Tuesday, July 14, 2009

Kehilangan MASA bererti Kehilangan NYAWA...

Assallamuallaikum......buat semua rakan-rakan,
maaf kerana lama tidak ada posting dari tempursakti, sebenarnya dalam dalam kesenangan ada juga kesusahan,dalam ketenangan ada jua geloranya,dalam diam ada juga hebohnya dan macam-macam lagi....sesungguhnya itulah yang dinamakan kehidupan dalam diri setiap yang hidup dengan kepelbagai tugas dan tanggungjawab.

Sesungguhnya kelibat dan langkah kaki serta huluran tangan ini telah dirantai dengan kesibukan tugas untuk memberikan kebahagiaan kepada orang yang memerlukan sehinggakan tugas wajib dan urusan pejabat diketepikan,namun kebaikan yang dicari tanpa keburukan yang diuji bukanlah kebaikan yang abadi.

Kutinggalkan politik kedah,100 hari Najib jadi PM,PPSMI,isu BABI di sg.Tok Pawang,amaran Presiden UMNO kepada Pemimpin UMNO Kedah, Pilehanraya kecil Manek Urai.isu politik picisan dan lain-lain lagi...terasa amat rugi bila tetinggal dan walaupun boleh diperolehi dari rakan-rakan namun mana mungkin cium sama dengan merasakanya.


Pencarian yang kujejaki biarpun dengan MASA berhasil jua,yang memerlukan akhirnya merasai kebahagiaan...

Harapan sebagai pecinta damai dimaya ini akan diteruskan biap pun sudah ketinggalan sikit maklumat terkini.

Monday, July 6, 2009

SIAPA PEMBELA RAKYAT DI MANIK URAI?...

Genderang sudah dipalu,penamaan calon sudah selesai,tempoh berkempen secara rasmi giat diaturkan,calon-calon yang bertanding dah menghayunkan langkah,ada yang laju ada yang lajak,ada yang perlahan-lahan (kohor-kohor),dua parti melayu sudah sah dan mengesahkan, UMNO/BN lawan dengan PAS.

UMNO/BN diwakili oleh tokoh Pemuda Bahagian Tuan Aziz Tuan Mat ,graduan lulusan dari UITM,manakala calon PAS ialah Mohd.Fauzi Abdullah Bendahari PAS Kuala Krai seorang Pemborong Ikan.

Perang saraf diantara kedua-dua parti yang bertanding hangat dengan isu-isu tempatan berkaitan kriteria pendidikan kedua-dua calon yang bertanding di DUN Manek Urai. Pengundi di Manek Urai mesti melihat dan mengkaji serta membuat keputusan untuk mengundi,siapakah calon yang sesuai untuk mewakili mereka sebagai ADUN MANEK URAI,Kedua-duanya adalah melayu dan Islam,PAS telah memutus dan menyarankan agar pengundi tak perlu calon yang berpendidikan tinggi,kenyataan ini seolah-olah menafikan kehendak masyarakat setempat,namun realitinya PAS tetap dengan pendirian meletakkan calon yang bukannya berpendidikan tinggi.

Berbanding dengan UMNO/BN, Tuan Aziz Tuan Mat adalah seorang yang memiliki taraf pendidikan yang menjadi kriteria calon yang sesuai untuk berkhidmat sebagai Wakil Rakyat di Manek Urai,kemampuan untuk merancang dan merencanakan program pembangunan infrastruktur dan mampu berkomunikasi dengan baik untuk tujuan pelaburan dan komersial.

Tuan Aziz Tuan Mat adalah pemimpin anak tempatan yang cukup memahami kedaifan serta kehendak rakyat dalam DUN Manek Urai,sebagai Pengurus Pemantauan Projek KESEDAR,beliau sememangnya tidak kekok dalam menjalankan amanah dan berinteraksi dengan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah golongan warga emas yang mengharapkan pembelaan .


Rakyat di Manek Urai perlu melakukan Lonjakan Paradigma jika ingin dan mahu melihat Manek Urai dan masyarakatnya terus terbela dan terpelihara,pelbagai usaha boleh dilakukan bagi memajukan industri kampong serta mempromosikan keindahan alam hanya boleh dilaksanakan oleh Kerajaan yang mempunyai perancangan serta peruntukan dan wakil rakyat yang berkeupayaan mengetengahkan kehendak rakyat serta memajukan kawasan yang diwakilinya.

Bukan simpati dan belas ehsan yang perlu dilihat oleh pengundi,tetapi perlu kepada suara dan gerak kerja pembelaan untuk rakyat yang perlu dicari,maka Manek Urai akan tetap terus menjelmakan diri dengan rakyatnya membangun maju bersama Wakil Rakyat yang baru ini,Pilih lah calon UMNO/BN dan Manek Urai akan lebih maju lagi.

SELAMAT MENGUNDI DAN UNDILAH CALON BN,TUAN AZIZ TUAN MAT.

Saturday, July 4, 2009

WARISAN PUSAKA UNTUK UMNO

UMNO khususnya bagi Negeri Jelapang padi ternyata amat bertuah kerana masih mempunyai harta pusaka yang cukup bernilai iaitu KESETIAAN dan KETAATAN ahli-ahli UMNO yang diklasifikasikan sebagai ''bloggers".

Bermukim berpaksikan 'keinsafan' ,Berdiri bertumangkan 'semangat',Bergerak bertekadkan 'keikhlasan', Melontarkan hujah berteraskan 'kebenaran',termetrilah kata sepakat secara mutlak bahawa HIMPUNAN KOMUNITI BLOGGERS UTARA yang mencintai UMNO atas semangat perjuangan akan berterusan berusaha memperkukuh dan memperkasakan UMNO dengan lebih giat lagi secara MAYA.

Atas kapasiti bebas dan ikhlas,menegakkan yang HAK dan meminggirkan yang BATIL,berlapikkan dan beralaskan 'niat' serta kesungguhan untuk mengembalikan UMNO kepersada kuasa politik yang unggul di bumi malaysia ini demi maruah Agama,Bangsa dan Negara,maka hayunan langkah 'bloggers' ini tak mungkin akan berpatah balik biarpun diancam dan dikecam oleh lain-lain parti yang tidak sehaluan dengan UMNO.

Kehadiran "Bloggers Hebat" yang menjadi TERAS dan TERAD kepada usaha terbaik ini dijadikan asas pengukuhan maksud tersebut.
Saudara Akramsyah Sanusi turut serta bagi menyuntik semangat moral dan motivasi yang lebih menjuruskan kepada Ilmiah dan professionalisme, dan juga penghargaan tidak ternilai apabila kesemua Bloggers ini mendapat limpahan pengalaman dan Ilmu UMNO sebagai nadi maklumat yang dibagasikan untuk diterjemahkan secara total daripada KETELUSAN bicara Bro Ramli Batu Putih.Sekalong tahniah buat Duke of UMNO,Depakata dan lain-lain Bloggers yang sudi bersama-sama untuk berjuang dalam dimensi maya ini bagi menyedarkan rakyat khususnya Bangsa Melayu/Islam.Tahniah dan terimakasih kepada semua Bloggers yang hadir.

(maaf terlambat untuk posting,ketika penulisan dibuat,kawasan ini dan sekitarnya 'blackout')

Friday, July 3, 2009

MANA INTAN YANG MANA KACA?...

