Saturday, March 6, 2010

SEMBOYAN HALILINTAR ?...KEH..KEH..KEH..

Tu dia aihhhhhhhh..........gerun dengag SEMBOYAN HALILINTAR KE PUTRAJAYA....






Rasa- rasa dari tajuk tu boleh diandaikan dengan macam-macam,atau berdentum guruh dilangit,kilat sabung menyabung,hujan tak turun juga.


Itulah PKR, Selepas satu persatu Ahli Parlimennya lari dan terbaru YB Zul pula kena pecat,maka nak larikan diri dari kepongan persoalan kemelut dalaman PKR,buatlah sesuatu GIMMICK untuk nak kelabu mata rakyat,kononnya misi membuat perubahan untuk rakyat.


Pak kaduk pun kalau ujud dizaman ini akan gelak besar tengok sandiwara pak lawak yang cuba digembar gembur oleh pimpinan PKR.Tergelak bukan kerana apa cuma sekadar tengok lawak bodo yang dipertontonkan,mana tak nya kalau setakat nak bersimbolik dengan igauan disiang hari ada hati nak tawan Putrajaya,selama ujudnya PKR ,rakyat mana yang dibela dan diubah nasibnya?...kwang..kwang..kwang...terus gelak tergolek-golek pak kaduk.

Rakyat dah sedar atas kesilapan dalam PRU12 kerana terpengaruh dengan dakyah dan propaganda PKR...apa yang rakyat dapat dengan memberikan kemenangan pada calon-calon PKR...tidak ada satu faedah pun,sebaliknya rakyat ditipu dan diheret dalam sengketa nafsu dari sifat tamak PKR,rakyat masih bernasib baik kerana dengan izin Allah S.W.T ,UMNO dan BN tetap berjuang untuk membela rakyat Jelata,nak harapkan PKR alamat punah jahanam segala apa yang ada,jangan-jangan rakyat pun Puak-puak ni gadai.

Lihatlah wahai rakyat malaysia,puak-puak ni tengah kelam kabut dah ni,Ahli Parlimen depa pun dah tak percaya kat depa dah,wahai orang-orang melayu...jangan didengar akan dakyah puak-puak dan talibarut PKR yang cuba menjahanamkan melayu dibumi ini,marilah kita bersatu dibawah panji-panji UMNO yang nyata dan jelas arah perjuangannya dalam membela rakyat,tolak PKR ke gaung ke,kedasar laut ke,yang penting kita berkerjasama ,jangan suka-suka bagi peluang lagi dengan PKR ni.

JUARA RAKYAT adalah platform terbaik UMNO untuk menjaga dan membela rakyat,PKR dan parti yang lain dah mula nampak gusar,UMNO mampu dan berjaya memulihkan keyakinan rakyat,sekarang ni depa dah nampak peluang depa dah malap,kita padamkan terus api dendam mereka,kuburkan.



























Wednesday, March 3, 2010

PATUTKAH MAHFUZ GANTI AZIZAN SEBAGAI MB KEDAH?..

ANTARA DUA DEPA NI SAPA AGAKNYA YANG BETUI-BETUI LAYAK JADI MB KEDAH ?

YAB DATO SRI USTAZ AZIZAN rakyat KEDAH dah tau peel dan cara pimpinan dia,banyak yang dia cakap tak tau dari yang tau.

YB DATO MAHFUZ ,dia ada tulis,Pemimpin yang baik,tahi manusia pun boleh diproses jadi benda berguna.(Tapi setakat la ni ada dua pemimpin yang jangankan nak proses tahi manusia jadi benda berguna,nak proses tahi binatang jadi baja pun tak boleh dibuat,kalau nak cakap saja nak buat tak reti lebih baik bela burung tiong.)

Mahfuz dok kata kat sapa tu,kata kat MB Kedah ka?...Rasanya Ustaz Azizan kena jawab ni,kut-kut nanti orang kata pula MB Kedah tak tau buat kerja...

Kalau kat kedah MB tak tau buat kerja,camna lak kat kelantan?...TGNA pandai ka buat kerja sebagai pemimpin negeri?...tengok jo wehhhhh....

Try bagi kat mahfuz pula jadi MB Kedah,agak-agak boleh ka dia tadbir dan pimpin kedah ni?...atau kedah ni akan jadi negeri pengeluar barangan dari tahi manusia?...

Dok nampak la ni mahfuz pun dah hilang arah kut...sebab sorang demi sorang kawan baik depa di parlimen keluar parti jadi ahli parlimen bebas,tak pun ada hati nak mengurat nak jadi MB Kedah,al maklumlah...dah rasa hebat la ni.

Apa pun kita kena tabikkk juga kat mahfuz sebab dia nak jadi pemimpin yang boleh menjadikan tahi manusia barangan dagangan.










Tuesday, March 2, 2010

PAS TAK HERAN KEDAH DAPAT KAT BN...




GAMBARAN CARROT JIKA PAS KEDAH TEWAS DALAM PRU 13 DI KEDAH.



SEKUJUR TUBUH ATAS USUNGAN DALAM PUSARA TANPA NISAN.

Bila dapat keizinan untuk berkuasa,rakus dan lupa pada MASA SUSAH,masihkah kita ingat suatu ketika dulu PAS dengan sombongnya menuduh UMNO kafir,kini PAS dah dapat kuasa di KEDAH,apa usaha PAS untuk rakyat kedah ?...mengapa dasar pentadbiran yang digunapakai oleh BN dulu digunapakai oleh PAS juga kini?....(kata dulang paku serpih,kata kat UMNO,PAS yang lebih) 2 X 5 dan 5 X 2 = serupa kut?...










Monday, February 22, 2010

WAKILRAKYAT PAKATAN RAKYAT TAK ADA DISIPLIN..?

KETUA UMUM PAKATAN RAKYAT ,DSAI dah terasa tak selamat berikutan merudumnya satu persatu YB-YB dari PAKATAN RAKYAT yang dah mula menjadi BEBAS.

PAKATAN RAKYAT tubuhkan Jawatankuasa Disiplin bagi memantau YB YB dalam Pakatan Rakyat dengan R.Sivarasa menjadi Pengerusinya dan anggotai oleh PKR,PAS dan DAP.

Nampak sangatlah kecelaruan dikalangan pakatan mereka,bimbang dan terus bimbang kut-kut ada lagi Wakil Rakyat depa yang lari lagi jadi BEBAS.

Antara tujuan yang DSAI kata ialah supaya Jawatankuasa tersebut dapat membendung sebarang perselisihan faham dikalangan wakil rakyat dalam pakatan rakyat.

Dah jelas dan nyata bahawa kemelut dalam Pakatan Rakyat dah sampai keperingkat Barah yang perlu dikimo segera oleh DSAI,Jika tidak dah pasti PR akan tenggelam dan tiada nafas lagi sebab tu lah mula nak pantau YB YB yang ada dalam PR sekarang ini.

Itulah kesannya bila parti seperti PKR yang bermentorkan DSAI berkawan dengan DAP yang chauvenis kerana nak dan ingin berkuasa sehinggakan menggadaikan kekuatan Ummah serta menjadikan PAS lari dari prinsip perjuangan Islam yang dibawanya.

Satu lagi nampak jelas dah yang DSAI dah hilang sokongan dari orang melayu/Islam,maka mengharaplah kepada DAP bagi menumpang simpati dari puak chauvenis cina ini,tu sebabnya LGE di bela DSAI semau-maunya,hebat apanya LGE jika dibandingkan dengan DATO ZAHRAIN...tapi politik punya pasal semua ok walaupun melayu dipinggirkan.

