Thursday, May 21, 2009

UMNO JERAI: masa untuk bertindak....


Apabila melewati jalan-jalan dikaki gunung Jerai bermula dari gurun sampai ke yan,ketanjong jaga terus ke singkir dan menyusuri merbok,tupah ke lembah bujang sampai ke semeling,ke bedong dan terus kembali ke gurun,terasa macam ada sesuatu yang tidak sempurna,Jalannya memang cantik,kira baik lah,apa yang tak sempurna?..........

Gunung Jerai indah mengawan,dari atas dapat melihat kehijauan sawah padi pada musim ini dan terhampar kekuningan bila waktu musim menuai. Cantik Panoramanya pagi dan petang.
Buakan nak cerita pasal gunung Jerai,tapi terasa nak sentuh sikit pasai UMNO Jerai.

YB Dato Jamil Khir (senator) adalah dari kawasan Jerai,kini beliau menjawat Jawatan sebagai KETUA PENERANGAN UMNO KEDAH.

Difahamkan beliau telah diamanahkan untuk memulihkan kembali prestasi UMNO di kedah,
Jerai yang dulunya diwakili oleh Ahli parlimen UMNO/BN telah tewas kepada PAS pada PRU12
maka Jerai sudah semestinya menjadi permulaan.

Kekalahan calon BN di Jerai bukan kerana rakyat menolak UMNO,banyak faktor yang menyebabkan kekalahan tersebut,antaranya iklim politik pada ketika itu serta faktor kaum.

Keunikan Jerai,UMNO menjadi pilihan rakyat cuma perlu ada pembaharuan dalam melaksanakan proses untuk memenuhi keperluan rakyat,DUN Gurun diwakili oleh MCA/BN menang,tapi kenapa parlimen kalah?...Kedudukan pengundi melayu yang menyokong UMNO dan PAS 50/50,faktor undi bukan melayu yang memberikan kemenangan kepada calon-calon,jika undi itu pergi kepada BN maka menanglah,pergi kepada PAS maka PAS menang Parlimen Jerai.

Itu PRU12,UMNO mesti melipatgandakan usaha untuk memulihkan kembali sokongan rakyat,telah pun nampak riak-riak yang datang daripada kaum-kaum yang menolak UMNO/BN rasa gelisah kini,pendekatan yang lebih harmonis perlu dilaksanakan segera.

Apa pun rakyat cukup-cukup menghargai dan mengharapkan kepimpinan Ybh.Dato Hj.Mohd.Suhaimi sebagai KETUA UMNO BAHAGIAN JERAI dapat memimpin UMNO/BN Jerai dengan lebih kemas dan sempurna serta memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat dan pengundi.

Dengan adanya YB Sen.Dato Jamil Khir di Kedah dan di Jerai diramalkan proses pemulihan sokongan orang-orang melayu akan lebih terjurus kepada penyatuan melayu itu sendiri.

Gunung Jerai indah menawan,
Dari kaki mencecah laman,
Kepulangan YB Dato adalah idaman,
Jerai kembali dalam genggaman.

Dato Suhaimi Ketua Bahagian,
Fazillah dan Ikmal Timbalan dan naib,
Pimpinan Dato mesti yang terbaik,
Memastikan UMNO tak dapat aib.

Terimakasih kepada semua wargakerja UMNO Jerai yang telah turun padang,memulihkan kembali semangat juang untuk mengukir semula kemenangan.

salakan DAP bersahut-sahutan.........

Selepas menang banyak kerusi parlimen dan kerusi DUN pada pilihanraya ke 12,serta boleh memerintah pulau pinang,DAP yang satu ketika hampir ruyup kini kembali untuk menjuarai kaum cina di malaysia.

Pelbagai isu dibangkitkan untuk kepentingan kaum cina,dengan menjadikan PR sebagai alat DAP terus mengaut keuntungan daripada perpecahan melayu dalam parti-parti politik termasuklah di perak.

GERAKAN adalah rakan BN yang kalah teruk dalam PRU12 pun kadangkala terikut-ikut rentak DAP untuk menuntut hak untuk kaum mereka.

MCA rakan BN yang paling kanan juga mendesak untuk mendapat pelbagai perkara untuk kaum mereka dan ada ketika nya menguriskan hati UMNO yang menjadi tunjang BN.

Kita faham MCA dan GERAKAN untuk melonjak menjadi juara kaum mereka,tapi mereka juga harus ingat,apa yang didesak untuk dapatkan itu ini biarlah secara lebih berhemah serta melihat kepentingan melayu dari aspek yang mana dulu dan yang mana kemudian.

DAP memang terus-terusan akan melontarkan provokasi dalam setiap isu untuk kaum mereka,dah tentu salakan chauvenis ini akan mendapat sokongan kaum mereka tanpa mengira parti .Kaum ini lebih fokus kepada kaum mereka sendiri dalam memperjuangkan sesuatu isu itu.

Dengan perpecahan Melayu,DAP telah memperolihi kekuatan dengan kaum mereka yang bersatu atas satu tujuan,Melayu PAS,PKR yang yakin untuk mempergunakan DAP ternyata akan memusnahkan penyatuan melayu itu sendiri.

Melayu dijadikan alat untuk memulakan sayembara isu yang dibangkitkan,dan kemudiannya akan didesak oleh DAP dan Ngo-ngos serta parti-parti melayu yang lain. Provokasi yang dibuat sampai ada ketikanya pemimpin UMNO pun turut melatah.

Orang-orang melayu masih lagi menggenggam penumbuk politik bersengketa sesama sendiri,berebut jawatan dalam parti sendiri,UMNO dan PAS sering bertelagah pendapat,PKR menjadi racun memusnahkan bangsa sendiri,kaum-kaum yang seangkatan dengan DAP melihat,bertepuk dan melenggok tari ,tersenyum melihat kemusnahan melayu.

Lihat isu-isu terkini,siapa yang akan untung,melayu akan untungkah daripada kekalahan UMNO?...PAS akan kuatkah bila UMNO tewas?...Sedarlah,melayu UMNO,melayu PAS akan hancur jika tiada penyatuan untuk memperkukuhkan ukhwah dan persaudaraan Islam sesama kita.Jangan dibiarkan PKR melacurkan masa depan melayu kepada DAP dan kaum-kaumnya,
Jangan lagi kita lihat melayu dijadikan alat untuk memusnahkan bangsa sendiri,tolaklah pemimpin yang menjadi talibarut kepada usaha menghancurkan melayu

Tuesday, May 19, 2009

PENANTI : BN tak berminat?...

Sah BN tidak bertanding di PRK PENANTI.
DSAI kata pula BN taja calon bebas.
BN nafikan menaja calon bebas.


