Wednesday, June 10, 2009

PERCANGGAHAN PENDAPAT ISU KERAJAAN PERPADUAN...

Isu kerajaan perpaduan hasil Idea Presiden PAS semakin berserabut dan kelam kabut dengan pelbagai percanggahan pendapat berkaitan isu tersebut timbul.

Terdapat suara-suara yang menentang dan juga suara-suara yang menyokong selebihnya berkecuali dan ada yang "play safe".

Apa pun terpulanglah kepada kehendak kepimpinan dua parti terbesar melayu itu untuk memutuskannya,Jika memikirkan Agama Islam dan Bangsa Melayu demi mendaulatkan Negara Malaysia,tak usahlah berselindung dengan kata-kata politik,lalukan sesuatu yang terbaik untuk faedah Agama,Bangsa daan Negara.

Idea yang baik ini datang daripada TG Hj.Hadi (Presiden PAS) tetapi yang peliknya banyak pemimpin PAS menolak Idea ini,mengapa?.......apakah mereka ini tak mau tengok melayu /Islam bersatukah?.....atau adakah depa semua rasa DAP/PKR itu lebih baik dan lebih ISLAMIK dari UMNO?.........

Datin Seri Wan Azizah - Presiden PKR berkata :" PKR masih menunggu penjelasan dari kepimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan termasuk sebarang bentuk perbincangan dengan UMNO"..........

@@@@@@@ Hai...tak kan tak dak kut penerangan isu tu dari PAS ?...kalau tak diberikan penjelasan langsung mana PKR boleh tau isu tu @@@@@@

Lim Kit Siang pula berkata : Krisis keyakinan dikalangan PAKATAN RAKYAT berkaitan isu kerajaan perpaduan yang di bawakan oleh TG Hj.Hadi...tumpuan pada rundingan perpaduan UMNO/PAS telah memberikan satu kesan penentangan dan tercipta satu krisis keyakinan dalam pakatan rakyat (PR).

@@@@@@ Peduli apa DAP nak kata apa...tak kan takut sangat dengan DAP...kan semua dah tau apa vision dan mission DAP...Kita orang melayu mesti,mesti,mesti berpakat dan bersatu...Jangan biarkan DAP memecahbelahkan perpaduan melayu/Islam...Pakatan yang depa buat tu bukan pakatan rakyat...depa buat pakatan itu hanya untuk menipu rakyat saja...lupakan DAP @@@@@@

Datuk Mustaffa Ali - Pengarah Pilihanraya PAS pula berkata : mengarahkan ahli-ahli PAS tutup mulut,jangan bincangkan isu ini takut disalah tafsir.

@@@@@@@ Apa ni?...nak bincang pasai perpaduan dan penyatuan melayu pun takut ni...pemimpin melayu/Islam apani?......lepas tu arah tutup mulut pulak dah....ahli PAS tak bebas untuk mengeluarkan pendapat kah?.....pelik,pelik,pelik sungguh....tak kan nak biarkan ahli PAS Jumud berterusan kut...patutlah depa nak berkawan sangat dengan DAP,sebab ahli disuruh tutup mulut dan tak boleh bantah apa pemimpin depa (PAS) buat......guanao nihh..@@@@@@

Datuk Dr.Hassan Ali -Pesuruhjaya PAS Selangor berkata : dia sentiasa menyokong apa yang dicadangkan oleh pemimpin tertinggi parti PAS selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam...Walaupun Idea itu agak berbeza tidak bermakna ianya perlu ditolak,sebagai penyokong parti apa yang ketua cadangakan tentulah ianya mendatangkan kebaikan dan kita mesti sokong apa yang baik......

@@@@@@ nampak positif sikit ...adalah gaya pemikir sebagai pemimpin melayu/Islam...tetapi jangan pula selepas ni ada banyak tetapi pula....@@@@@@@

****Pelbagai hujah dan pendapat yang kita dengar dari pelbagai parti,yang menyokong ada yang menentang ada yang buat-buat tak tau pun ada yang tak ambil tau pun ada.....Rakyat macamana pula?.....Melayu/Islam macamana?...Idea TG Hj.Hadi adalah idea terbaik dan jika semua umat Islam dan Bangsa melayu yang dipimpin oleh kedua-dua parti terbesar melayu iaitu UMNO/PAS dapat menterjemahkan serta bertindak untuk proses perpaduan dan penyatuan,InsyaAllah melayu/Islam terus kuat,kukuh,mantap serta berkeupayaan mengurus dan mentadbir Khazanah Bumi Malaysia ini dengan lebih baik lagi...wallah'uaklam ********

1 comment:

  1. Salam Ziarah.......

    Orang yang menentang Kerajaan Perpaduan ini ialah golongan yang tidak mahu melayu dan islam bersatu dan kuat di negara kita .Orang-orang ini tidak tahu menilai yang mana intan yang mana kaca .Bersekongkol dengan golongan yang sudah terang dan jelas nyata menolak konsep negara islam boleh tetapi dengan UMNO macam-macam pula alasan yang diberikan.........Kepada golongan-golongan yang menolak Kerajaan Perpaduan ini diharap berfikirlah sejenak ..........Jangan berfikiran singkat takut terjadi Negara yang dipijak menjadi Milik Orang.......Wassalam......

    ReplyDelete

andainya anda yakin maka anda buatlah ulasan,jika tidak yakin,tak usahlah...