Pertelagahan DAP dan Kerajaan PR(PAS) Kedah yang dah merewang jauh dari dasar Pakatan mereka yang rapuh hanya disebabkan BABI.

Virus H1N1 yang dikatakan selsema BABI ini bukan saja telah membawa wabak penyakit semata-mata,tetapi perlu dilihat sebagai membawa malapetaka kepada Pakatan songsang dari pembangkang yang boleh membawa kepada kemusnahan keharmonian dan perpaduan rakyat.

Dalam PAS, TG Nik Aziz pun tak senang dengan H1 (Hadi) N1 (Nasharudin) pasai nak tubuhkan Kerajaan Perpaduan,hinggakan melalut-lalut gesa Timbalan Presiden PAS masuk UMNO kalau nak juga kerajaan Perpaduan.

B.A.B.I juga adalah singkatan yang digelarkan kepada Brother Anwar Bin Ibrahim,defacto PKR yang rakyat sedia maklum merupakan seorang yang kononnya berjuang untuk kepentingan rakyat tetapi lebih mementingkan kekuasaan dengan menghala senjata politik kepada 'Pecah dan Perintah' untuk terus berkuasa serta bertembokkan demonstrasi jalanan memecah perpaduan rakyat.

Kini kerana BABI juga,cina DAP Kedah dah keluar dari Pakatan Rakyat kerajaan PAS Kedah,
macam-macam perkara yang diungkitkan,jenuh MB Azizan dok kelepiag.

Nampak tak bahana BABI?...Itu cuma sekadar untuk kita MELAYU/ISLAM renungkan,masih banyak lagi persoalan pasal BABI ini untuk diterjemah,sebab tu lah Islam mengharamkan BABI.

Melihat situasi ini amat wajarlah kita memahami dengan sesungguhnya,bahawa kemelut politik ini dan wabak H1NI (selsema BABI) yang berlaku kini merupakan satu ujian daripada Allah Taala sebagai peringatan untuk umat Islam supaya insaf,sedar dan berfikir tentang kesilapan yang dilakukan.

Mari kita renungkan :-
Mungkinkah peristiwa ini disebabkan.........
1- Kesilapan PAS berkawan baik dengan chauvenis DAP untuk memusnahkan UMNO?...
2- Kelakuan luar tabie daripada golongan Islam yang bergelar pemimpin?...
3- Rakyat memberi kuasa untuk memerintah secara Islam kepada PAS tetapi disalahgunakan
untuk memecahbelahkan perpaduan ummah?...
4- Ulamak dalam PAS lebih tertumpu kepada kekuasaan politik duniawi daripada
mengutamakan seruan Allah yang terkandung dalam Quran dan Hadis?...
5- Kesilapan pimpinan UMNO dalam mentadbirkan Agama dan Bangsa?...
6- Kealpaan rakyat dalam memilih pemimpin serta didorong oleh ketaksuban,tamak,dengki
sesama sendiri?...
7- Apakah negara Islam ini dijadikan cagaran politik untuk berkuasa dengan memberikan
peluang kepada bukan Islam melebihi daripada orang Islam?...
8- Terlalu banyak kemungkaran dilakukan dimuka bumi ini serta ukhwah dan daulah Islamiah
makin dipinggirkan oleh pemimpin-pemimpin Islam?...
9- Dan mungkin ada pelbagai perkara yang tidak diketahui umum yang hanya
Allah Subhanahuwataala saja yang Maha Mengetahui ?...

" Apa yang pasti dapat diandaikan kemelut yang berlaku ini mesti dipandang secara logik dan nyata,bahawa ada sebab yang menyebabkan sesuatu itu terjadi dan sebagai Umat Islam hendaklah kita sedar dan insaf serta bertakwa kepada Allah s.w.t. Sebagai rakyat yang berbangsa melayu hendaklah kita mengambil iktibar bahawa politik yang tidak diuruskan dengan baik dan sempurna boleh merosakkan keseluruhan jentera kerajaan yang memacu pembangunan sahsiah rakyat dan negara".

Berfikirlah dan renung-renungkanlah........

Wednesday, July 1, 2009

PKR/DAP mula GELABAH GEDEH.....

Pemuda PAS mengajak Pemuda UMNO mengadakan WACANA bagi menggantikan DEBAT yang diusulkan oleh TG Nik Aziz.

WACANA tersebut dapat difahami sebagai usaha kesinambungan untuk Kerajaan Perpaduan yang telah ditolak oleh PAKATAN RAKYAT,ini menyebabkan pimpinan PKR dan DAP saling terkeliru dan lebih tepat lagi '
gelabah gedeh' bila cadangan WACANA itu datang dari Pemuda PAS -Ust.Nasruddin Tantawi.

PKR /DAP adalah petualang yang menggagalkan usaha perpaduan melayu/Islam ini masih belum boleh duduk diam,nampak gayanya agenda besar defacto mereka akan tersekat lagi biarpun UMNO yang dituduh dengan tohmahan,fitnah dan sebagainya.

Andaian mudah,apabila ada usaha yang baik kearah perpaduan samaada dari segi Kerajaan ataupun rakyat,jika ada pemimpin melayu yang tidak boleh menerimanya secara langsung maka amat wajarlah pemimpin melayu tersebut dinilai sebagai egen perosak penyatuan dan perpaduan bangsa melayu dan wajar diketepikan.

Usaha yang dilakukan oleh Pemuda PAS dengan mengajak Pemuda UMNO perlu dilihat secara positif,bangsa melayu/Islam perlu insaf bahawa masa untuk berpecah belah telah berakhir,amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ini wajib disempurnakan dengan penyatuan ummah dan bangsa melayu ,semoga WACANA yang diusahakan itu dilaksanakan dengan berpandukan Quran dan Hadis.

Pemuda PAS mesti berani dan jujur dalam usaha ini,ketepikan songeh dan rungutan puak-puak PKR dan DAP,anggaplah mereka-mereka itu golongan yang lebih mementing darjat dengan meng'kerbau'kan rakyat,berilah peransang dengan keilmuan agama kepada rakyat dan sedarkan serta insafkan bahawa umat Islam berbangsa melayu ini perlu bersatu demi persaudaraan sesama Islam serta kekuatan sahsiah membina negara.

Monday, June 29, 2009

PUTERI UMNO JERAI MENGORAK LANGKAH PERKEMAS PARTI...


Puteri UMNO Jerai ,Hasfizatulnisah Mat Isa bersama seramai 80 Puteri UMNO dalam DUN Gurun telah menyertai Program sepetang bersama pemimpin bertujuan mengukuhkan hubungan antara pemimpin UMNO/BN di Parlimen Jerai.

Program silatulrahim ini dijalankan untuk mendekatkan pemimpin UMNO/BN dengan rakyat setempat sebagai persediaan menghadapi pilihanraya,aktiviti ini juga dijalankan dengan penuh mesra bertujuan memberikan kefahaman jelas kepada golongan muda berkaitan politik UMNO serta menemukan Pemimpin-pemimpin UMNO/BN Jerai dengan rakyat diakar umbi.