Rakyat tertunggu-tunggu PRK PENANTI nak tengok UMNO/BN bertanding,tapi dah tau BN tak bertanding,kenapa BN tak mau bertanding?......

Macam-macam cakap yang didengar, ada yang kata BN takut kalah,ada yang kata BN tau dah tak boleh menang buat apa bertanding,ada yang cakap buat malu saja kalau BN bertanding,pelbagai-bagai andaian lah yang dicakapkan.

BN tak bertanding di PRK PENANTI :
Ada baiknya kerana : BN dah tau kenapa PRK PENANTI diadakan,(wakil dari PKR letak jawatan bukannya mati )PRK dimain-mainkan oleh de facto PKR untuk cari calon TKM 1 Pulau pinang.

2- BN merasakan jika turut serta akan bertambah lagilah dakyah dakyah dan fitnah akan dihamburkan oleh PKR dalam pilihanraya tersebut.

3- Lagi pula apa BN rugi ,kerusi tersebut memang milik PKR sejak PRU12 yang lalu,tak bertanding pun tak rugi apa-apa.

4- BN tidak mahu terikut-ikut rentak dan agenda de facto PKR yang cuba mencari populariti dengan asakan pilihanraya kecil untuk mengajak BN bertanding dikawasan yang dimenangi mereka.Apabila BN ikut serta bertanding maka jentera BN akan berkerja untuk tujuan tersebut sedangkan ramai pemimpin BN berada dalam kerajaan dan perlu menjalankan tugas membina negara untuk rakyat,de facto PKR tidak berkerja dalam kerajaan dan tak payah berkhidmat untuk rakyat.

5- BN tidak bertanding tidak bermakna BN kalah,BN cuma tak mahu tertipu dengan agenda politik de fecto PKR yang semakin risau dengan kes mahkamah yang akan muncul nanti,biarkanlah PKR bersorak riang dulu.

6- BN tunjukkan kematangan kerana tidak bertanding di PENANTI kerana dah tahu apa muslihat PRK tersebut diadakan, dah terang lagikan bersuluh,Fairus diarahkan meletak jawatan untuk membolehkan pilihanraya kecil ,tengoklah macamana Datin Wan letak Jawatan sebagai Ahli Parlimen P.Pauh hanya semata-mata nak bagi de facto bertanding untuk jadi Wakil rakyat dan ketua pembangkang di parlimen saja.

7- Tak ada maknanya BN bertanding untuk tujuan yang hanya sekadar mengajak berperang dalam pilihanraya kecil sedangkan kerajaan BN perlu berkerja untuk rakyat dan negara,memulihkan kembali ekonomi serta berusaha membawa kemakmuran kepada rakyat.

8- Biarkan PKR dengan lagak gaya yang sombong,berlari keliling kampong,membawa labu ,terjerit-jerit hingga terlondeh seluar,lepas tu orang kampong pun akan tahulah apa sebenarnya.............

UMNO janganlah kecil hati,tidak bertanding bukanlah bererti UMNO kehilangan pengaruh,UMNO tetap kuat dan kukuh,sabar saja melihat gelagat PKR dan PR yang tengah kemabukan kuasa sekarang ini.UMNO jagalah apa yang telah jadi kepunyaan UMNO,Biarlah PENANTI dan tak usah dinantikan......biarkan...biarkan....biarkanlah..........

Tingkatkan usaha,terus berkhidmat,InsyaAllah UMNO akan gagah semula.

Sunday, May 17, 2009

WAHARROMMU KALO MAKEI SOGHE,WAHALLALLON KALO BOHAGI DUO,

Terdetik sejenak apabila melihat perkembangan politik dalam Parti PAS (PARTI ISLAM seMALAYSIA).

Isu yang hangat diperkatakan sekarang ini berkaitan pemilihan Jawatan dalam PAS pada MUKTAMAR yang akan diadakan JUN ini.

Antara SEDEKAH dan RASUAH, dalam UMNO isu pemberian wang dikatakan politik wang atau rasuah,dalam PAS pula pemberian wang dikatakan sedekah,kalu dilihat cara wang dihulur adalah sama mungkin sebutan saja yang berbeza.
Nah ambik duit ini buat belanja.............
Nah ambik duit ini saya sedekah buat belanja................(sekadar contoh)

Inilah bahananya menepok air didulang,,,,kadang kadang pendekar pun tersilap langkah,,,
ada ketikanya menampar lalat tapi terkena hidung, kata dulang paku serpeh, kata orang diri sendiri yang lebih.

Bila UMNO gah berusaha membasmikan politik wang, dikatakan dalam UMNO memang banyak main politik dengan wang, pelbagai tohmahan dilontarkan kepada UMNO pada setiap kali diadakan pemilihan Jawatan dalam parti.

Terkini,wabak tersebut dah mula menular dan meresap dalam PAS pula,kenapa ye?...kan heboh sekarang ini dalam PAS sudah ada puak-puak, satu puak ulamak dan satu lagi puak erdogan.
Siapakah diantara dua puak ini yang akan bermain dengan wang?...(fikirlah sendiri)

UMNO dah lama berkuasa dalam memerintah negeri dan negara, PAS baru mula memerintah negeri, masih berbulan madu dan ada ketikanya dah mula termabuk dengan gaya dan cara pegang kuasa, biasalah bila ada kuasa,lenggang lenggok pun dah mula berbeza dari dulu.

PAS sekarang ini pula diresapi budaya sekular "erdogan" seperti yang diwar-warkan,kuasa pun ada wang pun banyak,mulalah membantu kepada yang memerlukan,biasalah hulur kepada yang datang untuk memberi undi,sedekahlah katakan...(kalau nak sedekah kenapa tak sedekah kepada penyokong PAS totok yang dikampong-kampong yang susah dan miskin).

Teringat kata-kata seorang ustaz apabila ditanya berkenaan PAS, mace tu la,dale PAS ni bilo dapak kat kito okey la...dapak kat oghe harghee la...waharrommu kalo make soghee...wahalallon kalo bahagi duoo...(haram kalau makan sorang,halal kalau bahagi dua)

Saturday, May 16, 2009

UMAT ISLAM BERPECAH...?...

Mantan PM,Tun Dr.Mahathir melahirkan rasa sedih dengan perpecahan umat Islam.
Bukan Tun saja yang terasa begitu,ramai lagi umat Islam yang cukup terasa dengan perpecahan yang sedang belaku dikalangan umat Islam ketika ini.

Kerana inginkan kekuasaan,dengan rakusnya ada pemimpin melayu/Islam sanggup menyepak terajangkan saudara sebangsa dan seagamanya kerana perbezaan fahaman politik.