Orang melayu diharap nampak situasi ini jika masih lagi mau ada melayu di bumi tercinta ini,jangan terpengaruh dengan sandiwara PKR/DAP ,tekatkan keazaman untuk membenamkan PKR/DAP dari lanskap politik malaysia pada PRU13 nanti.








Friday, February 19, 2010

KEDAH SEJAHTERA,RAKYAT SENGSARA: ayag keluag malam saja la......














Ni kes yang rakyat kedah dok hingar la ni...mau tak nya...bil sentai RM25 hingga RM30 sebulan lebih dari dulu,ayag pula,siang meleleh saja,malam-malam baru paip tu keluag ayag,itulah rungutan yang didengar disetiap pelusuk negeri kedah,kebanyakannya dari kawasan marhaen yang menggunakan ayag untuk pelbagai tujuan.




Kerajaan pimpinan PAS tetap berbangga dengan slogan KEDAH SEJAHTERA,NIKMAT UNTUK SEMUA,tapi bila bab ayag tak dak ni,rakyat dapat nikmat ka?....sengsara rakyat adakah pemimpin PAS ambik tau,politik pun janganlah dibuat secara murahan,taraf khidmat wakil rakyat PAS la ni lebih kurang khidmat JKKK masa UMNO tadbir kedah saja,kalau takat nak pi jenguk orang sakit,orang mati,makan kenduri,bagi beras,bagi gula kopi yang tak seberapa tu,JKKK UMNO dah buat lama dulu pun,tapi tak lah gah macam wakil rakyat PAS ,siap bawa wartawan lagi.




Setakat la ni Kerajaan PAS Kedah tak buat apa-apa pun untuk kesejahteraan rakyat Kedah selain dok penaik kain rentang dengan pelbagai slogan saja,kalau selesai masaalah rakyat pun hanya dalam bentuk lepas tangan iaitu bagi bantuan sekadar nak bagi tau kat orang tu dari pemimpin PAS saja.Adakah bantuan yang dihulurkan dapat menyelesaikan masaalah rakyat secara keseluruhan?....Sejahterakah rakyat kalau dulu air bersih yang dibekalkan oleh JBA Kedah selalu laju,la ni bila SADA ambik alih bil melambung ,air pula menitik macam kencing tak lawas?....




MB Kedah,Ustaz Azizan tau kah hal ni?....Kalau tau mengapa nak biar perkara ni terus berlaku?...dah kata KEDAH SEJAHTERA,tak kan nak biar rakyat hidup SENGSARA ?....




Tu baru air,bil melambung air tak dak...la ni rakyat bayar bil air bukan untuk air tapi untuk angin,sebab bil melambung kerana angin banyak air tak keluar,sama jugalah rakyat bagi peluang kat PAS perintah Kedah,kemampuan tak dak nafsu saja lebih,Jelas dan nyata rakyat sengsara dan PAS pun penaiklah slogan KEDAH SEJAHTERA.




La ni ibarat kata corak pentadbiran PAS Kedah lebih kurang bagi sekupang rakyat kena bayar balik seringgit kat kerajaan,ni lah akibatnya kalau hanya tau makan bengkang,janganlah dipelawa makan kek,kerana bila dibagi juga,ni lah jadinya.


Rakyat wajib sedar yang PAS tak berkeupayaan menguruskan kesejahteraan rakyat,PAS masih berretorik dengan slogan dan amalan politik murahan beralaskan Agama Islam bagi memesong fikiran rakyat untuk melupakan jasa-jasa UMNO yang telah lama memberikan kesejahteraan kepada rakyat,Rakyat mesti insaf sejak sebelum dan selepas merdeka dan sehingga kini hanya UMNO yang membela nasib rakyat,UMNO lah yang MenJuarai Rakyat ...tiada siapa yang waras boleh menafikannya,apa yang PAS buat hari ini hanyalah sekadar penjenamaan semula apa yang UMNO dah buat sebelumnya.


Thursday, February 18, 2010

WA TATAK HELAN LO,OLANG PENANG MANYAK GUNA AYER MAA....



BAB AIR PULA JADI SEBUTAN GUAN ENG.........

DAH LAH RUMAH TERBUKA GONG XI FA CAI JADI PENTAS PIDATO POLITIK...

NAMPAK GAYA KEDAH KENA NAIK KAN TARIF AIR YANG DISALURKAN KE PULAU PINANG.........OOP TERLUPA ,MANA MUNGKIN KAN MB KEDAH DAN KM PULAU PINANG DOK DALAM PAKAT-PAKAT.

BIL AIR DIKEDAH MELAMBUNG MACAM BELON TERBANG...NAIK MENDADAK SEJAK DIURUSKAN OLEH SADA,ADA KETIKA WAKTU HUJAN AIR YANG KELUAR BERSELUT,BIL TETAP KENA BAYAR.

BILA KM PULAU PINANG CAKAP PERLI,ORANG PULAU PINANG MANYAK GUNA AIR,ORANG KEDAH TAK TERASA KE YANG RAKYAT KEDAH KENA BAYAR BIL AIR YANG TINGGI,AIR KEDAH YANG DIBAWA KE PULAU PINANG MURAH KE?....

BAB NI KALAU TANYA MB KEDAH DAH TENTU DIJAWABNYA TAK TAU,TAK TAU,SAYA TAK TAU,....TU KENA TANYA KAT SADA LAH ,DEPA YANG URUSKAN...CAMTULAH YANG KERAP USTAZ AZIZAN JAWAB BILA DITANYA .

ALAHAI RAKYAT KEDAH,KEDAH SEJAHTERA RAKYAT SENGSARA,ADUHAI PAS,KEDAH SEJAHTERA PAS YANG SELESA.

AMBOI USTAZ AZIZAN,BILA KEDAI CINA TERBAKAR DISUNGAI LIMAU,CEPAT SAJA DIA PI TENGOK,TAPI BILA ORANG MELAYU YANG DITIMPA MUSIBAH,HANTAR WAKIL SAJA KA?...

Kadang-kadang bila tengok SIONG terasa yang rakyat kedah la ni dihisap pelan-pelan,sakit pun tahan jugalah.........

DAP DI PENANG,

PAS DI KEDAH,

RAKYAT DAH PUN PENING,

BAGI KAT DEPA SEPENGGAL SUDAH.













Tuesday, February 16, 2010

WANG IHSAN UNTUK ORANG MISKIN...







FAKTA : WANG IHSAN kepada Kelantan sebagai ganti royalti minyak mulai tahun ini dan RM20 juta itu adalah bayaran pertama sebanyak 5% daripada hasil dua telaga minyak pada 2008,sama seperti yang termaktub didalam perjanjian Akta Petrolium 1975,iaitu bayaran 5% daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada Kerajaan Negeri.
PAS memang gemar menggunakan bahasa arab sebagai retorik politik untuk menyedapkan saranan berhujah dan bersyarah.
Wang IHSAN ,ihsan adalah dari bahasa arab,akan tetapi tidak mahu diperaku oleh PAS sebab wang itu tidak boleh diuruskan mereka,dan mereka tetap mahukan Royalty dari bahasa Inggeris sebab kepentingan mereka.mereka tolak ihsan dari bahasa arab dan lebih berminat kepada Royalty ,tak faham lagi kenapa?...
Dato Sri Mustapa Mohamad memberi jaminan golongan miskin akan menjadi fokus utama dalam peruntukan pemberian wang ihsan berjumlah RM20 juta kepada Kelantan,golongan miskin dikelantan diberikan keutamaan pada ketika ini kerana peruntukan wang ihsan ini adalah kecil jika dibandingkan peruntukan Kerajaan Pusat kepada Kelantan melalui RMK 9 iaitu RM7.5 Billion.
Rakyat kelantan tetap mendapat limpahan hasil wang ihsan tersebut ,tetapi kenapa TGNA dan Kerajaan Kelantan masih berdegil dan tidak mahu mengakuinya,sebabnya wang ihsan tersebut diuruskan oleh pusat dan sampai terus kepada rakyat,maka kerajaan negeri melihat saja wang tersebut dibelanjakan untuk rakyat kelantan,secara lawaknya dapatlah diandaikan,jika mereka yang membelanjakan kira ok lah,kalau orang lain yang belanjakan,melepaslah mereka.
(waharrammu kalo make sorhee,wahalallon kalo dapak kito sammo)

Sunday, February 14, 2010

Dimensi Baru Politik : GEJUT KEDAH



BERMULA DENGAN LANTUNAN SEMANGAT : BN MENANG KEDAH SENANG,DITAMBAH LAGI DENGAN JUARA RAKYAT,SAH MOMENTUM GEJUT KEDAH ADA HASILNYA.