Program yang diadakan di Dewan UMNO Kampong Jeniang itu turut dihadiri oleh YB.Dr.Leong Yong Kong ADUN Gurun,Dato mohd.Suhaimi Hj.Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Jerai, Hj.Fadillah Hj.Ali,Timbalan Ketua UMNO Jerai,Sdr.Ahmad Ikhmal,Naib Ketua serta beberapa orang AJK Puteri dan AJK UMNO Bahagian Jerai serta masyarakat setempat.

Friday, June 26, 2009

KERANA H ONE N ONE : NIK AZIZ SAMAKAN UMNO DENGAN KOMUNIS DAN AYAH PIN...







Adakah patut TG Nik Aziz samakan UMNO dengan komunis dan ayah pin....?..
Kalau ya pun kerana H 1 N 1 (TGHj.Hadi dan Nasaruddin) takkan lah sampai kutuk UMNO sampai camtu kut.



(Rujuk blog Penerangan UMNO Kedah)

"Nampak sangatlah yang MB Kelantan yang juga mursyidul Am PAS ini dah jauh melalut,ini sekadar komen aku...kalau ya pun nak pertahankan manek urai...kalau ya pun nak kata PAS tu kuat dan gagah dimanek urai...takkan sampai mengeluarkan kata-kata marah kepada UMNO sedemikian rupa...Kalau PAS memperjuangkan Islam,UMNO juga memperjuangkan Islam...UMNO memperjuangkan Islam lebih baik dan lebih teratur serta berupaya meninggikan syiar Islam di Malaysia dan di perakui oleh semua kecuali PAS saja...UMNO tak kata pun lebih-lebih walaupun atas alasan politik kepada PAS..."

Apakah bila di berikan gelaran Mursyidul PAS,maka TG Nik Aziz dah layak untuk mengatakan UMNO seperti itu?...UMNO jugalah yang dulunya Parti utama dalam negara sebelum keujudan PAS...Perjuangan UMNO demi Agama,Bangsa dan Negara. PAS berjuang untuk Islam kononnya...tetapi melebihi menjaga zimmi dan harbi daripada saudara seagama dan sebangsa...kerana politik PAS mungkin gadaikan apa jua asalkan dapat BERKUASA.

Thursday, June 25, 2009

UMNO + H one N one = Jangan marah Tok Guru NA....

25-06-2009

Hari ini UMNO Cawangan aku bermesyuarat Agung Tahunan...biasalah aku cuma ada cawangan yang kecil saja,tapi siap dengan sembelih dua ekor kambing,buat kenduri sakan juga. Dua ekor kambing disembelih hasil sumbangan ISHAK BAHARI,salah seorang ahli UMNO Cawangan untuk dibuat kenduri kesyukuran serta mesyuarat Agong UMNO Cawangan.


Ramai juga ahli-ahli UMNO dan pakatan masyarakat kampong yang datang membantu sejak dari awal pagi sehingga selesai kerja masak memasak dan makan tengahari.Doa kesyukuran dibacakan oleh Imam yang dijemput.





Pukul 3.00 petang Mesyuarat dijadualkan bermula,kehadiran ahli cukup ramai,almaklumlah makan kenduri juga.









Ketua UMNO Bahagian Jerai ...YBH.Dato Mohd Suhaimi Hj.Abdullah dan rombongan turut hadir untuk bersama-sama ahli-ahli UMNO Cawangan dalam mesyuarat tersebut.Beliau turut memberikan ucapan dan kata-kata semangat untuk semua ahli-ahli UMNO.


" Menyentuh perihal PAS,PAS lebih mementingkan politik daripada Agama Islam,sebab itu Idea Kerajaan Perpaduan yang di suarakan oleh Presiden PAS telah menyebabkan NA marah sangat,rupa-rupanya NA terkena dengan H1 (HJ.HADI) N1 (NASHAR) hinggakan suruh Nasharuddin masuk UMNO"


(Sebahagian ucapan Dato Mie)

Intipati mesyuarat UMNO Cawangan,banyak juga usul dan cadangan yang dikemukakan,apa yang pasti UMNO Cawangan ini dapat sentuhan dan semangat baru atas kehadiran Dato mie,
Ramai ahli-ahli berharap agar kepimpinan UMNO Bahagian Jerai akan terus melipatgandakan usaha bagi memperkukuhkan jentera parti diperingkat cawangan,perbanyakan program-program kemasyarakatan dan libatkan kesemua cawangan dalam apa jua aktiviti UMNO Bahagian. Tahniah dan syabas kepada Ketua Cawangan ini,sdr.En.Ahmad Osman yang telah berjaya memimpin dan memajukan cawangan dan ahli-ahli UMNO menikmati kesejahteraan hidup dengan usaha yang tak pernah jemu-jemu walaupun terpaksa mengorbankan masa dan wang ringgit demi UMNO,Perjuangan diteruskan.

Monday, June 22, 2009

RETAK...?...Carik-Carik bulu ayam...boleh ke?...


UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Jerai sedang ligat mengadakan mesyuarat Agong Tahunannya...kesempatan ini membolehkan ahli-ahli mendapat sedikit sebanyak maklumat dalaman parti UMNO daripada Bahagian untuk dijadikan tatapan ataupun panduan.


Terdengar satu keluhan daripada beberapa ahli UMNO dalam cawangan disebuah taman perumahan dalam DUN GURUN yang baru selesai mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan pada minggu lalu. Cawangan UMNO ini pada tahun lalu digantung dan tidak berkelayakan untuk menghantar PERWAKILAN ke persidangan UMNO Bahagian akibat krisis kepimpinan di cawangan.Pemilihan AJK diadakan semula dalam mesyuarat cawangan itu,Ketua dan barisan AJK lama tewas dalam perebutan Jawatan dalam cawangan,biasalah kalah dan menang adatlah dalam pemilihan parti,yang menang mungkin boleh menerima yang kalah...tapi yang kalah tak mahu menerima yang menang?...krisis tetap berlaku?...kenapa dan mengapa?...
UMNO WADAH PERJUANGAN UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

Cawangan-cawangan yang tidak bermasaalah dapat menyempurnakan Mesyuarat Agung masing-masing tanpa ada pemilihan AJK pada tahun ini,Kepimpinan UMNO Bahagian Jerai melaksanakan tugas pentadbiran dengan pelapor-pelapor yang hadir kecawangan-cawangan yang bermesyuarat sekadar mencatat serta merekodkan lapuran untuk perhatian UMNO Bahagian,ramailah AJK UMNO Bahagian ditugaskan sebagai pelapor-pelapor ke cawangan-cawangan.

Amat berbeza Mesyuarat Agung Cawangan tahun ini berbanding tahun yang ada pemilihan Bahagian...kalau tahun yang ada pemilihan parti peringkat Bahagian,berpusu-pusu pemimpin dari Ketua,Timbalan,Naib,Ketua Pemuda,Ketua Wanita,Ketua Puteri dan AJK disemua sayap dengan pelbagai cara dan keadaan akan datang untuk memeriahkan mesyuarat Agung disetiap cawangan,Kemeriahan ini berlaku sebelum dan selepas mesyuarat cawangan juga,silih berganti calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding Jawatan tertentu dalam UMNO Bahagian datang sehinggalah Persidangan Bahagian dan keputusan pun dah diketahui,yang tewas ...sahlah amat payahlah nak ditemui,yang menang pula dah sibuk dan payah juga untuk dicari.