Bijak pandai melayu/Islam ada yang berdiam diri dan menunggu serta sekadar melihat apa yang akan berlaku tanpa berbuat sesuatu untuk memastikan bertaut kembali sekelian Melayu/Islam.

Yang terbijak dan terpandai pula tidak mengambilkira kepentingan Agama,Bangsa ,demi melebarkan pengaruh dan kekuasaan politik sanggup memecah belahkan perpaduan melayu/Islam.

Akan kemanakah umat Islam dan Bangsa Melayu,jika ramai dikalangan pemimpin kita sering bercakaran sesama sendiri disebabkan dahokkan kuasa politik serta menggadaikan ukhwah dan persaudaraan seagama dan sebangsa?...

Akan teguh dan kuatkah melayu/Islam,jika kita sesama kita sering bertelingkahan?...siapakah yang untung?...

Wahai pemimpin melayu/Islam,sedarlah dan bersatulah demi melihat Agama Islam dan Bangsa Melayu,ketepikanlah perbezaan politik,bertakwalah kepada Allah,jangan teruskan sengketa ini lagi.

Thursday, May 14, 2009

KEDAH oh KEDAH

Kelam kelam lagi dah terima satu panggilan dari sahabat politik yang nak bagitau pasal perlantikan Pegawai-Pegawai yang akan mentadbir UMNO Kedah.

YB Datuk Ir.Nawawi Ketua UMNO Langkawi dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan,
YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir dilantik sebagai Bendahari,
YB Mej.Jen.(B) Datuk Jamil Khir Baharum dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Dengan perlantikan itu termetrilah tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah,YB Dato Sri Shafie Afdal.

Apakah akan ada perkara baru yang akan diperkenalkan oleh YB Datuk Ir.Nawawi dalam pentadbiran UMNO Kedah?...Kebolehan,kecekapan dan pengalaman YB Datuk Ir.Nawawi boleh diterjemahkan secara menyeluruh dalam memantap dan memperkuatkan lagi jentera UMNO kedah,namun bolehkah rata-rata ahli UMNO menerima kalau hanya sekadar berjawatan untuk memanaskan punggung saja?...

YB Datuk Mukhriz sebagai Bendahari dianggap baik kerana kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri,dan secara tak langsung berupaya mengawal serta memastikan kedudukan kewangan UMNO Negeri secara teratur dan berhemah.

Kembalinya anak Kedah dari KAGAT ini sebagai Ketua Penerangan,perlu dilihat dari sudut yang lebih kepada Keperluan,UMNO memerlukan seorang tokoh yang berwibawa dalam menjuruskan hujah-hujah untuk mematahkan isu-isu daripada Pembangkang yang berkaitan soal Politik dan Agama. Pengalaman Datuk Jamil Khir mungkin dilihat oleh kepimpinan parti UMNO sebagai satu asset penting bagi menyaingi pemimpin PAS yang menerajui Kerajaan Negeri Kedah kini. Apa pun terlalu awal untuk dibuat andaian kerana UMNO adalah parti yang banyak pengalaman dan mana-mana pemimpin yang berjawatan dalam UMNO juga mesti berpengalaman.

Tahniah diucapkan kepada Dato Seri Mohd.Shafie Afdal ,Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah kerana berjaya membentuk jentera kepimpinan UMNO Negeri Kedah.
Umno Kedah mesti berkerja keras untuk menawan semula hati rakyat Kedah dan diharap kesemua pemimpin Umno Kedah dapat bersatu untuk merampas kembali teraju pemerintahan Negeri dari tangan Pembangkang.

Tahniah untuk Dato Ir.Nawawi,Datuk Mukhriz dan Datuk Jamil khir (anak yan).

Wednesday, May 13, 2009

PERJALANAN : menghitung hari...

PERJALANAN MENGHITUNG HARI :
Kemelut politik telah menjadikan rakyat terpingga-pingga,Persidangan DUN Perak mencatatkan sejarah tersendiri untuk dinilai oleh rakyat.

Dua MB di Perak...Satu MB dari kerajaan yang mempunyai majoriti dan satu MB yang diputuskan oleh mahkamah dari kerajaan yang hilang majoriti untuk berkuasa. Siapa MB Perak?...

PAS dengan MUKTAMAR AGONG TAHUNAN dan PEMILIHAN KEPIMPINAN,Siapakah yang benar-benar mencabar TIM.PRESIDEN PAS?...YB Husam kah?...YAB DS Azizan MB Kedah kah?...mat sabu kah?...atau kekalkan YB Nasharudin kah?...
Siapakah ULAMAK dan siapakah PROFESSIONAL?...Ulamak pewaris Nabi kah atau pewaris erdogan?...Professional yang mewakili Islam kah atau mewakili sekular?...

Tepuk tampar,sepak terajang politik telah berselerakan,kebanyakan dah dapat meramalkan apa yang akan terjadi cuma kepastian yang belum diperolehi. Itulah P.O.L.I.T.I.K.

PENANTI yang masih menanti,UMNO dimana?...didalam kah atau diluar?...nak dibiarkan atau biar terbiar?...bagaimana dengan rakyat yang masih setia dengan UMNO?...

KAYVEAS OH KAYVEAS...PPP sedang mencari jawapan...nak pergi...sayaaaanggggggg.....nak tunggu takut hilangggggg...

PKR belum bernafas lega...de facto akan kemahkamah lagi...retorik sentiasa tercipta...biarpun PENANTI setia menanti tetapi....belum pASti...

RAKYAT apa nak jadi?...akan melihat hingga dinihari?...atau tunggu matahari dah tinggi?...
Apakah kita akan setia menanti atau terus mencari dan mencari sesuatu yang belum pasti?...

AKU mulakan langkah sendiri,ketepikan yang belum pasti ,MESTI untuk BERBAKTI,
aku ada disini :
http://www.shamelin2u.com/maelkoprat.htm
Marilah join...

Monday, May 11, 2009

POLITIK,KUASA,PECAH DAN PERINTAH

Iklim politik dinegara kita kini telah diselubungi pelbagai selaput yang menenggelamkan penelitian pandangan dan pemerhatian. Lanskap politik bagi parti-parti yang berada dalam negara secara samar-samar telah mula menunjukan riak-riak dipermukaan biar pun ada parti yang berpusar geloranya dari dasar.

BN pada satu ketika hampir rebah dek kerana isu pemecatan DSAI ,telah bangun gagah semula pada 2004 dan tersungkur pada 2008 dengan lima negeri yang dikuasainya kecundang,pelbagai kenyataan dapat diperhatikan untuk dihitung dan dinilai. Banyak perkara dapat diandaikan namun hanya yang benar-benar faham akan situasi itu sahaja yang dapat menterjemahkannya.