TAHUN BARU CINA : yang disambut oleh kaum cina,dah jadi terbalik pula bagi puak-puak PAS di Kedah yang semakin gelabah gedeh kerana depa pun sedar yang sokongan kaum cina kedah pada PAS dah mula merudum,sebab tu lah selalunya orang-orang cina memberikan limau kepada orang-orang melayu secara tradisinya,tapi pada tahun ini PAS pula yang bagi limau pada kaum cina untuk Tahun Baru Cina di Kedah,tergelak orang cina tengok kelaku pemimpin PAS Kedah dok bagi limau 5 biji untuk satu keluarga.

UMNO bersama rakan-rakan komponen BN tetap bersatu mengadakan rumah terbuka TAHUN BARU CINA berkonsepkan 1 MALAYSIA disemua Bahagian di Kedah.(PAS tatak mulih mikin lo).


JUARA RAKYAT : UMNO/BN dari dulu lagi dah jadi Juara Rakyat,apa yang rakyat minta kesemuanya UMNO/BN dah buat,janji untuk rakyat pun masa pilihanraya UMNO/BN tunaikan walaupun hilang hak di Kedah,sah dan nyata hanya UMNO/BN saja yang layak menjadi Juara Rakyat dalam membangunkan dan menyempurnakan kehendak rakyat,ibarat kata sejak dalam perut lagi setiap rakyat malaysia dibela,dipelihara dan dibantu sehinggalah keliang lahat.
* KESIHATAN : UMNO/BN menjaga dengan pelbagai kemudahan dari dalam perut ibu lagi.
* PELAJARAN : UMNO/BN mendidik dengan pelbagai kemudahan dan bantuan serta psarana dari peringkat Pra sekolah sehinggalah ke Universiti dan keluar negara pun diberi peluang yang cukup .
*PEKERJAAN : UMNO/BN ada menyediakan tempat untuk rakyat yang layak untuk berkerja dalam sektor awam maupun swasta.
*PERNIAGAAN: Pelbagai kemudahan dan peluang perniagaan yang disediakan kepada rakyat oleh kerajaan UMNO/BN.
KEMISKINAN : Telah lama UMNO/BN berjuang membasmi kemiskinan dan memberikan bantuan untuk menjadikan rakyat boleh keluar dari kepompong kemiskinan,bantuan dan sokongan UMNO/BN sentiasa berterusan untuk rakyat selagi tafsiran kemiskinan masih ada.
*PEMBANGUNAN : Tiada sesiapa pun boleh menafikan yang UMNO/BN berkerja keras untuk memberikan keselesaan pada rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan infrastuktur untuk rakyat di desa mau pun di kota.Dan ianya berterusan sejak dari selepas merdeka,kini dan untuk seterusnya.
*EKONOMI : UMNO/BN sentiasa berusaha untuk merancakkan potensi dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan hasil negara untuk faedah dan kepentingan rakyat,nyata keupayaan UMNO/BN dalam membangunkan ekonomi negara cukup jelas dengan kebanyakkan rakyat dapat merasai limpahannya.
KEDAH DALAM PENTADBIRAN PAS APA ADA?...
Bekalan air berseh pun dicatu la ni sejak diambil alih oleh SADA.
Tidak ada apa-apa pun pembangunan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat.
Kerajaan PAS Kedah banyak mengamalkan slogan retorik kononnya melaksanakan pembangunan untuk rakyat,bila kerajaan UMNO/BN yang membuat pembangunan untuk rakyat depa pun tumpanglah,itulah yang berlaku di Kedah.
MB PAS kerapkali cakap tak tau dan tak tau bila diajukan soalan berkaitan pembangunan,camnikah pemimpin yang nak bela rakyat?...
Sah dan jelas pentadbiran PAS dalam tampuk kerajaan Kedah sekadar jalankan apa yang ditinggalkan oleh Kerajaan UMNO/BN saja.
Rakyat dah sedar ...PAS bukan parti yang boleh menjaga rakyat dan membangunkan negara...sememangnya UMNO/BN lah yang selayaknya dari Dulu,Kini dan Selamanya sebagai JUARA RAKYAT.

























Wednesday, February 10, 2010

UNTUK PEJUANG DAN PENYOKONG UMNO








UMNO = Untuk Membela Nasib Orang,

Juara kepada rakyat,

Membela kehidupan rakyat,

Membina,membangun dan Memertabatkan Agama,Bangsa dan Tanahair,


Tersentak dari kealpaan,dibenam tsunami tak terjangka,

Bergerak menyusun langkah,menghala arah,

Satu malaysia,matlamat digagasan,

Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan,


Orang UMNO,Berjiwa kental,bersemangat waja,

Keris dihunus berasap berkemiyan,bersintuk berlimau,

Digelanggang menongkah hujah,menyata kebenaran,

Menyatukan rakyat mencapai wawasan.


Biar masa meligan kita,tidak kan melilau tak tentu arah,

Pejuang UMNO tak mungkin undur,

Kerana sedar dan insaf,jika bukan UMNO siapa lagi,

Yang dapat diharap menjadi Juara Rakyat.


Inilah masanya,buktikan upaya,biar banyak menabur jasa,

Rakyat melihat walaupun teraba-raba,kerana terpesong akal yang ada,

Jika tidak hari ini,bila?

Jika bukan kita,Siapa?

Wadah telah tersedia,ayuh mara terus mara,


Daripada melihat lebih baiklah buta,jika susu dibalas tuba,

Daripada tersesat lebih baik kembali kepangkal insaf dan sedar,

UMNO sememangnya Juara Rakyat,dulu,kini dan selamanya,

Tak kan nak biar Perosak Rakyat terus menggila,menjadikan rakyat terus sengsara,


UMNO=Untuk Membela Nasib Orang

PAS = Parti Amalkan Slogan

PKR = Parti Kerana Retorik

DAP = Parti Chauvenis Cina (Dasar Amalan Penjajahan)


BN = Bela Nusa,Bela Negara,

PR = Penipu Rakus,Perosak Rakyat.


Siapa Juara Rakyat,jika bukan UMNO,

Telah lama membantu,membangun,membina dan membela rakyat,

Agama Islam dimertabatkan,Bangsa Dinobatkan,Tanahair dipertahankan,

Rakyat terbela,Negara terpelihara.


Tuesday, February 9, 2010

UMNO/PAS : Wajarkah UMNO dituduh 50 tahun perabih masa bertekak dengan PAS?








