Thursday, May 14, 2009

KEDAH oh KEDAH

Kelam kelam lagi dah terima satu panggilan dari sahabat politik yang nak bagitau pasal perlantikan Pegawai-Pegawai yang akan mentadbir UMNO Kedah.

YB Datuk Ir.Nawawi Ketua UMNO Langkawi dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan,
YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai Bendahari,
YB Mej.Jen.(B) Datuk Jamil Khir Baharum dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Dengan perlantikan itu termetrilah tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah,YB Dato Sri Shafie Afdal.

Apakah akan ada perkara baru yang akan diperkenalkan oleh YB Datuk Ir.Nawawi dalam pentadbiran UMNO Kedah?...Kebolehan,kecekapan dan pengalaman YB Datuk Ir.Nawawi boleh diterjemahkan secara menyeluruh dalam memantap dan memperkuatkan lagi jentera UMNO kedah,namun bolehkah rata-rata ahli UMNO menerima kalau hanya sekadar berjawatan untuk memanaskan punggung saja?...

YB Datuk Mukhriz sebagai Bendahari dianggap baik kerana kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri,dan secara tak langsung berupaya mengawal serta memastikan kedudukan kewangan UMNO Negeri secara teratur dan berhemah.

Kembalinya anak Kedah dari KAGAT ini sebagai Ketua Penerangan,perlu dilihat dari sudut yang lebih kepada Keperluan,UMNO memerlukan seorang tokoh yang berwibawa dalam menjuruskan hujah-hujah untuk mematahkan isu-isu daripada Pembangkang yang berkaitan soal Politik dan Agama. Pengalaman Datuk Jamil Khir mungkin dilihat oleh kepimpinan parti UMNO sebagai satu asset penting bagi menyaingi pemimpin PAS yang menerajui Kerajaan Negeri Kedah kini. Apa pun terlalu awal untuk dibuat andaian kerana UMNO adalah parti yang banyak pengalaman dan mana-mana pemimpin yang berjawatan dalam UMNO juga mesti berpengalaman.

Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Mohd.Shafie Afdal ,Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah kerana berjaya membentuk jentera kepimpinan UMNO Negeri Kedah.
Umno Kedah mesti berkerja keras untuk menawan semula hati rakyat Kedah dan diharap kesemua pemimpin Umno Kedah dapat bersatu untuk merampas kembali teraju pemerintahan Negeri dari tangan Pembangkang.

Tahniah untuk Dato Ir.Nawawi,Datuk Mukhriz dan Datuk Jamil khir (anak yan).

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...