Ketika kemelut politik melanda BN pada 2000,berkaitan isu salah laku DSAI,rakyat seakan-akan sudah menghukum BN walaupun belum lagi mengundi,Pilihanraya berlaku BN masih lagi menguasai 2/3 majoriti di parlimen. Pemimpin ketika itu mungkin bijak dan pintar menangani situasi dalam kemelut politik yang berlaku.Kebijaksanaan inilah yang kini telah mengajar banyak pihak untuk menyusun dan mengatur strategi politik untuk menang pilihanraya. Selepas peralihan kuasa kepimpinan negara 2004 pilihanraya menyaksikan BN menang besar dalam sejarah pilihanraya,kelantan yang diperintah PAS pun hampir tumbang. BN dah mula leka dan cuai,kepercayaan rakyat dah disalah tafsirkan.

Parti-parti pembangkang seperti PAS,DAP dan PKR terus-terusan menyusun dan mengatur strategi untuk memantapkan lagi kekuatan politik bagi menagih sokongan rakyat,pembebasan DSAI dari hukuman telah membuka era kegawatan politik buat BN,DSAI menjadi penasihat parti PKR ,Pengalaman bersama UMNO/BN dalam kerajaan selama 16 tahun diterjemahkan sepenuhnya kerana beliau tahu dimana kebal kuatnya BN dan dimana lemahnya BN. Konsep muafakat UMNO/MCA/MIC/GERAKAN digunapakai dengan berpakat-pakat PKR/PAS/DAP berjenama PAKATAN RAKYAT (PR). Maka PR pun mulalah mencipta slogan,isu-isu dan pelbagai retorik politik untuk mengadudombakan pemikiran rakyat.Tak cukup dengan itu,DSAI dah memang faham serta tahu apa yang dikehendaki oleh kaum kaum dalam negara ini telah mempelopori penubuhan NGO-NGO kaum-kaum tersebut untuk berjuang menuntut dan mendesak kerajaan dalam pelbagai perkara.

UMNO/BN yang terleka terus terperangkap dengan permainan politik yang dibawa oleh ngo-ngo ini dalam masa yang sama rakyat melihat banyak kepincangan yang dibuat oleh pentadbiran kerajaan,fikiran rakyat telah dipesongkan oleh gerakan dan fahaman pembangkang dan ngo-ngo ini tidak diperbetulkan oleh kerajaan dengan cermat dan ketiada penjelasan yang memuaskan dan reaksi-reaksi kepimpinan kerajaan yang amat membosankan serta rakyat melihat dengan jelas dimana terletaknya kelemahan maka PRU12,tanpa angin ribut,tanpa letupan gunung berapi,tanpa dentuman kilat dan guruh,tsunami melanda politik negara,rakyat tolak BN di KEDAH,P.PINANG,PERAK,SELANGOR dan KELANTAN.BN juga gagal mendapat majoriti 2/3 di parlimen.

Apakah PAS kuat di Kedah?...tidak,tapi PAS boleh perintah kedah...
Apakah DAP kuat di P.Pinang?...tidak,tapi DAP boleh perintah P.pINANG...
Apakah PR kuat di perak dan selangor?...tidak,tapi PR boleh perintah perak dan selangor...
Apakah PAS kuat di kelantan ?...ya,pun tidak,tapi dah lama PAS perintah kelantan...

Mengapa banyak kawasan parlimen BN yang dulu majoriti melebihi 15,000 pun boleh tewas?...
Kenapa rakyat tolak BN yang telah berkhidmat begitu lama dan baik kepada rakyat pada PRU12 yang lalu?...

JAWAPANNYA:.
PR bukannya satu PAKATAN yang kuat,cuma mereka bijak mengambil kesempatan diatas kecuaian serta kelekaan pemimpin BN yang kurengg mendekati rakyat.

Dikawasan-kawasan yang majoriti melayu,pengundi atas pagar telah didekati dengan dakyah dan slogan serta isu-isu setempat dan memancing mereka untuk tidak lagi mengundi BN.

Rakyat telah dihujahkan dengan lebel wakil rakyat BN bukan berkerja untuk rakyat tapi berkerja untuk diri sendiri,keluarga dan kroni-kroni oleh PR dan BN serta pemimpin tidak memperbetul dan menangkis lebel tohmahan tersebut.

Kepimpinan BN disemua komponen dikesemua peringkat tidak melihat faktor pengundi muda,Jelas pengundi muda menolak BN sebab jiwa mereka ini terdedah oleh sumber maklumat yang terkehadapan dalam mencari fakta ,kelekaan BN untuk mendekati dan merapati mereka secara sahabat tidak kesampaian,biar pun secara maya tidak dilakukan.

Keseluruhan rakyat dan pengundi pada alaf ini bukan lagi boleh di blok blok kan seperti dulu,rakyat sudah celik dalam pengetahuan sains dan teknologi,BN yang menerajui segala teknoloji tersebut tetapi lambat untuk memahami pencapaian dan kehendak rakyat.

Rakyat menolak BN bukan kerana ianya UMNO/MCA/MIC/GERAKAN dan lain-lain,tetapi rakyat menolak cara dan khidmat serta kepimpinan yang mewakili parti tersebut dan rakyat memberikan undi kepada PR bukan kerana ianya diwakili oleh orang yang hebat dan terkenal serta banyak berbudi,PAS menang bukan kerana dah banyak berbakti tetapi rakyat dah lihat yang UMNO tak boleh nak harap lagi,PKR menang bukan kerana wakilnya berpengaruh,tetapi sekadar nak balas dendam dengan UMNO saja,begitulah yang lain-lain pun.

DSAI menjalankan urusan politik "pecah dan perintah" : lihat corak kenyataan politik,ceramah dan pidatonya, kalau dengan melayu dia cakap lain,dengan cina dia cakap lain,dengan India dia cakap lain...sesiapa juga yang terpengaruh dengan cakap dari pidato DSAI akan hilang kepercayaan kepada UMNO/BN.Tapi adakah BN menyerang dan memperjelaskan apa yang didakwa oleh DSAI dalam pidatonya kepada rakyat (melayu,cina dan india) itu?...

(INI HANYA CETUSAN DARI SEORANG PEMERHATI POLITIK MARHAEN,ADA SAMBUNGAN LAGI)

Saturday, May 9, 2009

Tenang-tenangkan bersama Jus manggis malaysia.