Baru-baru ni TGNA nak ajak UMNO duduk berbincang dengan UMNO pasal Agama Islam,katanya.

Dan PM Dato Sri Najib bagi respon ,bahawa pelawaan TGNA ni macam cuaca ,bermusim...sekejap hujan sekejap panas dan diselangselikan mendong yang berarak kelabu kadang-kadang berguruh dan berpetir serta ada ketikanya cerah menerang.
Persoalannya ,jika direnung pelawaan TGNA tu nampak sangat ada baiknya,akan tetapi bila beliau berkata UMNO perabih masa 50 tahun dok bertekak dengan PAS,Itu yang membuatkan kita rasa macam telunjuk lurus kelingking berkait,kenapa UMNO pula yang dituduh?...sedangkan apa yang diketahui ramai oleh rakyat yang memahami sejarah,PAS diujudkan kemudian dari UMNO dan terjadinya Parti PAS atas sebab Ketua Dewan Ulamak UMNO ketika itu kalah dalam pertandingan merebut Jawatan Yang Dipertua UMNO,dah kalah merajuk pula...dan mula bersama-juak-juaknya menubuhkan PAS.
Sebenarnya bukan UMNO yang perabih masa bertekak dengan PAS,sesungguhnya PAS lah yang memulakan sengketa dan bertekak dengan UMNO sejak dari tahun 1951 lagi,pelbagai tohmahan dan tuduhan dilemparkan kepada UMNO sejak zaman Tunku,Tun Razak,Tun Hussain,Tun Mahathir,Tun Lah dan hingga kini zaman Dato Sri Najib pun masih lagi nak bertekak dan bersengketa,janganlah nak sembunyikan tangan yang melemparkan batu tu wahai TGNA,rakyat faham cuma kadang-kadang terlupa pada sejarah saja.
Kemelut politik hari ini seakan-akan mendesak TGNA membuat pelawaan sedemikian,ketika ini pelbagai polimek politik berlaku setiap hari dan kebanyakkannya memihak kepada UMNO,Lantaran menyedari momentum sokongan rakyat terutama golongan muda mula berarak kembali menyokong UMNO/BN,maka TGNA yang diketahui suka berwahyu dan berfatwa akan mula bermadah simbolik seolah-olah bukan PAS yang bertekak dengan UMNO,tetapi UMNO lah yang dok perabih masa bertekak dengan PAS.bijak...bijak...tapi sayang reputasi dan madah TGNA dah beransur basi,rakyat dah mula celik,omongan dan retorik dah memualkan.
Apa pun kita tunggu episod yang selanjutnya,sama-samalah kita tengok apa akan berlaku pula.


Monday, February 1, 2010

PAKATAN RETAK MENUNGGU BELAH

Telah terang lagi bersuluh,PR P.Pinang dah goyah,semakin hari semakin bergelora,tuduh menuduh kian terjadi masing-masing mahu menegakkan benang yang semakin reput.

Dalam PKR ,kelambu usang yang diusung kesana kemari kian dimamah kereputan dari dalam,segala nyamuk agas mula bersorak gembira,pijat-pijat yang dari dalam pun mula berbau hancing dek kelambu yang tak berbasuh,namun Pakatan masih bersandiwara penuh emosi memesong jangkauan fikiran rakyat.

Seperti biasa jari ditudingkan kepada UMNO/BN yang memulakan angkara walaupun mereka tahu pekong mereka kian bernanah,ramai pemimpin melayu dalam PKR dah sedar diri dari kemabukan loya serta insaf yang perjuangan dalaman PKR tidak menepati aspirasi rakyat lantaran itu mereka semakin berani mendedahkan kepincangan tersebut,ini amat tidak disenangi oleh teman kerabat dari DAP,maka perang mulut kata-mengata pun berlakulah.

UMNO/BN dituduh,PAS mula buka mulut sebab bimbang kut-kut ada Ahli Parlimen dari PKR mula melungsur keplatform UMNO/BN,jika ini berlaku maka PR akan kehilangan bisa mereka yang mereka dewa-dewakan selama ini.Apa pun kemelut dari peristiwa ini bagaikan satu petunjuk dari Allah Taala supaya pemimpin melayu berasa insaf dan sedar bahawa Malaysia perlu kepada kepimpinan yang benar-benar berwibawa kearah memertabatkan Agama Islam dan memperkasakan bangsa melayu menjadi bangsa yang berdaulat di bumi malaysia ini.

Aduhai PKR,apalagi yang diperjuangkan kalau agenda perjuangan semakin jelas ada kekaburan warnanya,takkan berjuang untuk marahkan nyamuk kelambu dibakar atau tak dapat tanduk telinga dipulas.Wahai PAS,kelahiran yang jelas dari tulang rusuk UMNO,apakah masih lagi bermimpi dengan dengkuran tidur DAP,tidakkah terasa berdosa memusuhi saudara seagama ,menghiris dan menghisap darah UMNO demi memberikan peluang kepada DAP untuk menguasai persada politik dinegara yang tercinta ini.Sedarlah kuasa rakyat dah ada dalam tangan,bersyukurlah,hentikanlah segala sengketa sesama kita dan kembalilah dalam jemaah Islam yang syumul ini,buangkan persoalan politik yang bengik ini,kukuhkan penyatuan Muslim dalam siasah yang boleh menguntungkan Agama,Bangsa dan Negara.


Friday, December 4, 2009

PADAH APABILA MELETAKKAN POLITIK MELEBIHI SEGALA-GALANYA...

Berpolitik dan berparti untuk mencari kuasa memungkinkan pelbagai tanggapan,apa pun hujah yang dilontarkan semuanya berkisar kepada mencari kemenangan dalam apa jua isu dan perkara yang dibangkitkan.

Pemimpin politik (kebanyakkan) kadangkala dilihat terlalu ghairah untuk menjuarai apa jua isu sehinggakan terlupa pada perkara-perkara yang perlu diselindungkan dengan menelanjangi kesemuanya walaupun faedah dan manafaatnya lebih merugikan dari menguntungkan,kesannya Agama diperkotak katikkan,Bangsa direndahkan martabatnya serta Negara dikucar kacirkan.

Kerana politik Agama Islam diperalatkan untuk mencari dan mengekal kuasa, sehinggakan persaudaraan seagama di persoalkan serta memusuhinya,politik yang keterlaluan dapat diperhatikan bahawa yang tegak dilihat bengkok,yang betul nampak tertonggeng,yang nipis kelihatan tebal dan lain-lain serta begitulah seterusnya disebalik setiap perlakuan yang nyata.

Prof.Datuk Dr.Mahmood Zuhdi ada berkata, tindakan dengan mengutamakan politik yang berlebihan telah memburukan lagi perpecahan ummah disebabkan amalan politiking dan jangan jadikan politik sebagai platform yang boleh mengatasi semua perkara dalam hidup.

Setiap pemimpin politik ada pengaruh dan penyokong masing-masing,oleh kerana terlalu seronok disokong dan di puja oleh penyokong maka akan adalah pemimpin politik yang terlupa akan batas-batas serta nilai-nilai Islam dalam keghairahan mempertahankan hujah atau pun dalam apa jua yang dibahaskan,tak hairanlah ada pemimpin politik dalam kenyataan baru-baru ini yang mahu mendoakan keburukkan terhadap Perdana Menteri sekiranya Kerajaan pusat enggan memberikan royalti minyak kepada kerajaan kelantan yang ditadbir oleh PAS. Wajarkah begitu?..............

