Thursday, April 16, 2009

PENANTI : MENANTI

Belum habis penat pasai 2 bukit 1 batang,penanti pula menanti......

Tahun pilihanraya kecil..inilah masaalahnya bila rakyat lepas geram pilih orang dan parti yang bukan pada tempatnya.

YB Fairuz Khairuddin dah letak Jawatan TKM 1 P.PINANG dan letak Jawatan pula sebagai ADUN penanti.

Adakah ini satu helah PKR yang dah ketandusan pemimpin untuk ganti Fairuz sebagai TKM 1 P.Pinang?.......Pilihanraya kecil untuk cari wakil PKR (kalau menang) untuk Jawatan TKM 1.

Kemaruk dan teruja dengan kemenangan di bukit selambau dan ketiadaan wakil rakyat PKR yang berkelayakan dalam DUN P.pinang untuk dilantik sebagai TKM 1 maka PKR kena lah cari wakil lain yang benar benar layak untuk menggantikan Fairuz.

Dah faham sangat,inilah kesannya jika tersalah pilih,masa untuk bangunkan negara untuk mengatasi kegawatan ekonomi terpaksa dihabiskan dengan pilihanraya yang tak sepatutnya berlaku jika pengundi memilih wakil rakyat dari parti yang konsisten dan berkemampuan.

PKR ternyata bukan sebuah parti yang memperjuangkan rakyat tetapi memperjuangkan kedudukan individu,mengapa fairuz perlu letak jawatan?..Fairuz masih sehat walafiat,masih kuat berkerja,ya lah mungkin terpalit cemar kes SPRM,dan muka PKR terlomor arang,maka Fairuz mahu tidak mahu perlu dibuang,apatah lagi ADUN-ADUN PKR yang ada tidak berkelayakan untuk diberikan Jawatan sebagai TKM 1 P.Pinang.

"Jika sesaorang yang dilantik atau dipilih itu bukan pada tempatnya,tunggulah saat kehancurannya" Jelas terbukti nas dan dalil itu benar.

Apa kata rakyat Pulau Pinang?..bagaimana pula kehendak pengundi DUN Penanti?..dah bersuluh walau pun dalam terang,tak kan nak tersesat lagi dalam terang kut.

Apa pun kita tunggu apa yang akan berlaku seterusnya,sebagai orang melayu,berfikirlah dengan waras kerana itulah pelita hati,janganlah kerana taksub pada sesuatu itu maka kita gadaikan masa depan anak cucu kita.

Kalau tidak sekarang bila lagi,inilah masanya untuk orang orang melayu melihat dari dalam diri kita melalui Roh kehidupan kita,siapa kita dan dimana kita,apakah hendak kita biarkan bangsa kita dan generasi kita akan datang diinjak-injak dan dihina?...tak kan kita mampu tersenyum dan gelak melihat bangsa kita diperkotak katikan?..Ingatlah bangsa melayu adalah bangsa yang bermaruah.

Kita sudah tiada masa,bersatu adalah jalan untuk memperkasa dan memperteguhkan bangsa,lupakan sengketa lama dan kembalilah berpadu dan ingatlah yang SATU (ALIF) DUA (BA) TIGA (TA).

Berusahalah membina kebaikan diantara kebaikan untuk mencari yang terbaik dikalangan yang baik-baik demi kekuatan ummah.
Jangan gadaikan masa depan anak cucu kita hanya untuk nikmat yang sementara.
Pasti dan mestikan menjadi Bangsa Melayu yang Agung di bumi ini.











































































1 comment:

  1. Memang susah nak cari seorang pemimpin yang amanah dizaman ni.Tapi kalau nak cari pemimpin yang rasuah senang jer...Mula-mula kita kumpulkan semua pemimpin UMNO dalam dewan yang kecik,biar sesak pun takpa,bila dah berhimpit-himpit tu kita berdiri diatas stage,pastu amek batu,sambil menutup mata kita baling batu keatas,tunggu hingga batu tu jatuh,bila terdengar bunyi Adoi !! kita amek pemimpin tu ,kompom Rasuah...Ulang teknik ni,sebanyak mana yang anda mahu,kalau nak 10 orang pemimpin rasuah dalam UMNO sediakan 10 biji batu...He...He..

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...