Tuesday, August 3, 2010

SAMAN EKOR?...TRAFFIK,JPJ atau MAHFUZ................

Disenaraihitam oleh JPJ gara-gara saman ekor,cukai jalan tak boleh diperbarui,banyak yang merungut kerana terpaksa membayar kompaun sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit.
Penguatkuasaan oleh traffik dan JPJ ini benar-benar mencabar rakyat dalam kegawatan ekonomi sekarang,namun salah tetap salah,tak bayar bermakna cukai jalan tak boleh diperbarui,nama pula disenaraihitamkan,alamak kenapa ini terjadi?.....

Kebanyakan yang terkena saman ekor bukannya dari kawasan yang kelajuannya 110KM,tetapi dari kawasan yang hanya kelajuan 60KM,semua kenderaan yang kelajuan melebihi had tersebut walaupun hanya 75KM dah ditembak kena saman ekor dan kompaun dituntut pula RM300.00,adilkah?...........

Tidak dapat dinafikan yang cara ini boleh mengajar pemandu kenderaan mematuhi had kelajuan yang ditetapkan,tetapi tindakan menyenaraihitamkan penama dan pemilik kenderaan dilihat amat menyukarkan pemilik kenderaan tersebut,apa tidaknya bagaimana kalau mereka ini mempunyai dua atau tiga kenderaan,dek kerana satu yang disenaraihitamkan oleh JPJ atas kesalahan saman ekor,ketiga2 kenderaannya tak boleh diperbarui cukai jalan.

Hari ini dilapurkan dalam sinar harian edisi utara yang YB Dato Hj.Mahfuz MP Pokok Sena tampil bersama SUHAKAM memulakan gerakan membantah penguatkuasaan dan penyenaraianhitam pemilik kenderaan yang terkena saman ekor.Adakah anda menyokong atau membantah gerakan yang dilaungkan oleh YB Mahfuz ini?.....
Kalau kita ambik dari sudut pengguna Jalanraya dan pemilik kenderaan,tindakan YB Mahfuz ini wajar disokong kerana gerakan ini berjuang untuk mencari kesejahteraan pemilik kenderaan,akan tetapi kita juga bimbang jika isu ini hanya dijadikan jambatan politik untuk mengaut populariti sebagai ahli politik dari pembangkang yang mencari kesilapan kerajaan,namun harus difikirkan juga apa yang baik untuk kesejahteraan rakyat itu yang perlu didahulukan.

Apa pun sebelum kesempatan ini diprovokasikan oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab diatas kealpaan Traffik dan JPJ yang menguatkuasakan tindakan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang terkena saman ekor wajarlah pihak Kementerian Pengangkutan dan KDN sendiri mengkaji semula langkah penguatkuasaan tersebut dengan kaedah yang lebih baik bagi keselesaan rakyat dan kerajaan.Jangan hanya tahu mengkompaun untuk kumpulan dana saja tanpa mementingkan kemampuan rakyat.

No comments:

Post a Comment

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...