Redakan keserabutan fikiran berkaitan politik,mari kita cuba pula rasai jus manggis yang dikeluarkan oleh sebuah Koperasi Kedua terbesar iaitu,KOPERASI SHAMELIN BERHAD.
Website tak rasmi : http://www.shamelin2u.com
atau hubungi Penaja : 017-4839838
Produk anti oxsidant ini yang diperbuat daripada 100% manggis tempatan.
Peluang untuk tambah perniagaan pun ada.

Cubalah...........

Friday, May 8, 2009

UMNO : bila lagi nak melawan?...

Apabila membaca tulisan daripada rakan-rakan bloggers,terdapat banyak tulisan yang memuji dan mengeji BN,PAS,PKR tetapi amat sedikit yang menyentuh keburukan DAP,kenapa ye?...

Dalam BN,UMNO yang selalu kena hentam dengan pelbagai andaian dan olahan kata-kata,mengapa UMNO sering dipersalahkan pada setiap perkara yang berlaku?...

UMNO adalah sebuah parti tertua dalam negara ini,UMNO adalah parti melayu,perjuangan UMNO jelas dengan ALIF,BA,TA...Jasa dan pengorbanan UMNO kepada Melayu,rakyat dan negara ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa saja,perjuangan UMNO telah banyak memertabatkan kedudukan Melayu/Islam di malaysia ini. Samaada ingin mengakui secara jujur atau tidak ternyata setiap daripada kita telah memperolehi ganjaran hasil perjuangan UMNO secara langsung atau tidak langsung.Malahan parti-parti pembangkang melayu yang ada kini pun tertubuh daripada serpihan UMNO.Dasar-dasar dan pelaksanaan dan apa yang termaktub dalam perlembagaan UMNO disempurnakan oleh kepimpinan UMNO secara menyeluruh biarpun ada kalanya rakyat tidak menerima kerana tidak memahami apa makna yang tersurat dan yang tersirat untuk kepentingan melayu/Islam.

PAS adalah sebuah parti yang lahir daripada perpecahan dalam UMNO,Keujudan PAS yang berimejkan parti Islam telah memporak perandakan kemasyarakatan melayu,orang melayu secara lahiriahnya adalah Islam,mana mungkin melayu menolak Islam pada waktu itu.PAS berjaya mengajak masyarakat melayu menghayati Islam dengan cara yang ditarbiah oleh pemimpin mereka,renung kembali fatwa-fatwa yang disampaikan oleh pemimpin PAS.Ketaksuban menerima tarbiah secara ekstrim telah meletakkan melayu/Islam dalam masyarakat berpecah belah.Wajah dan dasar perjuangan PAS ketika itu lebih terjurus kearah Keislaman ala Iran. Tetapi sekarang dah berlainan pula,mungkin dah faham situasi dan kehendak politik bila dah mula dapat kepercayaan rakyat untuk memerintah negeri kelantan dan kedah,dan PAS kini telah pun dipakaikan dengan unsur sekular yang diresapi oleh pengaruh tali barut yahudi,jika tidak berjaya apakah mungkin PAS akan hancur selepas ini?...

PKR adalah satu parti yang diasaskan semata-mata untuk membalas dendam,halatuju parti ini bukan untuk melayu/Islam ataupun untuk negara.Renunglah perjalanan arah parti tersebut dari mula sehingga kini.Orang-orang melayu tidak banyak dalam parti tersebut,kalau ada pun hanya dari kalangan mereka yang telah termakan banyak ketiga pemimpinnya dalam UMNO dulu,kenang budi dan kenang jasa ikut sertalah. PKR tidak akan berupaya hidup jika hanya mengharapkan melayu dari UMNO atau PAS,Pimpinan de factonya adalah seorang yang diasuh dalam kerajaan selama 16 tahun yang telah diberikan pelbagai keistimewaan,dia tahu dimana kelemahan kaum-kaum dalam negara ini,permulaan yang dilakukan oleh pimpinan PKR ialah " pecah dan perintah" dikalangan kaum India.Kalau kita tengok kaum India lah yang banyak menyokong PKR,akan untungkah melayu dengan perjuangan PKR?...PKR inilah parti petualang menghancurkan perpaduan melayu/Islam dibumi malaysia ini.
Kenalilah PKR dan pemimpin-pemimpinnya sebelum berhasrat nak menyokong.

Sudah tiba masanya UMNO perlu bertindak,setiap isu-isu yang dilontarkan oleh mana-mana pihak wajar diperjelaskan,keadaan politik hari ini tidak boleh dibiarkan lagi,jika perlu dedah,dedahkan kepada rakyat biar rakyat tahu siapa mereka,dan apa tujuan mereka,talibarut siapa mereka,daripada mana mereka memperolehi dana yang banyak.
UMNO jangan menjadi sentiasa bertahan,sekali ini perlu menyerang pula,biar mereka pula kelamkabut bila UMNO menyerang.
Hari ini bila diam,tidak dikatakan warak,bila bising tidak dikatakan penyibuk,bila tegas dikatakan keras...semuanya nak cari salah UMNO. UMNO pun perlu juga cari salah mereka.

Thursday, May 7, 2009

Tak nampak lagi ke???...celik mata tu !!!

Melihat dan membaca blog yang merakamkan maklumat perjalanan sidang DUN Perak hari ini,sebagai warganegara yang berbangsa melayu,saya terasa malu yang teramat sangat melihat gelagat dan telatah serta gelora emosi yang ditunjukan oleh YB-YB dalam DUN perak.

Pelbagai andaian dan pendapat yang diutarakan oleh para bloggers yang mendapat maklumat terawal daripada sidang DUN Perak tersebut,rujuklah senarai pautan disebelah untuk mengikuti selanjutnya.

Sidang DUN Perak dilihat sebagai satu medan pertembungan dua kumpulan,satu kumpulan yang hilang kedudukan dan satu lagi yang dapat kedudukan.

Yang hilang tak puashati,apabila tak puashati,rasional tolak ketepi,ikut kata hati,undang-undang dah tak pakai lagi,tapi kata demokrasi.

Melayu tak nampak kah?...dulu siapa kerajaan yang memerintah perak selepas PRU12?... PAS kah DAP?...YB Nizar MB (PAS) tapi siapa exco kanan kirinya?...DAP kan)...ikut suara ramai bolehkah YB Nizar buat keputusan sendiri waima nak bela melayu dan Islam pun kena minta sokongan DAP?...Walaupun YB Nizar(PAS) sebagai MB,tetapi boleh dikatakan sebagai puppet saja kerana terpaksa mengikut suara ramai dari DAP dalam exco kerajaan.Perak adalah sebuah negeri yang berada ramai orang melayu/Islam dan diperintah oleh Raja Melayu.Apakah melayu sanggup menghancurkan melayu demi memberikan kuasa kepada kaum lain di perak ini?...

