Friday, May 8, 2009

UMNO : bila lagi nak melawan?...

Apabila membaca tulisan daripada rakan-rakan bloggers,terdapat banyak tulisan yang memuji dan mengeji BN,PAS,PKR tetapi amat sedikit yang menyentuh keburukan DAP,kenapa ye?...

Dalam BN,UMNO yang selalu kena hentam dengan pelbagai andaian dan olahan kata-kata,mengapa UMNO sering dipersalahkan pada setiap perkara yang berlaku?...

UMNO adalah sebuah parti tertua dalam negara ini,UMNO adalah parti melayu,perjuangan UMNO jelas dengan ALIF,BA,TA...Jasa dan pengorbanan UMNO kepada Melayu,rakyat dan negara ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa saja,perjuangan UMNO telah banyak memertabatkan kedudukan Melayu/Islam di malaysia ini. Samaada ingin mengakui secara jujur atau tidak ternyata setiap daripada kita telah memperolehi ganjaran hasil perjuangan UMNO secara langsung atau tidak langsung.Malahan parti-parti pembangkang melayu yang ada kini pun tertubuh daripada serpihan UMNO.Dasar-dasar dan pelaksanaan dan apa yang termaktub dalam perlembagaan UMNO disempurnakan oleh kepimpinan UMNO secara menyeluruh biarpun ada kalanya rakyat tidak menerima kerana tidak memahami apa makna yang tersurat dan yang tersirat untuk kepentingan melayu/Islam.

PAS adalah sebuah parti yang lahir daripada perpecahan dalam UMNO,Keujudan PAS yang berimejkan parti Islam telah memporak perandakan kemasyarakatan melayu,orang melayu secara lahiriahnya adalah Islam,mana mungkin melayu menolak Islam pada waktu itu.PAS berjaya mengajak masyarakat melayu menghayati Islam dengan cara yang ditarbiah oleh pemimpin mereka,renung kembali fatwa-fatwa yang disampaikan oleh pemimpin PAS.Ketaksuban menerima tarbiah secara ekstrim telah meletakkan melayu/Islam dalam masyarakat berpecah belah.Wajah dan dasar perjuangan PAS ketika itu lebih terjurus kearah Keislaman ala Iran. Tetapi sekarang dah berlainan pula,mungkin dah faham situasi dan kehendak politik bila dah mula dapat kepercayaan rakyat untuk memerintah negeri kelantan dan kedah,dan PAS kini telah pun dipakaikan dengan unsur sekular yang diresapi oleh pengaruh tali barut yahudi,jika tidak berjaya apakah mungkin PAS akan hancur selepas ini?...

PKR adalah satu parti yang diasaskan semata-mata untuk membalas dendam,halatuju parti ini bukan untuk melayu/Islam ataupun untuk negara.Renunglah perjalanan arah parti tersebut dari mula sehingga kini.Orang-orang melayu tidak banyak dalam parti tersebut,kalau ada pun hanya dari kalangan mereka yang telah termakan banyak ketiga pemimpinnya dalam UMNO dulu,kenang budi dan kenang jasa ikut sertalah. PKR tidak akan berupaya hidup jika hanya mengharapkan melayu dari UMNO atau PAS,Pimpinan de factonya adalah seorang yang diasuh dalam kerajaan selama 16 tahun yang telah diberikan pelbagai keistimewaan,dia tahu dimana kelemahan kaum-kaum dalam negara ini,permulaan yang dilakukan oleh pimpinan PKR ialah " pecah dan perintah" dikalangan kaum India.Kalau kita tengok kaum India lah yang banyak menyokong PKR,akan untungkah melayu dengan perjuangan PKR?...PKR inilah parti petualang menghancurkan perpaduan melayu/Islam dibumi malaysia ini.
Kenalilah PKR dan pemimpin-pemimpinnya sebelum berhasrat nak menyokong.

Sudah tiba masanya UMNO perlu bertindak,setiap isu-isu yang dilontarkan oleh mana-mana pihak wajar diperjelaskan,keadaan politik hari ini tidak boleh dibiarkan lagi,jika perlu dedah,dedahkan kepada rakyat biar rakyat tahu siapa mereka,dan apa tujuan mereka,talibarut siapa mereka,daripada mana mereka memperolehi dana yang banyak.
UMNO jangan menjadi sentiasa bertahan,sekali ini perlu menyerang pula,biar mereka pula kelamkabut bila UMNO menyerang.
Hari ini bila diam,tidak dikatakan warak,bila bising tidak dikatakan penyibuk,bila tegas dikatakan keras...semuanya nak cari salah UMNO. UMNO pun perlu juga cari salah mereka.

4 comments:

  1. Wahai medanmas, sedarlah!

    UM No/BN kain sendiri buruk !!! cam mana pulak nak mengatakan kain orang buruk!!

    Yang telan rasuah pun UM No/BN ...

    ReplyDelete
  2. to,Alvin,
    Jika anda ternampak kekotoran yang dilakukan orang lain...anda juga sebenarnya pernah buat kotor,sebab itu anda tahu itu kotor.

    Siapa lagi yang telan rasuah selain UMNO?...Adakah anda seorang daripada yang juga tergolong dalam kelompok pemberi atau penerima?...

    ReplyDelete
  3. Salam bro,
    Sekiranya seseorang itu membaca dan merenung apa yg sdra katakan (tanpa ada bias dan ketaksuban)... orang itu perlu mengakui apa yg sdra katakan itu kebanyakannya (tidak semua) benar belaka...

    ReplyDelete
  4. WKsalam red rooster,
    Benar,kebenaran memang untuk yang benar(tidak semua)untuk dirinya yang sebenarnya,untuk yang lain mungkin tidak benar.

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...