangan.

Amat berbeza Mesyuarat Agung Cawangan tahun ini berbanding tahun yang ada pemilihan Bahagian...kalau tahun yang ada pemilihan parti peringkat Bahagian,berpusu-pusu pemimpin dari Ketua,Timbalan,Naib,Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan AJK disemua sayap dengan pelbagai cara dan keadaan akan datang untuk memeriahkan mesyuarat Agung disetiap cawangan,Kemeriahan ini berlaku sebelum dan selepas mesyuarat cawangan juga,silih berganti calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding Jawatan tertentu dalam UMNO Bahagian datang sehinggalah Persidangan Bahagian dan keputusan pun dah diketahui,yang tewas ...sahlah amat payahlah nak ditemui,yang menang pula dah sibuk dan payah juga untuk dicari.

Mesyuarat Agung Tahunan cawangan diadakan bukan saja untuk memenuhi dan melengkapkan rekod pendaftaran semata-mata,agenda parti perlu diperluruskan bagi memenuhi aspek hiraki politik dari akar umbi sehinggalah ke peringkat tertinggi parti,ianya amat penting untuk menyampaikan seruan dan arahan dari atasan untuk di laksanakan diperingkat cawangan dan idea serta usulan dari bawahan ini dibawa dan diterjemahkan diperingkat atasan,maka kombinasi akarumbi bertaut keatas dan diterjemahkan secara mutlak,begitulah pentingnya mesyuarat agung tahunan cawangan dan Bahagian.

Penjawat dalam saf kepimpinan UMNO wajar melihat situasi ini sebagai pegangan untuk bergerak secara bijak dengan memberikan perkhidmatan untuk memperkukuhkan UMNO dan melebarkan pengaruh siasah UMNO sehingga melimpah disegenap lapisan masyarakat...bukannya bergerak secara mempopularkan diri untuk memperteguhkan sokongan cawangan kepada Jawatan yang dipegang dalam parti UMNO sahaja.

Sebagai ahli UMNO ,harapan dan semangat perjuangan politik untuk memperkukuhkan UMNO sentiasa membara,cadangan Idea dan usul-usul yang diasah diperingkat cawangan wajar di berikan perhatian oleh UMNO Bahagian,kepimpinan lama harus dikenang bukan dibuang,kepimpinan baru wajar diberi penerangan bukan dihalang...maka saf
UMNO dari pelbagai peringkat akan mampu menjalankan tugas secara total demi UMNO sebagai wadah untuk Agama,Bangsa dan Negara.

Sekiranya kesemua pihak dalam UMNO boleh memberi dan menerima pandangan dan kritikan biarpun pahit tetapi demi memperkuatkan ukhwah kesahsiahan politik UMNO secara bijaksana maka kemelut yang tewas tak boleh menerima yang menang akan dapat dinormalkan dan saf UMNO dipelbagai peringkat dapat di luruskan.
UMNO akan jadi semakin BESAR dan HEBAT serta BERPENGARUH.

2 comments:

  1. HARI NI AKU TULIH PASAI MESYURAT UMNO CAWANGAN DALAM BAHAGIAN JERAI...AKU CERITA HAT UMUM SAJA...KALAU ADA YANG NAK MAKI AKU MAKI LAH SEBERAPA BANYAK NAK MAKI PUN...AKU DENGAN CARA KU...AKU TULIH JIKA ADA YANG AKU NAMPAK TAK BERKENAN PASAI PEMIMPIN UMNO...AKUKAN KEPALA BATU...

    ReplyDelete
  2. Hehehehhe...bro...

    Kena buat amendment sikit kat pengumuman Gathering Bloggers Utara tu...Tempatnya buakn kat SP Inn...dah bertukar tempat...tempat tu dirahsiakan dulu utk "keselamatan" majlis...hehehheh...hanya akan diberitahu kepada yang confirm hadir sahaja....

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...