Krisis di DUN Perak...siapa yang tak puashati,PAS kah DAP?...sebagai orang melayu/Islam,saya rasa PAS tak kisah dengan perubahan kerajaan dari PR diambilalih oleh BN,tapi dek kerana berpakat dengan DAP,dan nak tunjuk setiakawan PAS pun nak tunjuk jaguhlah,tapi perjuangan PAS untuk rebut kembali kerajaan perak untuk untungkan siapa?... PAS kah DAP?...

Bersatulah wahai melayu,janganlah berdengki-dengki dan mengkhianati sesama bangsa dan seagama,kita tidak mahu "Alu sama alu berlaga,Beras tumpah anak ayam yang kenyang" Ingatlah pesanan para pendekar melayu dulu.Sama-samalah kita berjuang mempertahankan maruah Agama,Bangsa dan negara kita.

Wednesday, May 6, 2009

PERSIDANGAN DUN PERAK : siva masih kecoh

Kepada sekalian rakyat disemua lapisan marilah melihat gelagat di Persidangan DUN Perak,fikirkanlah apakah ini yang dikatakan pemimpin PR berjuang untuk rakyat?...lihat gelagat speaker siva yang masih lagi menimbulkan kekecohan,apa dah jadi dengan siva ni?...mabuk kuasa ke?...

Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.warisan2057.blogspot.com/
anda akan dapat maklumat terperinci maklumat dari rakan-arakan bloggers.

Fahamilah,ketahuilah bahawa itulah nawaitu pemimpin PR ,hanya buat kecoh dan kacau kalau tak dapat kat depa,kalau depa dapat depa hebat,kalau depa tak dapat salahkan orang...renung-renungkan,nak sokong depa lagi?...cukuplah kesilapan yang lalu,PULIH KEMBALI HARGA DIRI.

benarkah PAS diserang virusss?...

Dalam pertemuan dan bersembang dengan beberapa orang kampong dalam perbincangan mengadakan kenduri kahwin,semua anggota masyarakat tak kira apa fahaman politik dijemput bermesyuarat dan bermuafakat dikampong ini.
Saya juga dijemput dan diamanahkan untuk mempengerusikan majlis,setelah memenuhi kesemua agenda, mesyuarat pun berakhirlah.

Ternyata dikampong ini segala pakatan untuk bermuafakat mendapat sokongan semua pihak dari segenap lapisan tanpa mengira parti politik,mereka semua faham yang hidup sekampong,sebangsa dan seagama perlu ada semangat persaudaraan kekeluargaan dan mengenepikan amalan politik yang memecahbelahkan masyarakat,politik pada mereka hanya mainan dunia sahaja,tak perlu dijadikan asas untuk laluan keakhirat.

Dalam kampong ini kesemuanya amat menghormati tok ayah (nama panggilan)
beliau ada seorang yang berkebolehan dalam bidang agama dan melihat daripada gaya susuk tubuhnya mungkin memiliki ilmu keduniaan juga,mana tak nya umur dan lebih 80 tahun masih lagi tegap dan kuat,mata dan telinga masih berfungsi dengan baik.Tok ayah mengakui yang beliau adalah seorang yang setia menyokong PAS semenjak zaman Dato Asri lagi sehingga sekarang.
Semua urusan kenduri kendara,sakit,mati dan lain-lain, orang kampong tak kira UMNO atau PAS merujuk kepada tok ayah terlebih dulu untuk mendapat buah fikiran dan tunjuk ajarnya.

Saya ni boleh dikira cicitlah,masa inilah saya ada peluang untuk mengorek rahsia dari tok ayah,rokok daun dan sireh gobek tak pernah lekang dengan tok ayah,sambil bercerita sambil bergobek dan secawan kopi o kaw tanpa gula,itulah amalan tok ayah dari dulu sampai la ni.

Kami sembang pasal UMNO dan PAS,berkisar tentang corak politik masa dulu-dulu yang tok ayah suka kata zaman kapai layag,zaman Tunku Abd.Rahman.
Tok ayah bercerita : UMNO zaman dulu baguih,semua pemimpin mai jumpa rakyat,selesai masaalah rakyat,mai ikut sungai naik tongkah(sampan)ni umah ni Tunku besa mai dengan datuk Senu,rakyat dulu susah nak keluag pi pekan,mana ada jalan macam la ni,kalau nak keluag kena jalan kaki atau naik tongkah ikut sungai tu(menunjuk jari sungai depan umah yang dah sempit).
La ni rakyat kena pi jumpa pemimpin,pemimpin kalau nak mai kena jemput,tak jemput tak mai dah kut.
Itu cerita pasal UMNO.

PAS macamana pula tok ayah : PAS ni dulu asainya dari DEWAN ULAMA UMNO,tak tau pasai apa boleh jadi PAS,yang tok ayah tau lambang PAS masa tu bulan sabit,tu lah lambang yang tok ayah ingat sampai la.Dulu pemimpin PAS kuat beragama,ilmu agama mesti ada sekurang-kurang 4 senawi,kalau tak dak ilmu agama tak boleh jadi pemimpin PAS,PAS dulu betoi-betoi perjuangkan Islam,orang banyak sokong PAS,dikedah ni Bakar Umag jadi ketua jadi wakil rakyat,disini pak mat shukri.kami sokong PAS sebab PAS perjuangkan Islam.
La ni tok ayah tengok PAS pelik sikit,dah ikut cara UMNO pun ada,tak dengag dah nak buat negara Islam,pemimpin pun tok ayah tengok dah tak macam pemimpin Islam dah,la ni bila menang dan boleh perintah kelantan dan kedah nampak macam umno perintah juga,tak macam yang depa bagitau dulu,tak tau lah tok ayah nak kata....

La ni PAS dah berkawan dengan DAP tok ayah : sambil mengobek sireh tok ayah menarik nafas dan berkata...tu yang dok tengok pelek tu,dulu UMNO berkawan dengan cina,PAS kata UMNO kapiag,la PAS pula berkawan dengan cina juga,nak kata apa?...tak tau lah,tu la kut nak sangat berkuasa kena berkawan dengan cina hindu kut...tapi jangan tinggai perjuangan nak buat negara Islam.