Mesyuarat Agung Tahunan cawangan diadakan bukan saja untuk memenuhi dan melengkapkan rekod pendaftaran semata-mata,agenda parti perlu diperluruskan bagi memenuhi aspek hiraki politik dari akar umbi sehinggalah ke peringkat tertinggi parti,ianya amat penting untuk menyampaikan seruan dan arahan dari atasan untuk di laksanakan diperingkat cawangan dan idea serta usulan dari bawahan ini dibawa dan diterjemahkan diperingkat atasan,maka kombinasi akarumbi bertaut keatas dan diterjemahkan secara mutlak,begitulah pentingnya mesyuarat agung tahunan cawangan dan Bahagian.

Penjawat dalam saf kepimpinan UMNO wajar melihat situasi ini sebagai pegangan untuk bergerak secara bijak dengan memberikan perkhidmatan untuk memperkukuhkan UMNO dan melebarkan pengaruh siasah UMNO sehingga melimpah disegenap lapisan masyarakat...bukannya bergerak secara mempopularkan diri untuk memperteguhkan sokongan cawangan kepada Jawatan yang dipegang dalam parti UMNO sahaja.

Sebagai ahli UMNO ,harapan dan semangat perjuangan politik untuk memperkukuhkan UMNO sentiasa membara,cadangan Idea dan usul-usul yang diasah diperingkat cawangan wajar di berikan perhatian oleh UMNO Bahagian,kepimpinan lama harus dikenang bukan dibuang,kepimpinan baru wajar diberi penerangan bukan dihalang...maka saf
UMNO dari pelbagai peringkat akan mampu menjalankan tugas secara total demi UMNO sebagai wadah untuk Agama,Bangsa dan Negara.

Sekiranya kesemua pihak dalam UMNO boleh memberi dan menerima pandangan dan kritikan biarpun pahit tetapi demi memperkuatkan ukhwah kesahsiahan politik UMNO secara bijaksana maka kemelut yang tewas tak boleh menerima yang menang akan dapat dinormalkan dan saf UMNO dipelbagai peringkat dapat di luruskan.
UMNO akan jadi semakin BESAR dan HEBAT serta BERPENGARUH.

Sunday, June 21, 2009

BAHANA AKIBAT PENULISAN........

Hari ini seawal pagi aku dikejutkan dengan nada ringtone 'kau pergi tanpa pesan' dari set aku,panggilan dari sesaorang yang tanpa salam dan ucapan selamat pagi,terus memarahi dan memaki aku dengan pelbagai kata loghat kedah yang aku pun tak tau nak tulis macam mana...

Dia marah sangat pasai aku tulis berkaitan UMNO JERAI,dia kata kalau aku nak tunjuk pandai...awat tak pi kata kat AJK BAHAGIAN yang tak sokong DATO MIE,bagi depa reti dan faham tugas depa sebagai AJK ...Aku rasa dari suara marah-marah tu ...aku dapat agak sapa orangnya...aku tak mau bagitau lagi...banyak jugalah dia 'beletiaq ' kat aku...dia kata dia kenai aku...tapi bila aku tanya dia,sapa aku,apa keja aku,mana cawangan aku,dia dah tak boleh habaq...
dia kata kat aku...kalau tak tau apa-apa tak payahlah nak tulih pasai UMNO JERAI...DATO MIE dah perabis banyak dah untuk tolong UMNO JERAI...nak tulih pun janganlah bagitau perkara yang tak baik pasai Ketua Bahagian...dia kata aku sebagai penulis upahan untuk peburuk DATO MIE...

OKAYLAH dia nak kata apa pun aku dengaq...sebab aku pun panik juga pagi-pagi buta terima panggilan kena hamun...aku ha..ha..saja lah...tapi yang aku mula berangin bila dia kata aku tak mengenang budi dan tak tau berterimakasih atas pertolongan dot.dot.dot...aku jerkah deras...sampai anak ku yang kecik terjaga dan keriau dari tidug..."apa hang ingat aku ni banyak sangat kah mengharap budi dan bantuan dari KETUA hang?..."Hang tak tau ka apa yang aku kata dan tulih pasai aku ahli UMNO dan aku tak pernah dapat apa-apa pun imbuhan dari sapa-sapa dalam UMNO...Aku tak mau UMNO JERAI jadi hancoq leboq kerana tidak dipimpin dengan baik dan elok oleh mereka-mereka yang dipilih dan diamanahkan untuk jaga UMNO JERAI...salahkah aku kalau aku tulih kerana nak teguq depa?...awat aku tibai sikit pun dah meloncat dah?...tup...aku dengaq talian diputuskan,aku talifon balik...ada nada tapi tak diangkat.

Aku terdiam seketika dan berfikir,budak-budak baru masuk politik,bukan sokong UMNO tapi sokong pemimpin UMNO...Inilah sebabnya UMNO semakin kecil dan menguncup,sedangkan pemimpin dan penjawat jawatan teratas semakin besar semakin melimpah-limpah dananya.

Aku terasa inilah bahananya bila berkata apa yang benar...aku tercabar,namun aku akan teruskan juga mencari bahan untuk ku dedahkan...tujuan aku semata-mata aku nak tengok UMNO JERAI kembali diminati dan dimuliakan oleh rakyat disemua peringkat usia sepertimana pada zaman DATO LAH FENDI memimpin UMNO JERAI dulu. UMNO JERAI dibawah pimpinan DATO LAH dulu cukup mantap dan hebat,DATO LAH berjaya merakyatkan UMNO JERAI...Kesemua sayap UMNO bersatupadu,bergerak sebagai satu pasukan,UMNO JERAI
amat digeruni oleh PAS...PAS tiada tempat di JERAI.

Saturday, June 20, 2009

UMNO JERAI : Di MANA HALA...Di MANA TUJU...

UMNO JERAI adalah satu nama yang cukup sinonim dengan populariti beberapa pemimpin UMNO,antaranya DATO PADUKA ABDULLAH ( AFFENDI) ISMAIL dan DATO PADUKA BADARULDIN AMIRULDIN.

Kini UMNO JERAI yang dipimpin oleh DATO MOHD SUHAIMI HJ.ABDULLAH, seorang tokoh koporat ternama yang telah memenangi pemilihan Jawatan KUB JERAI pada pemilihan yang lalu.



Terdapat suka dan duka serta ketidaktentuan situasi politik dalam keluarga UMNO JERAI.

Peranan dan usaha membaik pulih UMNO di Bahagian ini masih belum boleh ditakrifkan sebagai mencapai sasaran kerana setiap program yang dijalankan tidak memaparkan keseimbangan dan persepakatan dalam UMNO itu sendiri.

Ahli UMNO dan rakyat pelbagai peringkat sedang memerhatikan keadaan ini,Pentadbiran politik di Bahagian masih belum stabil dan lebih menjuruskan kepada "siapa nak buat dia buatlah"untuk apa-apa program dalam masyarakat di JERAI ini.


Dato Mohd.Suhaimi sebagai KETUA UMNO BAHAGIAN dilihat masih gagal untuk menyatukan UMNO secara bersepadu,walaupun ada ketika tertentu beliau 'turun padang'namun perancangan yang tidak komprehensif untuk melaksanakan setiap program kemasyarakatan telah menjadikan usaha yang dijalankan menjadi sia-sia,implikasinya ahli umno dan rakyat setempat tidak dapat 'sentuhan' KETUA UMNO BAHAGIAN untuk penyelesaian setiap masaalah yang timbul biarpun baru berlaku atau pun yang masih tertunggak.