Apa yang kita fahami sebagai umat Islam kita dibenarkan berdoa untuk sesuatu itu kepada pihak yang menzalimi kita tetapi wajar kita memastikan bahawa kezaliman itu telah dibuktikan berlaku,Adakah Perdana Menteri telah menzalimi rakyat kelantan?.........

Inilah persoalan yang dapat kita simpulkan bahawa kerana hasrat tak tertunai keinginan tak tercapai maka impian juga mungkin akan berkecai,dalam keadaan terdesak pelbagai perkara boleh terjadi,jesteru itu untuk memikat kembali penyokong demi mempertahankan hujah maka ujudlah politiking untuk men'retorik'kan suasana dengan pelbagai isu yang dibangkitkan.

Kesannya bagaimana penerimaan dikalangan umat Islam berkaitan isu doa itu?....tidak semua umat Islam menyokong pemimpin yang berpolitik seperti itu?...apakah akan ada kesan diminda generasi muda Islam?......


Saturday, November 28, 2009

PKR masih teringin nak menggatai di KEDAH...

Gah dah orang dok bercakap PKR saja hemoi dengan PAS,PAS masih senyum simpoi tengok gelagat pimpinan Kedah.

Punyalah nak ambik hati PAS,PKR buat Konvensyen kat Dewan Insaniah disember ini,dengar kata defacto depa akan bagi amanat penting dan nak bagi tip pada pimpinan PKR Kedah yang la ni nampak semakin mudah dah untuk PAS ratah.

Aidil Adha disambut dengan banyak korban lembu ditempat-tempat yang pimpinan PKR buat,dengar kata lembu-lembu tersebut dapat hasil dari pau mana-mana syarikat yang berurusan dengan pimpinan PKR Kedah,betui ka tak betui tak tau pula.

Lembu-lembu yang dibagi untuk buat korban tu bukan apa sekadar nak tunjuk kat PAS dikawasan-kawasan tertentu saja bahawa PKR pun boleh buat korban lembu walaupun PAS tak hulur bantuan,camtulah cerita yang didengar dari mulut orang kuat PKR sendiri.

Pemimpin PAS pula dengar habar la ni depa dah tak kisah sangat dengan PKR,depa dok takut kat UMNO Kedah yang semakin hari semakin diminati golongan muda,PKR bagi depa masuk tak tambah keluar pun tak kurang untuk akan datang,la ni depa layanlah sat,tapi kalau PKR Kedah nak menggatai lebih-lebih depa garu sendirilah.

Sememangnya PKR ni bernasib baik saja di kedah,kalau dulu UMNO tak bercelaru jangan haraplah depa nak dapat tempat di kedah ni,PAS sedar dan rakyat semua pun sedar perjuangan PKR ni sekadar menangguk diair keruh saja,ramai pemimpin PKR terdiri daripada sakibaki pemimpin UMNO yang dah reject dan tak laku,bila dok dalam PKR depa jadi juaralah sebab berketuakan DSAI,nanti la masa depa nak ruyup dah ni.

Saturday, November 21, 2009

PKR semakin HANGIT di KEDAH...

Itu berita terkini yang dapat dan sempat diperolehi dari sumber-sumber yang telah terasahati dari PKR Kedah,nyata dan benar bahawa PKR Kedah menerima layanan yang tak sepatutnya dalam pimpinan PAKATAN RAKYAT di Kedah.

Program dan aktiviti politik yang dirancang kesemuanya dan banyak dimonopoli oleh kepimpinan PAS yang menerajui Kedah ketika ini,PKR hanya menyertainya saja sedangkan kepimpinan PKR Kedah gah dan berjenama serta berprotokol namun ianya sekadar cukup untuk meramaikan majlis dan yang lain habis disapu oleh PAS.

Jelas terang lagi bersuluh,ada pimpinan PKR dah mula tawarhati bukan saja dengan PR tapi dengan kepimpinan PKR negeri juga,mana tidaknya...ada Ketua Cabang PKR yang tak sebulu sesama mereka,asyik-asyik depa yang dok dinegeri saja yang kaut,kita yang dok dicabang dan ranting hanya tunggu dan tengok saja apa yang depa buat...awat kita tak layak ka?...itu sebahagian rungutan yang didengari.

Krisis keyakinan dalam PKR dah semakin membara la ni,pilih kasih juga berlaku dalam pimpinan negeri,ada yang diatas diagungkan,yang pertengahan disisihkan yang bawah mengelupurlah kekeringan,yang bertaring menokak ganas,yang tak bergigi pun melulog sakan,Datuk Ir.Zamri dan Datuk Johari Abdul pun tak boleh nak buat apa dah hinggakan de facto depa syor mana-mana Cabang PKR yang nak peruntukan mesti perbanyakkan aktiviti dan jadi Juara masyarakat untuk negeri kedah.

Rakyat pun dah tau mainan politik PKR ni,tapi dek kerana dah tak dak tempat lain yang nak cari untung sabut maka tumpang sekakilah dalam PKR tapi pi mai pi mai nam tolak nam juga.
PKR kedah la ni ibarat menumpang dilepau rumah PR yang diterajui PAS,nak makan pun kalau PAS tak pelawa alamat kebulur lah,PAS pula ajak-ajak ayam saja,PAS mendahulukan ahli-ahlinya ,sisa yang tak habis baru nak bagi kat PKR,sebab tu la ni banyak anggota PKR yang cempera rata sebab makan pun tak cukup,nasib baik banyak juga kerusi parlimen yang PKR menang,kalau tidak terus kebulurlah.

PAS menang pun pada PRU12 lalu bukan kerana PKR kuat,PKR memang menumpang PAS untuk menang,namun berdasarkan perkembangan terbaru ini amat sukar untuk PKR mengekalkan kerusi yang depa menang di Kedah,pengaruh PKR dah makin merosot,rakyat dah mula sedar yang PKR ini ujud semata-mata nak kacau rakyat saja sebab tu PAS pun dah tak mau ambik kisah dengan PKR kedah la ni.

Parti PKR di Kedah bagaikan melukut ditepi gantang bagi PAS, ada dengan tak ada sama saja,PAS boleh menang walaupun tanpa PKR,majlis pimpinan negeri PKR Kedah pun tak berupaya nak mempengaruhi pentadbiran PAS malah ustaz Azizan pun tak heran kat depa,maka berkokoklah depa depan rakyat minta itu ini kat PAS hanya sekadar nak nyatakan bahawa depa boleh bagi pada rakyat,tapi semuanya sekadar politik nak lepas tangan saja kerana apa yang pemimpin PKR minta PAS Kedah tak layan pun.Tak heranlah Setiausaha Agung PKR buat kenyataan bahawa PKR Kedah akan menegur pentadbiran Kerajaan PR pimpinan PAS di Kedah. PKR dah Kacau dan kacaulah sampai hangit.

Saturday, November 14, 2009

BN menang KEDAH senang...JERAI menang sapa yang senang?..

Slogan keramat yang terbaru hasil gempuran daripada kepimpinan UMNO KEDAH yang menerajui BN untuk merampas kembali KEDAH dari tangan PAKATAN RAKYAT yang diketuai oleh PAS ketika ini selepas PRU 12.

Gegak gempita riuhnya bagaikan dentuman halilintar membelah langit dengan deruman ketibaan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama-sama kepimpinan UMNO KEDAH di SMKA YAN berpusat di Titi Serong Yan.

BN MENANG,KEDAH SENANG,kalimat pembakar semangat yang diwar-warkan untuk memulihbinakan keyakinan penyokong UMNO/BN dan rakyat KEDAH. Cetusan idea yang bagus ini wajar diterjemahkan secara total oleh kepimpinan UMNO KEDAH untuk akar umbi UMNO dan ianya tidak sekadar retorik pemimpin melakar wajah untuk perhatian kepimpinan tertinggi UMNO/BN saja.