Apa yang tok ayah nampak dengan UMNO dan PAS la ni : UMNO kalah sebab depa ingat dah kuat,depa lupa yang rakyat bagi depa naik,bila depa naik depa tak buat keja untuk rakyat,jadi wakil rakyat ni lebih kurang jadi beruk naik nyok saja,rakyat pegang tali suruh beruk ambik buah nyok,kalau tak mau ambik,penyegan banyak helahnya,tuan dia tarik tali jatuh kebawah lah...(tergelak tok ayah sambil hirup kopi o nya) kalau UMNO dok lagu tu juga jangan harap la nak dapat sokongan rakyat....PAS la ni tengah syok,orang kata kemaruk,dah dapat kedah kelantan,dah mula lah nak yang lain pula,ingat kosa perintah kedah tu boleh lama ka...kalau tak boleh bagi nyok..orang minta yang tua bagi hat muda,balog liat,rakyat tarik jatuh sampai keperedu...la ni tok ayah tengok berkawan dengan orang yang UMNO tak kebulug pula,umno lempang PAS kutip,depa tu pembawa penyakit,penyakit la ni lah..apa orang kata penyakit aid,PAS kalau kena penyakit tak lama......dengag kata depa tak berapa mau dengan ulamak dalam PAS pula..tanda-tanda kena dah penyakit tu...tak tau lah.

Daripada cerita dan luahan hati tok ayah dapat saya simpulkan bahawa,UMNO dan PAS ini tak akan kemana jika cara dan corak politik yang diamalkan sekarang boleh menjuruskan kepada kehancuran parti itu sendiri.
Cara PAS berkerjasama dengan DAP dan mendapat khidmat dari DSAI berkemungkinan satu hari rakyat sedar bahawa mereka tertipu dengan dakyah dan retorik politik yang membawa kehancuran serta sokongan rakyat kepada PAS akan berkurangan.

Pun begitu UMNO perlu melihat dan bermuhasabbah diri serta mencari pendekatan yang lebih menjuruskan kepada berkhidmat kepada rakyat secara terus,tak perlu membuka klinik rawatan jika tiada pesakit yang datang untuk menerima rawatan,seelok-eloknya doktor mesti datang cari pesakit dan menawarkan rawatan,dengan itu jasa doktor dan kliniknya akan kekal dihati pesakit serta ubatan yang dibekalkan mujarap.

Sebagai rakyat marhaen yang masih mengharapkan bantuan pimpinan wajar sangatlah kita melihat senario politik hari ini untuk kita jadikan panduan untuk terus berfikir secara matang dengan lebih rasional,supaya negara kita tidak dijajah lagi oleh kuasa asing yang kini dah menular dalam parti-parti kita.

Tuesday, May 5, 2009

Setuju ungkapan PAS bukan UMNO............

Dalam kesibukan bersembang pasal politik kedai kopi,terdengar ungkapan dari pidato kedai kopi mengatakan PAS bukan UMNO...

Setuju juga dengan kata-kata tu,betui pun...PAS bukan UMNO,tapi kita adalah sama saja cuma fahaman parti saja berbeza.

Dia berhujah berapi-rapi katanya dalam UMNO macam-macammmmm adaaaa...
(Tak payahlah sebut apa yang dia kata,tau dah kut)

Saya kata PAS dan UMNO ni lebih kurang saja,nak yang baik ada nak yang buruk pun ada,dalam UMNO ada melayu dalam PAS pun ada melayu,orang UMNO ada yang kawin dua,orang PAS pun ada yang kawin dua,tiga,empat pun ada.

Dalam UMNO ada amalan politik wang,dalam PAS pun ada,bezanya dalam UMNO digemburkan dalam PAS disembunyikan,dalam UMNO dikatakan bikin tak serupa cakap dalam PAS pun cakap tak serupa bikin,orang UMNO sayangkan parti UMNO,orang PAS pun sayangkan parti PAS.

Pemimpin PAS bijak mentafsir AlQuran,ada ustaz dan tok guru serta ulamak,dalam UMNO pun ada banyak ulamak,tok guru dan ustaz,UMNO/PAS sama-sama ISLAM.Parti memang tak serupa tetapi orang-orangnya SERUPA...

"Selagi manusia bernama manusia tidak terlepas dari dosa dan noda"...Mana mungkin PAS nak kata UMNO bagus dan UMNO pula nak kata PAS bagus.
Masing-masing nak berlawan nak tunjuk kepada rakyat sapa bagus,sapa hebat,dan sapa kuat,bila dah lawan dah tentu ada yang kalah dan luka parah.

Biasalah bila menang,bersorak riang dan bergumbiralah,yang kalah pula bermuram durjalah...dah tentu jika UMNO kalah perang,pedangnya patah demi menyelamatkan rakyat,bagaimana pula jika PAS kalah perang,pedangnya patah,terselamatkah rakyat?...

Akhirnya dia mengangguk kepala dan berkata kita sama tapi fahaman politik parti kita saja yang tak sama.
UMNO dah 52 tahun berbakti untuk rakyat dah banyak jasa melahirkan cerdikpandai melayu dalam pelbagai bidang,ada yang berterimakasih dan ada pula yang tak tau berterimakasih dan ada pula yang bertindak tanpa berfikiran waras dan macam-macammmmlah.
PAS baru setahun jagung berbakti kepada rakyat,belum ada apa-apa yang boleh rakyat banggakan lagi,berapa banyak cerdik pandai yang dilahirkan oleh PAS hasil dari perjuangan membela rakyat?...

Banayak lah kalau nak perkatakan tapi demi menjaga adap persaudaraan seagama dan sebangsa,biarlah mana yang buruk itu dijadikan sempadan.

Sunday, May 3, 2009

MENCARI ERTI : PEMILIHAN JAWATAN DALAM PARTI PAS

Masa berlalu begitu pantas,pejam celik,celik pejam sudah sepenggal Jawatan yang dipegang sampai kena serahkan semula kepada perwakilan dari akar umbi.

Bulan march yang lepas ramai dok sibuk tengok gelagat dan suasana Perhimpunan Agong UMNO,macam-macam adaaaaaaa........kempen la,jamuan la,bakal-bakal pemegang Jawatan turun jumpa perwakilan la,ada juga yang bagi duit dan pelbagai-bagai lagi lah.Selesailah sudah Perhimpunan UMNO,yang menang pun dah tau dah,yang kalah dah kalah dah.

Habih bab UMNO mai pula bab PAS,MUKTAMAR AGONG PAS yang akan diadakan nanti,dua-dua parti ni parti orang melayu.

Macam UMNO juga,la ni tengah mesyuarat kawasan,lobi untuk dapatkan pencalonan pun hangat juga,masing-masing nak tonjol diri untuk terpilih memegang Jawatan dalam PAS PUSAT,almaklumlah kan PAS la ni tengah kaya dan ada kuasa.