Rungutan demi rungutan didengari,namun kepekaan AJK BAHAGIAN untuk membawa setiap permasaalahan ini kepengetahuan KETUA UMNO BAHAGIAN seolah-olah tersekat,mungkin kesan dan haba dari pemilihan yang lalu belum didinginkan lagi,ini menyebabkan masing-masing mengikut haluan yang tersendiri.
YB DATUK DR.KU RAHMAN sebagai ADUN GUAR CEMPEDAK yang tewas dalam pemilihan Jawatan Ketua UMNO Bahagian yang lalu dilihat aktif menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat,walau pun dilantik sebagai AJK UMNO BAHAGIAN,namun gerak kerja untuk memperkuatkan jentera UMNO BAHAGIAN tidak menampakkan kualiti khidmat yang diharapkan,aktiviti dan program yang dijalankannya lebih terarah dan tertumpu pada khidmat sebagai wakil rakyat bersama jentera Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Guar Cempedak bukan bersama jentera UMNO BAHAGIAN JERAI. Ahli UMNO dan rakyat dapat melihat dan merumuskan bahawa sudah tiada kerjasama dalam menjalankan aktiviti atau program kemasyarakatan antara ADUN GUAR CEMPEDAK dan UMNO BAHAGIAN JERAI.

Saudara Ikhmal sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian adalah seorang tokoh pemimpin UMNO JERAI yang berpotensi dan berwibawa,saban minggu beliau berada di tengah-tengah kelompok masyarakat dalam JERAI,pelbagai program dan aktiviti diusaha dan dijalankannya,usaha baik beliau ini wajar dicontohi oleh lain-lain pemimpin dalam UMNO BAHAGIAN,namun program dan aktiviti yang dijalankan ini dilihat kesaorangan atau bergerak secara individu,apakah tiada sokongan daripada UMNO Bahagian atau sememangnya beliau lebih selesa bergerak untuk berbakti secara bersendirian?...Inilah persoalan yang didengari dikalangan ahli-ahli cawangan.

Mana Timbalan Ketua UMNO Bahagian?...Mana Ketua Pemuda UMNO?...Mana Ketua Wanita?...mana Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerai?...inilah kalimat yang sering dilontarkan oleh ahli-ahli UMNO dari cawangan-cawangan dalam JERAI bila ada masaalah yang perlu diselesaikan segera atau mereka-mereka ini semua tidak kelihatan dalam program-program kemasyarakatan yang melibatkan masyarakat setempat.

Sudah terang lagi bersuluh UMNO JERAI tidak bersepakat dalam menggerakkan aktiviti dan program kemasyarakatan untuk memperkuatkan UMNO,pemimpin disemua peringkat dilihat masing-masing bergerak secara individu melalui agenda sendiri dan bukannya memperluas dan memperbesarkan agenda perjuangan serta perkhidmatan UMNO.Segala usaha yang dijalankan hanya sekadar mencari populariti pemimpin sahaja,pemimpin diingati dan UMNO mungkin dilupai,jika begini nescaya PRU 13,JERAI tak mungkin dimiliki kembali oleh UMNO/BN.

Thursday, June 18, 2009

Kerajaan Kelantan tuntut RM1BILLION royalty minyak.....


Ada berita dari BERNAMA melaporkan Kerajaan Kelantan akan membuat tuntutan sebanyak RM1billion kepada Kerajaan Pusat untuk bayaran royalty minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang ekonomi,kewangan dan kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata,mesyuarat exco Kerajaan Negeri hari ini bersetuju supaya Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak berhubung perkara ini.

tu dia aihhh........dalam dok hingaq bangaq pasai tak mau kerajaan perpaduan dan lagi pikiaq nak buat tuntutan royalty minyak...........ni nampak sangat dah...hulug kiri cakok kanan ni.....ada orang ajaq apa niiii?.......

esok lusa kita dengaq pula apa komen dari pemimpin PAS yang lain juga......ya lah, kita pun faham juga...satu keriyau yang satu merengek dan yang satu lagi mintalah...mintalah,,,,almaklumlah kalau minta hat ni pun tak mau bagi macammana nak sokong buat kerajaan perpaduan dengan UMNO kan...kan...kan.....

Tuesday, June 16, 2009

PAS dah lupa JASAD...

Ramai yang tahu bahawa PAS ditubuhkan atas sebab kekalahan seorang tokoh dalam Dewan Ulama UMNO ketika bertanding Yang dipertua UMNO ,atas rasa kecewa maka tokok tersebut telah menubuhkan Parti Islam Semalaysia (PAS).

Sejak dari tahun 1951,PAS telah mengalami banyak perubahan dan pertukaran Yang diPertua nya...dari mohd.Fuad sehingga Dato Asri,Fadhil Noor sampailah kini TG Hj.Hadi...(sekadar itu yang diingati) PAS masih belum berupaya menonjol diri sebagai parti yang boleh membawa kesejahteraa kepada rakyat secara nyata.

Apabila ada idea kepada satu anjakan yang boleh membawa umat Islam bersatu dan berpadu,maka PAS dah jadi macam 'ikan medak'(ikan yang hampir busuk) yang sesuai dibuat ikan kering,apa tak nya...idea dari presiden PAS sendiri tapi didolak dalik kan oleh lain-lain pimpinan PAS.Pelbagai hujah,andaian dan syarat yang dipertontonkan,alasan dan amaran serta pelbagai hujah retorik yang menggambarkan situasi yang kurang bersetuju dengan Idea presiden PAS...apa kehei nya....?...tu idea nak buat baik tu...camtu punya respon yang dapat...



Terbaru...orang kuat presiden PAS pula kata, Kalau nak berbincang dengan UMNO mesti bersyarat iaitu MESTI ada PKR dan DAP,kalau tak nak syarat tu tak payah dok bincang-bincang........amboi mak.....apa baguih sangat ka PKR dan DAP tu?...sampai letak syarat sebegini rupa...sedangkan Presiden UMNO dah kata dan yakin PAS ikhlas nak berbincang untuk kerajaan perpaduan...(Ikhlas ka PAS?...)

Persoalannya : Kenapa amat payah sangat PAS nak melaksanakan idea yang diketengahkan oleh presiden mereka (TG Hj.Hadi)...

Mengapa mesti meletakkan syarat mesti kena ada PKR dan DAP untuk berbincang dengan UMNO?...

Setiausaha Agong PAS (Datuk Mustaffa Ali) telah menyatakan itulah syarat untuk berbincang dengan UMNO.

Apa yang dapat kita rasakan ialah sekarang ini PAS dah jadi parti kematu yang tidak lagi memahami halatuju perjuangan sahsiahnya untuk kepentingan ummah,penghujahan mereka dalam bentuk keIslaman hanya sekadar retorik mengelabui fikiran umat Islam...nyata dan jelas Idea pembentukan kerajaan perpaduan hanyalah satu 'sandiwara baru' politik bagi mengisi slot agenda politik pakatan rakyat yang semakin bocor sekarang ini,apatah lagi dalam PAS sendiri telah mempunyai dua nakhoda yang masing-masing berhaluan kanan dan kiri.