Apa yang sempat diteliti dan diselidiki ternyata ada kesan penambahbaikan dari segi kombinasi usaha untuk menawan kembali KEDAH dari pengaruh PAS/PR,cuma ada sedikit campin dari segi garapan yang dipersembahkan,iaitu penyatuan dan kebulatan sepakat pemimpin UMNO KEDAH,isu lama yang selalu jadi baru bila musim pemilihan Bahagian dan pemilihan calon untuk pilihanraya,namun jika kesemua memahami makna slogan BN MENANG KEDAH SENANG sudah pasti ada kesan kebaikannya.

Amat sukar memulakan ramalan untuk keseluruhan negeri kedah terhadap kedudukan UMNO/BN sekarang ini,namun jika kesemua pemimpin yang menerajui UMNO BAHAGIAN dapat berkhidmat atas satu pasukan nescaya bukan mudah lain-lain parti dapat menembusi keampuhan UMNO.

JERAI merupakan salah satu kawasan parlimen yang UMNO/BN tewas dalam PRU 12 lalu,ketika itu tidak ada siapa yang menyangka,cempedak boleh jadi nangka,tapi nyata PAS menang selesa dan UMNO berputih mata,kenapa?...

Ramai yang berkata perubahan kepimpinan UMNO JERAI akan dapat memulih kembali krisis keyakinan pengundi muda,sejauh mana kebenaran kata-kata itu sukar untuk diramalkan berdasarkan rekod dan fakta terkini sukar bagi UMNO untuk merampas kembali Jerai jika UMNO dan kepimpinannya masih lagi berpecah-pecah serta keupayaan memikat pengundi muda hanya dilaksanakan untuk retorik politik kepartian tanpa melebarkan pengaruh khidmat kemasyarakatan yang lebih untuk pengundi-pengundi.

Untuk menyaingi pengaruh PAS dalam keadaan mereka cukup selesa bukanlah perkara yang mudah dan rengkas,UMNO JERAI mesti berkeupayaan melaksanakannya dengan sentuhan idea baru yang lebih meyakinkan,bukannya masih dengan cara lama yang makin tenggelam dalam arus penerimaan pengundi ketika ini,rakyat nak tengok khidmat pemimpin sebelum mereka tertarikhati dan bersetuju untuk mengundi UMNO/BN,sebarang kesilapan jika dapat diterjemahkan oleh pihak lawan akan melemahkan semua khidmat baik yang diberikan,PRU12 Jerai PAS menang tapi siapa yang senang?...adakah pengundi yang mengundi PAS itu senang?...rakyat Jerai senangkah?...

Apa pun slogan jika tidak dilaksanakan sebaik mungkin,hasilnya akan lebih memihak kepada yang tak diperlukan,lantaran itu UMNO/BN wajar dan mampu menterjemahkan segera supaya tidak dieksploitasikan oleh pihak lawan dengan mudah dek kerana slogan indah kuat perkasa tapi isinya hampeh belaka.

Thursday, October 1, 2009

ISA di NILAI...akan selamatkah BAGAN PINANG?...


Paluan genderang pilihanraya kecil BAGAN PINANG bagaikan gempita riuhnya,BN/UMNO masih kental bersandarkan kewibawaan tokoh terhebatnya Tan Sri Isa samad sebagai sabungan mempertahankan kerusi DUN tersebut.




BAGAN PINANG bertuah kerana memiliki tokoh yang terhebat seperti Tan Sri Isa,UMNO dah tentu mampu mencatitkan bonos politik kerana kembalinya seorang tokoh UMNO yang tersingkir kerana angkara yang dijangka,namun bukan semua merestui kehadiran semula Tan Sri Isa sebagai calon PRK DUN BAGAN PINANG.Ahli-ahli UMNO dan Pengundi DUN BAGAN PINANG yang akan memberikan jawapan samaada kembalinya Tan Sri Isa dikehendakki atau sebaliknya.




Pimpinan UMNO akur bahawa kehendak pengundi dan rakyat di BAGAN PINANG yang mahukan Tan Sri Isa sebagai calon,walau pun sedar yang lanskap politik kini dah terlalu banyak berubah dan oleh kerana terlalu banyak kekalahan demi kekalahan dalam PRK yang diadakan,UMNO kini tidak boleh lagi menerima kekalahan lagi apatah dikawasan kubu yang selama ini dimilikinya,oleh itu kehendak rakyat dan pengundi didahulukan,pengalaman telah mendewasakan UMNO kesan daripada pemilihan calon PRK yang dikehendaki oleh pemimpin berbanding calon yang dikehendaki oleh rakyat dan pengundi,kerana pengundi yang menentukan calon dan parti yang akan menang.




Atas kertas kesan impak yang dijana disokong pula oleh runtunan kehendak rakyat dan pengundi,Tan Sri Isa dah menang,populariti dan sentuhan peribadi beliau ternyata menjadi wadah terus kepada rakyat di BAGAN PINANG,namun jika bahtera yang dinaiki oleh beliau bocor dan tiris atas apa jua sebab serta disogok tambah dengan hentaman badai yang dibuat-buat oleh pembangkang,bahtera yang dipacu Tan Sri Isa mungkin juga akan tenggelam.Dah banyak PRK yang kita lihat bahtera UMNO/BN yang dinakhodakan oleh tokoh pilihan karam hingga kedasar,apakah nakhoda tidak bagus atau bahtera yang bocor dan tak mampu melawan arus gelombang?...




BAGAN PINANG milik UMNO/BN sebelum ini,mampukah UMNO/BN mempertahankannya pada PRK kali ini?...maruah dan imej UMNO terletak diBAGAN PINANG,Jika tewas kali ini bermakna PR 13 UMNO/BN akan disemadikan,Inilah gambaran yang boleh diandaikan jika keputusan tidak memihak kepada UMNO/BN,BAGAN PINANG menjadi penentu untuk UMNO/BN akan terus menguasai persada politik dimalaysia atau menuruni tahta yang dimonopolinya sekian lama.UMNO/BN dan Tan Sri Isa mesti bertempur dengan bersunguhan demi masa depan UMNO/BN dan dirinya sendiri jika berkehendakkan kemenangan.




Pembangkang PAS/PKR akan terus-terusan menangguk diair keruh untuk mencari tuah,mereka bagaikan mempertaruhkan nasib untung sabut timbul,tetapi perlu diingat dalam PRK undi yang dikira,sehebat mana pun calon segagah mana pun parti jika pengundi tidak mengundi alamat hancurlah parti dan calon tersebut,PRU 12 telah menunjukkan buktinya,PAS/PKR menang bukan kerana rakyat mahukan mereka,tetapi rakyat dah meluat dengan UMNO/BN gara-gara pemimpinnya,maka undi dilemparkan kepada pembangkang,Ini juga mungkin boleh terjadi dimana-mana PRK.Oleh itu UMNO/BN mesti bijak memainkan peranan untuk memenangi hati pengundi-pengundi.




Rakyat diseluruh negara sedang melihat situasi ini dan mengharapkan UMNO/BN serta Tan Sri Isa dapat memenangi DUN BAGAN PINANG,Sokongan moral dan doa sentiasa mengiringi setiap langkah yang diaturkan,Insya Allah akan mendapat kemenangan.Tan Sri Isa sedang dinilai di BAGAN PINANG,kemampuan beliau tidak diragui lagi biarpun beliau tinggal di NILAI kini beliau jua sedang dinilai di BAGAN PINANG.


Semoga Tan Sri Isa berjaya menyelamatkan UMNO/BN di BAGAN PINANG, Insya Allah.

Monday, September 28, 2009

BAGAN PINANG...sedang dipinang?...



Bagan Pinang sedang dipinang...UMNO/BN sah akan mempertahankan hantaran peminangannya,siapakah pula lagi yang berminat untuk turut sama menyertai siri peminangan itu,adakah PAS atau pun PKR...?..sama-samalah kita nantikan.

UMNO/BN yang menerima kesuraman dalam siri terdahulu,akan mungkin berubah wajah dan keserian demi mempamirkan ketampanan dan kegagahan bagi menawan dan mempertahankan Bagan Pinang.Tapi apakah akan ada saingan yang memungkinkan Bagan Pinang menampar dengan ledakan yang kuat kepipi UMNO daripada PAS?...atau mungkinkah PAS dan PKR jadi kecut atau lesi melihat kegagahan UMNO dan Bagan Pinang tetap hanya menjadi milik UMNO/BN...?...

Diatas peta lakaran politik ketika ini,situasi Bagan Pinang tidak sama dengan lain-lain tempat di negeri-negeri seperti Kedah,P.Pinang.Perak,Terengganu dan Kelantan,Ini Negeri Sembilan...negeri minangkabau ini cukup kental dengan semangat dan kejituan UMNO,Namun janganlah mengharap sangat kerana angin politik boleh membadaikan keadaan dek kerana satu perkara kecil yang tak disangka-sangka,Bagan Pinang akan beralih arah ketangan PAS atau PKR. UMNO perlu berwaspada kerana banyak gunting dalam lipatan,ada musang berbulu ayam dan ada kaduk naik junjung,lantaran ada ketikanya lembu punya susu sapi yang dapat nama,atau akan ada mungkin menang sorak tapi kampong tergadai,.

UMNO telah pun menghadapi zaman kesuraman,limpahan kesuraman ini mungkin merebak ke Bagan Pinang...usaha membendung keadaan ini mesti dilakukan dengan berhemah kerana jika tidak segala usaha selama ini akan menjadi sia-sia.PAS/PKR hanya menanti menerima habuan yang tak disangka hasil kemelut dalam UMNO saja tanpa usaha yang lebih tapi menikmati hasil yang lumayan. UMNO tak boleh kalah lagi di Bagan Pinang jika mahu UMNO terus subur dan kukuh dipersada politik malaysia.

Thursday, September 24, 2009

RUMAH TERBUKA...ada lagi yang terbuka?.......

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, Maaf dhahir dan bathin...Itu adalah antara billboard dan banner yang terpampang disimpang-simpang jalan disegenap pelusuk diserata tempat.

MB Kedah punya billboard lagi besar almaklumlah Menteri Besar,mungkin cara itu saja kut nak sampaikan ucapan kepada rakyat jelata,wakil rakyat dari PAS pun tumpang sekaki...ya lah nak tunjuk kat rakyat yang dia tu baik dengan MB,alahai lama punya trend tu.

La ni depa semua dok kalut dengan rumah terbuka...PAS dengan rumah terbuka PAS, UMNO dengan rumah terbuka UMNO dengan semua Ketua Bahagian siap dah menjemput ahli dan rakyat dalam Bahagiannya,begitulah sibuknya bersedia untuk melayani dan mengambil hati rakyat...rasa-rasa bagus juga tu,boleh tengok kemeriahan dan suasana pemimpin tertinggi Parti-Parti politik beramah mesra dengan rakyat.

Berkisar tentang jemputan rumah terbuka aidilfitri ini,pagi tadi semasa minum teh tarik dan roti canai kat warung mamak,terdengar ada kawan berseloroh...katanya orang politik mai lah masa bila dan masa mana pun serta buat apa pun tujuannya tak lain tak bukan untuk politik...la musim raya...politik raya...bulan posa...politik posa dengan sumbangan morehnya...habis raya siap pula pilehanraya...masa raya bermaafan lepas raya bermulah ribut tofan...pendekkata politik untuk nak hidup...kita rakyat macammana?...(orang jemput pi rumah terbuka pi lah makan)kata dalam hati saja la....

Itu kisah rumah terbuka pemimpin parti politik,lepas raya ni banyak juga dikalangan kita letak tangan atas dahi...ya lah dah belanja sakan masa nak sambut raya,la ni sakit poket la pula...mulalah nak cari sumber baru,kalau tak miss juga sorruuu...kena lah kuat mengais...pemimpin boleh buat rumah terbuka,projek kerajaan tak dak yang terbuka,kalau ada yang terbuka pun peluang kita tertutup...maka ya tak ya kenalah cari jalan lain yang lebih memihak kepada kita...

La ni,para kontraktor ka,pembekal ka atau apa juga pengusaha kelas F dan MOF serta lain-lain banyak bergantung harap kat projek Kerajaan BN (pusat) yang ada tender secara terbuka,nak harap kepada kerajaan Negeri Kedah (PAS) la ni alamat makan desiran anginlah jawabnya...kalau ada kontrek pasang billboard pun dapat kat suku sakat depa saja...almaklumlah kan Kerajaan Kedah kaya dengan projek Billboard...tu pun tak terbuka untuk kontraktor berlesen...diam-diam dah dapat kat orang depa...Depa boleh buat rumah terbuka untuk rakyat...projek yang ada depa tutup rapat-rapat untuk rakyat...(makan tak kenyang lagi kut)

Tuesday, September 15, 2009

AIDILFITRI....AIRMATA DAN KEINSAFAN......

Dalam dua tiga hari lagi Hari Raya Aidilfitri akan menjelang tiba,dan Ramadhan pun dah hampir kepenghujungnya,pelbagai acara diaturkan oleh semua umat Islam,siap siaga dengan juadah dan pelbagai kelengkapan untuk menyambut 1 syawal yang amat bermakna ini,namun dalam mengecapi kegembiraan menyambut kemenangan ini masih ramai yang tidak berkesempatan untuk meraikannya dengan sebaik-baik nya dek kerana pelbagai perihal yang menyelubungi suasana,yang miskin serba tak cukup,yang berkeluarga beranak ramai masih terpinga-pinga mencari ruang memyempurnakan kehendak anak-anak,yang tiada berayah dan beribu gembira dalam pilu,yang ketiadaan suami dan isteri menangis sendu hiba,yang kehilangan anak,airmata pengubat rindu,pendek kata sesiapa jua yang pernah dan telah kehilangan sesuatu yang bermakna dalam hidup ini akan pasti terasa betapa aidilfitri kali ini hadir dengan rasa insaf,syukur dan tawadduk.....biar pun resah pilu membadai kalbu.

Sebagai insan muslim yang redha atas segala ketentuan takdir,sedih pilu ini dianggap sebagai ujian Maha Esa keatas hambaNya.Aidil Fitri mesti disambut dengan kegembiraan dan keinsafan serta mensyukuri nikmat Allah,biar pun disambut secara sederhana...yang penting laungan kemenangan menewaskan hawa nafsu dalam bulan Ramadhan disemarakkan dengan gema takbir memuji kebesaran Illahi,Allahhu Akbar,Allahhu Akbar,Allahhu Akbar.....

Bulan Ramadhan ini juga dapat kita lihat ramai pihak yang kaya raya terdiri daripada mereka-mereka yang bergelar tokoh datang memberikan bantuan dan sumbangan kepada setiap insan yang miskin dan daif,tak kiralah mereka ini dari mana-mana syarikat korporat atau pemimpin parti politik yang penting tujuan mereka menghulurkan sumbangan untuk yang tak berkemampuan...itu dah disifatkan baik,
kerana inilah masa yang terbaik untuk membantu kepada mereka yang memerlukan...sekurang-kurangnya dapat jugalah mereka-mereka ini merasai sedikit pembelaan dan perhatian dari agihan sumbangan tersebut.