PAS telah lupa sejarahnya,sejarah PAS telah banyak diketahui oleh rakyat,cuma UMNO terlalu baik kerana masih setia menginsafi bahawa PAS adalah saudara seagama dan sebangsa dengannya...sedangkan PAS telah jauh terpesong dari agenda perjuangan untuk menegakkan syiar Islam serta menyatupadukan ummah seperti yang termaktub dalam perlembagaan PAS.

Jika PAS lebih takut,lebih menghormati dan lebih memuliakan PKR dan DAP daripada UMNO, jelas dan sahlah bahawa PAS bukan lagi parti untuk orang-orang Islam sebaliknya PAS adalah parti yang dahokkan kuasa dan bernafsu haloba serta mengkhianati amanah umat Islam yang terpengaruh untuk menyokong mereka...dan selayaknyalah PAS diletak sebaris dengan parti-parti sekular yang berfahaman seperti PKR dan DAP.

Apa pun jua yang akan terjadi sama-samalah kita berharap dan berdoa agar seluruh umat Islam dan Bangsa melayu akan insaf dan sedar serta mesti bersatu dan berpadu sebagai bangsa melayu dan beragama Islam...jika perlu TOLAK parti PENGECUT dan BACUL ini jika takut kepada bangsa-bangsa lain untuk menyatukan umat Islam dan bangsa melayu .

Monday, June 15, 2009

YB KAH INI...?...
















ATAU JIKA MEREKA INI JADI YB...BAGAIMANA AGAKNYA KEADAAN DALAM PARLIMEN KITA.



SEKARANG PUN DAH ADA YB DARI BUKIT ???...






Perlukah rakyat melihat aksi dan gelagat YB-YB sebegini?...bukankah YB tu WAKIL RAKYAT?...tapi kenapa tak nampak macam mewakili rakyat?...

Sunday, June 14, 2009

masing-masing nak jadi TUAN,...Siapa jadi HAMBA...?...


Pekung dan kurap bernanah dalam selimut yang membaluti tubuh-tubuh parti politik berjenama PAKATAN RAKYAT semakin hanyir dan mula dimual baunya dan semakin hampir kehidung rakyat,bezanya ada yang tercium baunya begitu busuk dan ada pula tercium baunya wangi kerana telah terlalu biasa dengan bau-bauan sebegitu,serta ada yang tak dapat bauan langsung.

Apa pun putaran akal yang digunapakai boleh melihat kesemua itu,yang busuk kalau nak kata wangi adalah sesuatu yang amat ganjil dan aneh,tapi kalau dah suka ,apa orang nak kata pun peduli apa, yang penting apa yang depa rasa......

Kemelut dalaman PKR ternyata menunjukkan gambaran jelas yang parti itu memiliki kediktatoran,pengikut penyokong mesti mengikut kata pemimpin samaada suka atau tak suka,betul atau pun salah...melawan dan memprotes bererti kena "daieh kaki",cakap ketua kena patuh biarpun tak betul mesti terima sebagai betul,ketua yang bersalah mesti dibela,biar dengan apa cara sekali pun asalkan ketua dilihat mulia. Inilah 'kelodak' dalam PKR yang berjuang sebagai parti politik untuk berkuasa dengan memecahbelahkan perpaduan melayu dan kaum-kaum di malaysia ini.

Terbaru bila kes akan disebut pada Julai ini,dah ada suara -suara yang membela ketua tersebut,pelik...kes belum disebut lagi,tapi pembelaan dah dibuat melalui media...politik,jawatan YB digunakan sebagai talian hayat menyampaikan hujah dan dakyah mereka untuk mengelirukan rakyat...apakah rakyat perlu dipaksa menerima bebanan untuk berfikir perihal salahlaku setiap pemimpin dan orang-orang tertentu bila kes kemahkamah?...Bila mereka nak saman pihak-pihak lain kes dibawa kemahkamah...bila menang mereka kata mereka hebat,bagus dan betul...bila kalah mereka menudingkan jari menyalahkan itu ini begitu dan begini...Rakyat mesti melihat setiap perkara ini dengan matahati yang benar-benar tajam dan menilai kesahihah perkara tersebut disetiap sudut atas fakta dan kebenaran,tak perlulah bersimpati dengan adudomba dan retorik yang berlebihan.

Pokok kelapa sememangnya lurus,kekuasaan Maha Pencipta boleh menjadikan ianya bercabang-cabang,oleh itu berfikirlah sebagai pelita hati bahawa setiap sesuatu perkara yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.

Melayu perlu bersatu,apabila ada kesedaran dan keinsafan atas permulaan yang baik,mengapa perlu dilengah-lengahkan.
Sampai bila rakyat dan penyokong parti politik melayu akan sentiasa menjadi HAMBA...disuruh duduk,diam,dengar dan dengkur oleh pemimpin-pemimpin,sampai bila rakyat marhaen melayu ini akan berTUANkan parti politik yang membengkokkan saf perpaduan melayu?...

Friday, June 12, 2009

masih ada yang sayang untuk KERAJAAN PERPADUAN...?...

Keserabutan dan kecelaruan pendapat dikalangan pemimpin-pemimpin parti politik nampak gaya nya boleh men"terencat"kan usaha menterjemahkan idea dari Presiden PAS TG Hj.Hadi.

Ramai pemimpin kebanyakan dari kumpulan 'erdogan' dalam PAS menentang Idea tersebut ditambah sogok pula pendapat berupa amaran dari PKR/DAP maka idea yang baik pun mungkin boleh terbatal atau terbengkalai.

Aku masih melepak di Bukit Merah Laketown Resort bersama keluarga,semalam aku terjumpa sahabat lama yang juga salah seorang pemimpin UMNO di Perak,kami minum di LeLac Cafe sambil borak-borak,dari cerita tahyol,bisnes,peribadi hingga tercetus juga cerita politik.

Banyak yang kami sembangkan berkaitan pergolakan politik di perak,aku rasa ramai dah tau,kalau nak cerita pun hanya sekadar untuk perbaru yang lama saja.Kami sembang tajuk kerajaan perpaduan,dia cerita katanya di perak dari awal dulu selepas BN tak cukup majoriti nak bentuk kerajaan negeri,telah ada syor nak buat kerajaan perpaduan UMNO/PAS,tapi PAS tolak kerana terlalu setia dengan PKR dan DAP ditambah pula DAP iktiraf Nizar dari PAS sebagai MB Perak,maka idea yang dibuat UMNO dipandang sepi tak ber'respon'lah.

Sambil pekena kopi o kaw,kawan aku kata lagi...mungkin PAS dah nampak belang DAP dan mainan politik PKR yang ternyata boleh mengoyak rabakkan perpaduan ummah kut TG Hj.Hadi tersedar dan nampak Idea untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Aku kata nak tubuh macammana kalau ada juga pemimpin melayu dalam PAS dan PKR masih lagi berteka teki serta menentang idea yang dibawakan oleh TG Hj.Hadi?...kawan aku ini mula tunjuk angin dia...biar pi kat depalah...TG Hj.Hadi Presiden PAS,kalau Idea Presiden pun ada pemimpin PAS tak mau ikut,buat apa dok layan puak tiga empat kerat tu...teruskanlah terjemah idea tu bagi rakyat faham dan terimalah pendapat rakyat,pedulikan kata bidasan dan kritikan depa ka DAP ka PKR ka...kalau dah betul-betul sedar dan ikhlas nak tengok melayu/Islam berpadu.depa yang jadi pemimpin PAS yang dok tentang Idea Presiden depa pun dipilih oleh rakyat,nak takut apa kat depa.

Dia kata lagi orang melayu dan umat Islam mesti sokong penubuhan kerajaan perpaduan,orang melayu UMNO/PAS ni kalau tak sokong satu hari nanti tinggal nama saja melayu tapi terpaksa ikut telunjuk kaum bukan melayu yang la ni semakin naik tocang depa,tak kan nak biar kat PKR kut,mana baik UMNO kalau nak dibandingkan dengan PKR,DAP telah la...tu parti yang hanya tau kaut untuk dari perpecahan melayu/Islam saja.

Dari cerita yang disembangkan dapatlah aku simpulkan bahawa kaum melayu mesti menyokong isu kerajaan perpaduan UMNO/PAS ini jika maukan kesatuan melayu/Islam terus kukuh dan teguh,hanya perpaduan melayu/Islam saja yang dapat mendaulatkan bangsa melayu serta mampu meninggikan syiar Islam di bumi malaysia ini.
ada rakan-rakan dari johor dan pahang juga kedah yang berada di sekitar meja kami tersenyum mengangguk-angguk kepala bersetuju bila kawan aku tu berkata dan bertanya,nak ka tak nak kita melayu/Islam ni bersatu...pukul 1.00 pagi kami bersalaman dan minta diri kebilik masing-masing,dalam melangkah kaki terdengar juga sok sek dari cakap-cakap dari rakan-rakan melayu yang lain,seronok jika PAS dan UMNO bersatu dan sama-sama memerintah dan mentadbir negara ini.

kenangan di BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT.

Selesai solat jumaat ,kepulangan aku dan anak lelaki ku yang berumur 9 tahun ke rumah disambut dengan senyuman manis oleh isteriku dan dua anak dara sunti ku berserta anak lelali kecil ku berusia 6 tahun,mereka mengajak aku turut serta mengisi baki cuti sekolah untuk dua hari ini.Tanpa banyak songeh aku mengiya saja...dan kami pun bertolaklah ke BUKIT MERAH.


Aku sebenarnya amat malas untuk kemana-mana,seingat aku inilah agaknya julung-julung kali aku berjaya diajak oleh isteriku menemani mereka,kalau tidak jangan harap aku nak ikut,tak tau lah pula pasal apa aku nak mengikut,mungkin banyak kerja aku dah beres kut.





Tepat pukul 3.00 petang kami bertolak dan sampai pukul 4.25 petang dan check in dikaunter hotel pukul 4.30 petang,anak-anak aku cukup happy maklumlah dah dekat nak habis cuti sekolah baru berpeluang menikmati keseronokan bercuti.

Letak bag saja apalagi tangan isteriku ku ditarik oleh anak-anak untuk diajak bermain ditempat-tempat yang mereka minati,aku macam biasalah sekadar tersenyum dan menghulur lah apa yang patut,padaku yang penting depa semua gembira,biarpun hanya di bukit merah.

Mereka bermain hingga magrib,selesai solat kami semua keluar makan-makan dan anak-anak ku sambung lagi aktiviti mereka yang terbantut petang tadi,aku bertemankan laptop melepaklah di wifi cafe mencari ilham kut,dalam hati terasa seronok juga melepak ni,lama dah aku tak melepak ............nanti aku cerita kalau ada apa-apa cerita yang boleh dikongsi bersama dari BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT.













Wednesday, June 10, 2009

PERCANGGAHAN PENDAPAT ISU KERAJAAN PERPADUAN...

Isu kerajaan perpaduan hasil Idea Presiden PAS semakin berserabut dan kelam kabut dengan pelbagai percanggahan pendapat berkaitan isu tersebut timbul.

Terdapat suara-suara yang menentang dan juga suara-suara yang menyokong selebihnya berkecuali dan ada yang "play safe".

Apa pun terpulanglah kepada kehendak kepimpinan dua parti terbesar melayu itu untuk memutuskannya,Jika memikirkan Agama Islam dan Bangsa Melayu demi mendaulatkan Negara Malaysia,tak usahlah berselindung dengan kata-kata politik,lalukan sesuatu yang terbaik untuk faedah Agama,Bangsa daan Negara.

Idea yang baik ini datang daripada TG Hj.Hadi (Presiden PAS) tetapi yang peliknya banyak pemimpin PAS menolak Idea ini,mengapa?.......apakah mereka ini tak mau tengok melayu /Islam bersatukah?.....atau adakah depa semua rasa DAP/PKR itu lebih baik dan lebih ISLAMIK dari UMNO?.........

Datin Seri Wan Azizah - Presiden PKR berkata :" PKR masih menunggu penjelasan dari kepimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan termasuk sebarang bentuk perbincangan dengan UMNO"..........

@@@@@@@ Hai...tak kan tak dak kut penerangan isu tu dari PAS ?...kalau tak diberikan penjelasan langsung mana PKR boleh tau isu tu @@@@@@

Lim Kit Siang pula berkata : Krisis keyakinan dikalangan PAKATAN RAKYAT berkaitan isu kerajaan perpaduan yang di bawakan oleh TG Hj.Hadi...tumpuan pada rundingan perpaduan UMNO/PAS telah memberikan satu kesan penentangan dan tercipta satu krisis keyakinan dalam pakatan rakyat (PR).

@@@@@@ Peduli apa DAP nak kata apa...tak kan takut sangat dengan DAP...kan semua dah tau apa vision dan mission DAP...Kita orang melayu mesti,mesti,mesti berpakat dan bersatu...Jangan biarkan DAP memecahbelahkan perpaduan melayu/Islam...Pakatan yang depa buat tu bukan pakatan rakyat...depa buat pakatan itu hanya untuk menipu rakyat saja...lupakan DAP @@@@@@

Datuk Mustaffa Ali - Pengarah Pilihanraya PAS pula berkata : mengarahkan ahli-ahli PAS tutup mulut,jangan bincangkan isu ini takut disalah tafsir.

@@@@@@@ Apa ni?...nak bincang pasai perpaduan dan penyatuan melayu pun takut ni...pemimpin melayu/Islam apani?......lepas tu arah tutup mulut pulak dah....ahli PAS tak bebas untuk mengeluarkan pendapat kah?.....pelik,pelik,pelik sungguh....tak kan nak biarkan ahli PAS Jumud berterusan kut...patutlah depa nak berkawan sangat dengan DAP,sebab ahli disuruh tutup mulut dan tak boleh bantah apa pemimpin depa (PAS) buat......guanao nihh..@@@@@@

Datuk Dr.Hassan Ali -Pesuruhjaya PAS Selangor berkata : dia sentiasa menyokong apa yang dicadangkan oleh pemimpin tertinggi parti PAS selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam...Walaupun Idea itu agak berbeza tidak bermakna ianya perlu ditolak,sebagai penyokong parti apa yang ketua cadangakan tentulah ianya mendatangkan kebaikan dan kita mesti sokong apa yang baik......