Kepada yang berkemampuan,amalan bersedekah ini harus dimanfaatkan mengikut ajaran Agama Islam...sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima dan seelok-eloknya tangan kanan memberi...sorokkan tangan kiri kerana disisi Allah derma dan sedekah jariah bukannya tontonan.Allah Maha melihat dan Maha mendengar.

Sebagai umat Islam yang beriman,sesungguhnya Aidilfitri ini memberikan makna yang tidak ternilai dengan kata-kata dan harta benda,memenangi perjuangan dalam peperangan denga hawa nafsu serta mengagalkan desakan iblis dan syaitan yang selama ini merajai diri kita dapat kita musnahkan dengan penuh keimanan dan ketaksuban berpuasa dan beramal dalam bulan Ramadhan ini,dan aidilfitri ini adalah wajib di Rayakan dengan penuh kesyukuran serta bergembiralah dengan seadanya sebagai tanda memuji kebesaran Allah s.w.t.

Bagi mengikat ukhwah dan silaturrahim dan persaudaraan seagama marilah kita bersalam-salaman,bermaaf-maafan sesama kita,serta jangan kita lupa kepada kedua-dua Ibu Bapa kita yang masih ada,kepada yang telah tiada Ibu dan Bapa...marilah kita memgingati mereka dengan mengunjungi pusara serta sedekahkanlah Alfatihah dan Zikirullah kepada roh mereka dengan berbanyak-banyaklah berdoa memohon keampunan daripada Allah Taala,semoga roh mereka ditempatkan disisi Allah bersama-sama para syuhada dan aulia'.

Kita yang masih bernafas lagi bagi menyambut Aidilfitri ini,marilah kita panjatkan syukur kehadrat Allah s.wt. dengan rasa tawadduk serta keinsafan memohon keberkatan hidup dengan keimanan daripada Allah Taala,moga-moga Aidilfitri ini bukanlah yang terakhir untuk kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,maaf dzahir dan bathin.

Sunday, September 13, 2009

KEMBARA TEMPURSAKTI....sesuap nasi?.....

Dah sebulan tempursakti mengembara,blog juga lama tak diaktifkan,siri kembara mencari rezeki dibumi Allah ini serta mengimpikan keredhaanNya.

Peluang melihat dan meninjau serta meneliti hasil terjemahan fikiran golongan marhaen melayu yang disebut sebagai Melayu moden yang diciptakan oleh pimpinan negara dalam kontek membangun dan meningkatkan ekonomi ,hasinya nyata terpampang didepan mata.

FELDA adalah salah satu organisasi yang tertua yang diasaskan oleh kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO,FELDA merupakan satu difinasi ampuh yang dipilih bagi memulihkan kemantapan ekonomi melayu dan negara,rata-rata melayu yang menghuni belantara pada satu ketika dulu kini menjadi jutawan dan hartawan.Kebanggaan ini wajar dirasai oleh setiap melayu apatah lagi dari warisan generasi FELDA.

Kembara tempursakti bermula di Jengka 15 serta hampir keseluruhan kawasan Jengka yang pesat membangun Bandar Pusat Jengka. Mungkin 20/30 tahun dulu ada melayu yang dipilih untuk menghuni belantara ini yang dipanggil peneroka tetapi lari akibat tidak sanggup berjuang dengan rimba,mungkin takut dan lemah serta bimbang dimamah haiwan buas,tinggallah rakan-rakan yang tawakal dan sedia berkorban keringat demi sesuap nasi,membina kendiri memulihkan ekonomi,hari ini perjuangan mereka dah lama berhasil dan berharta serta berjaya.

Setelah puas melihat dan bertemu rakan-rakan dan saudara seperjuangan,maka tempursakti yang menghabiskan masa seminggu disini bergerak pula ke FELDA gugusan Bukit Mendi di TRIANG,pencarian tempursakti berhasil dan membawa seribu makna apabila bertemu dengan seorang yang lama bertapak di Felda Sungai Kemahal sejak tahun 1979 lagi,pakcik Lebai Hussain adalah peneroka disini,beliau seorang yang warak dan bertawakkal serta memiliki Ilmu keagamaan yang luas,pengetahuannya terhadap situasi dan kependudukan disini tidak boleh dipertikaikan,kearifan beliau menyebabkan ianya menjadi tempat rujukan pelbagai pihak,secara kebetulan hasil selidik menyelidik beliau adalah bapa saudara sebelah orang rumah tempursakti,maka bertambah rabunglah cerita dan sembang.

Pelbagai topik yang dibincangkan termasuklah hal-hal politik melayu UMNO,PAS dan PKR. Felda sg.Kemahal rasanya terletak di Bahagian Bentong dan bersempadan dengan Bahagian Bera,apa yang nyata disini tiadalah pengaruh pembangkang dari parti-parti PAS dan PKR,pembangkang dalam UMNO tu kira biasalah. UMNO solid disini,namun banyak juga yang memilih berada atas pagar,mungkin tunggu dan lihat kut,pimpinan UMNO Bahagian masih dengan cara lama juga,rasanya dah selesa almaklumlah tiada pembangkang yang hakiki.

Pakcik hussin lebih mengutamakan keharmonian dalam masyarakat,pendekatannya mudah iaitu berbuat baik dalam semua urusan,memudahkan perkara yang payah dan jangan berperasangka buruk sesama kita,Islam berkehendakkan umatnya bersatupadu dan mengapa nak berpecahbelah...jika kita baik maka wajib kita berbuat baik,kerja jahat adalah kerja iblis dan syaitan. Jika UMNO baik,perlukah ada PAS/PKR?...

Sebagai peneroka,redha dengan ketentuan Allah...daripada seorang yang tidak punya apa-apa dibumi ini,atas izin Allah...UMNO telah menjelmakan ilham untuk membawa melayu miskin ini menjadi peneroka,diasuh dan dibantu oleh Felda,maka kesemua melayu ini kini memiliki harta yang cukup bernilai,bersyukurlah atas nikmat Allah ini,siapakah yang boleh memberikan tanah di bumi ini jika tidak di izin Allah?...dengan izin Allah...pimpinan UMNO merealisasikan impian memugar hutan belantara menjadi perkampongan melayu dan bandar,bolehkah tok wan dan bapa kita bagi tanah ini?...bersyukurlah atas nikmat Allah.

Seminggu di Jengka,seminggu di Triang,Seminggu di Rompin/Muaazam shah/keratong,seminggu di Kuantan/Pekan telah memberikan banyak manfaat kepada kembara mencari rezeki ini,rezeki jasad yang menembunkan,rezeki rohani yang disirami amal ibadat kepada Allah Taala,maka urusan duniawi dapat disempurnakan,urusan ukhrawi dimanfaatkan amalannya...sebulan melajak diri membawa pulangan dan berhasil.

Kesempatan ini bersesuaian dengan bulan Ramadhan dan Syawal yang menjelang,tempursakti menyusun jari sepuluh bersimpuh mohon keampunan dan kemaafan kepada semua muslimin muslimah dan pembaca blog ini,jika ada kata nesta,bahasa melalut sakit dan pedih,salah dan silap secara kasar maupun lembut,sedar ataupun tak sedar,mohon diampun dan dimaafkan dari dunia sampai akhirat,sekian coretan kali ini,jumpa lagi.