@@@@@@ nampak positif sikit ...adalah gaya pemikir sebagai pemimpin melayu/Islam...tetapi jangan pula selepas ni ada banyak tetapi pula....@@@@@@@

****Pelbagai hujah dan pendapat yang kita dengar dari pelbagai parti,yang menyokong ada yang menentang ada yang buat-buat tak tau pun ada yang tak ambil tau pun ada.....Rakyat macamana pula?.....Melayu/Islam macamana?...Idea TG Hj.Hadi adalah idea terbaik dan jika semua umat Islam dan Bangsa melayu yang dipimpin oleh kedua-dua parti terbesar melayu iaitu UMNO/PAS dapat menterjemahkan serta bertindak untuk proses perpaduan dan penyatuan,InsyaAllah melayu/Islam terus kuat,kukuh,mantap serta berkeupayaan mengurus dan mentadbir Khazanah Bumi Malaysia ini dengan lebih baik lagi...wallah'uaklam ********

Tuesday, June 9, 2009

MOBIL MEWAH MAMPU MILIK.............


RAHSIA TERBUKA DIDEPAN MATA,MUDAH UNTUK DIMILIKI,SELESA UNTUK DI NIKMATI .

Kalimat keramat daripada SHAMELIN untuk kesemua orang melayu yang beriltizam dan bercita-cita......

Deretan kemewahan terbuka luas dengan mudah apabila tapak dan plan telah disediakan oleh SHAMELIN.

Sebagai gergasi koperasi kedua terbesar MELAYU,SHAMELIN mahukan semua orang melayu hidup mewah dengan kekayaan serta berjaya memiliki apa jua impian dan idaman dihati tanpa merebut hak orang lain.

Impian pasti menjadi nyata,dengan plan hebat yang disediakan SHAMELIN,orang-orang melayu akan berpeluang dengan mudah dan cepat iaitu 12 minggu saja akan mampu memiliki kereta-kereta mewah yang diminati.

Produk kesihatan dari hasil bumi MALAYSIA dibawakan oleh SHAMELIN untuk menyehat dan memberikan tenaga muda agar kita kembali gagah bagi membina diri,keluarga,agama,bangsa dan negara.

Saturday, June 6, 2009

KERAJAAN PERPADUAN : SIAPA MENENTANG,SIAPA SETUJU?....


Kepimpinan tertinggi PAS yang menang pada Muktamar Agung pada sessi ini terdiri dari kalangan pro ulamak yang berselera untuk menyatukan kekuatan umat Islam dan bangsa melayu serta mengilhamkan proses membuka ruang "MUQABALAH" dengan UMNO untuk tujuan merancang pembentukan "KERAJAAN PERPADUAN".

Idea terbaik setakat ini dapat difahami bahawa PAS sudah merasakan bahawa Islam dan kedudukan melayu kini telah tergugat dari segi kstabilan dan kekuatan ukhwah sesama Agama dan sebangsa dek sengketa politik yang tak pernah surut serta kesempatan terbuka ini diperolehi oleh musuh Islam/Melayu yang kebanyakkannya menangguk di air keruh bagi mencapai maksud dan tujuan mereka.

Kesedaran ini amat penting bagi seluruh umat Islam dan bangsa Melayu,biar dari PAS atau UMNO,ternyata jika kita sering bertelingkah dan bersengketa serta tidak sehaluan pendapat sedangkan kita bertuhankan Allah yang SATU,rukun Islam dan Iman yang sama,Kalimah syahadah yang sama,berkiblat yang sama dan Quran dan hadis yang sama,namun dek kerana lebih mengiakan politik menyebabkan persaudaraan kita retak.

Bidasan dan kritikan yang didengari dari pihak PKR dan DAP serta sebahagian daripada pemimpin PAS sendiri memberikan satu gambaran yang jelas bahawa penentangan kearah pembentukan kerajaan perpaduan cukup dibimbangi dan ditakuti oleh mereka.

Mengapa PKR bimbang dan takut jika PAS berpadu dengan UMNO?...

PKR adalah parti yang berkepentingan peribadi ,itulah hala tujuan nya,jika kerajaan perpaduan yang diilhamkan oleh PAS ini berjaya dan UMNO bertaut teguh dengan PAS bererti masa depan defacto yang rakus untuk berkuasa serta imperealis yang berselera BESAR dalam PKR akan hilang arah serta masa depan mereka dan cita-cita mereka terlebih dulu musnah sebelum mereka memusnahkan UMNO/BN.Lagi pula kebanyakkan pemimpin PKR adalah terdiri daripada bekas-bekas oppotunist dalam UMNO yang kecewa.

Apa sebab DAP mengkritik Idea kerajaan perpaduan PAS/UMNO?...

DAP adalah parti chauvenis yang berkiblatkan cina,mana mungkin mereka akan bersetuju jika PAS berpadu dengan UMNO,ternyata jika kerajaan perpaduan ini menjadi kenyataan,DAP akan musnah dan mereka tiada ruang dan peluang lagi dikancah politik malaysia serta apa jua hasrat dan impian mereka untuk memerintah malaysia akan lenyap.DAP akan memperkuda sesiapa saja asalkan niat mereka untuk memusnahkan melayu,UMNO dan Islam tercapai biar secara halus maupun terang-terangan.Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO akan menggagalkan seluruh impian DAP.

Mengapa ada segelintir pemimpin PAS yang mengkritik serta membidas Presiden PAS berkenaan hujah pembentukan kerajaan perpaduan ?...

Rakyat kebanyakan telah tahu siapa pemimpin-pemimpin PAS itu, mereka terdiri daripada tubuh yang dilitupi dengan selimut PAS sedangkan mimpi dan tindakkan mereka tidak terarah dan selari dengan perjuangan PAS,Lagi pula ada dikalangan mereka telah diremote dari jauh ...mereka ini akan mempergunakan PAS untuk kepentingan mereka...sedangkan halatuju perjuangan mereka tidak mencerminkan perjuangan PAS secara total. Kebimbangan mereka semakin menjadi-jadi bila mereka tiada jawatan penting dalam PAS,maka usaha-usaha untuk menggagalkan proses "MUQABALAH" PAS/UMNO kearah pembentukan kerajaan perpaduan mesti di persoalkan serta digagalkan. Jika kerajaan perpaduan ini menjadi kenyataan ternyata mereka tiada tempat oleh itu apa yang terbaik bagi mereka ialah menggagalkan daripada terlepas saja.

Sebagai marhaen rakyat yang beragama Islam dan berbangsa melayu harus bersyukur kerana sudah ada usaha-usaha penyatuan untuk memperteguhkan kekuatan ummah dan bangsa dalam kontek politik bagi mempertahankan hak kita sebagai umat Islam dan bangsa melayu daripada digadai dan dilelong oleh tangan-tangan ghaib yang nyata akan memberikan sedekah kepada orang asing memonopolikan politik dan pentadbiran malaysia ini.Sebagai melayu dan beragama Islam, kita hanya ada dua parti politik saja iaitu UMNO dan PAS,Dua parti ini adalah simbol kekuatan melayu dan Islam,jika kita tidak menyedarinya bahawa dua parti melayu yang terbesar ini terpisah dan menjarak diri tidak bersatu dan berpadu,maka hancurlah masa depan generasi kita yang akan datang dan kita akan dipersoalkan oleh anak cucu kita nanti,apakah kita hendak biarkan usaha penyatuan ini GAGAL atau kita berusaha dan berdoa agar usaha ini menemui KEJAYAAN?....

Wallah'uaklam.........
ini sekadar untuk renungan........