UMNO dan PAS dua-dua parti melayu yang berbeza kefahaman politik,tapi yang nak katakan disini ialah amalan demokrasi dalam parti sama saja,calon yang nak bertanding mesti kena dapatkan pencalonan dari kawasan kawasan yang bermesyuarat dulu sebelum layak bertanding.Pelbagai team akan muncul masa ni,dalam UMNO ada team dalam PAS pun ada team,bezanya cara nak promosi kempen team,UMNO cara kempen mewar-warkan dalam media arus perdana bagi semua rakyat tau,PAS pula berkempen dikalangan pengikut mereka saja tak mau bahan kempen diketahui rakyat,kalau nak terbit berita pun cuma sedikit saja dalam HARAKAH,tu pun kalau sebulu dengan grup yang memimpin Harakah.

La ni dok dengar gah tentang team ulama dan team erdogen,macam biasalah team ulama dah ada lama dah dalam PAS sejak penubuhan 1951 lagi,cuma team erdogen ni,dengar kata dipanggil mee celup,betoi kaa?...tak tau la pula.

Siapa team ulama dalam PAS ?...Siapa pula team erdogen dalam PAS ?...
ADA MATA TENGOK,ADA TELINGA DENGAR,ADA MULUT CAKAP-CAKAPLAH.....

Ulama cukup sinonim dengan PAS,(PARTI ISLAM seMALAYSIA)Ramai orang-orang melayu dikampong-kampong cukup taksub menyokong PAS atas semangat keislaman yang ditunjangi PAS,Tok tok guru dan ustaz-ustaz dalam PAS cukup hebat dan berjaya membawa mesej parti kearah Islam.Pengaruh PAS berkembang dengan pantas diera kepimpinan Allahyarham ust.Hj.Fadzil Noor.

PAS mengecam UMNO sebagai Parti sekular,pelbagai nas dan dalil dikeluarkan mengatakan UMNO parti Sekular kerana menggunapakai perlembagaan penjajah.
Kopiah putih,janggut dan serban menjadi identiti PAS ketika itu,ceramah ceramah yang berapi-api dengan alunan ayat AlQuran dan tafsiran telah berjaya meramaikan kehadiran dalam ceramah PAS,Quran dan Hadis sebagai perlembagaan perjuangan PAS,tetapi bila pilihanraya PAS sering kecundang,kenapa?...

Depa kata dan orang lain kata,banyak kaum lain takut nak sokong PAS,sebab PAS akan mengunakan undang-undang Islam bila menang pilihanraya dan memerintah serta akan menjalankan hukum hudud.Kaum Cina dan India tak bagi undi pada PAS,PAS banyak dapat undi melayu yang menyokongnya saja,PAS kalah pilihanraya.

Selepas menang dan memerintah kelantan,PAS dah mula buka pintu kepada profesional dan kaum-kaum lain,dah lama tak dengar tentang negara Islam PAS,Dah lama tak dengar undang-undang Islam PAS,Kini dah semakin ramai profesional yang dilahirkan hasil perjuangan UMNO yang dikatakan sekular dah menyertai PAS.Pilihanraya demi pilihanraya PAS dah mula mendapat tempat dihati rakyat,akibat kecuaian dan kelekaan UMNO,tsunami melanda politik negara PAS menjadi pemerintah dinegeri Kedah yang dah lama PAS idamkan.

Bolehkah PAS menang pilihanraya jika PAS terus dengan hudud dan negara Islam yang dicanangkan?...mahukah kaum cina dan India menyokong PAS?...
Bila keinginan nak berkuasa,politik matlamat menghalalkan cara pun diperbarui dengan berkawan dan berpakatlah dengan yang bukan Islam kerana nak undi.
Tambahan pula mendapat nasihat daripada sang rajunatapa yang tak dan nak jadi PM maka bertambah-tambahlah pengaruh PAS hasil usaha pecah dan perintah yang dibawa oleh de facto ini.

Siapa kumpulan erdogen dalam PAS?...Berfahaman ulamak Islam kah atau berfahaman sekular?...Siapakah mereka,dan berkulit apa?...tak kan tak tau kut?...Kajilah selidikilah kumpulan erdogen ini hanya akan merosakan parti Islam yang terbina dengan semangat Islam dan mendaulatkan Agama berpedomankan Quran dan Hadis.Jawablah dipadang mahsyar nanti bila dipersoalkan...

Kerana politik dan inginkan kekuasaan,apakah agama sanggup digadaikan?...
Apa akan berlaku kepada Agama Islam jika team erdogen ini menang dalam pemilihan Jawatan dalam PAS?...dulu marah UMNO,kata UMNO kafir kerana bersahabat dengan MCA,MIC dll.UMNO sekular lah dan entah apa apa lagi,la bila PAS bersahabat dengan DAP yang ternyata menolak Islam malahan mempersendakan pula ayat-ayat suci alquran boleh pulakkk...tak kafir dah...

Kepada penyokong-penyokong PAS,fahamilah politik yang sebenarnya,jangan taksub dengan tidak menggunakan akal fikiran,carilah pengertian politik dari sudut yang terbaik,bezakan antara ULAMAK dan SEKULAR,tolak lah pemimpin sekular dalam PAS atau samakan saja perjuangan PAS dengan UMNO,TAK PERLU NAK BERETORIK LAGI.


Saturday, May 2, 2009

PERJUMPAAN BLOGGERS UTARA ; Kesinambungan yang berterusan.



Pertemuan untuk jalinan yang lebih akrab,memahat harapan,menongkah arus cabaran serta membina kekuatan langkah kesatu arah satu matlamat .
Walaupun dalam keadaan santai bersama teh tarik & cappucinno,rakan-rakan blogger yang datang memberikan seribu erti perbincangan yang membuahkan pengetahuan,terimakasih untuk semua blogger yang hadir terutama bro dukeofumno yang berusaha menganjurkan pertemuan tersebut.



HARAPAN DAN CABARAN : sebagai blogger marhaen dari sanubari rakyat yang daif,situasi dan perkembangan politik semasa dikalangan umat melayu yang kian meruncing ini telah menginsafkan ramai blogger untuk membawa mesej perjuangan dan kalam berpedoman untuk rakyat dan pemimpin melayu dengan lebih jelas serta pantas.




Apa pun difinasi dan terjemahan yang terurai untuk apa jua isu-isu yang berkaitan wajarlah diperjelaskan dengan rasa yang lebih berhemah dan bertanggungjawab,walaupun dalam keadaan pro dan kontra,berkata benarlah sekalipun pahit.

Hanya jauhari yang mengenal manikam,kita amat mudah memahami apa yang tersurat tetapi mungkin tidak berupaya merungkaikan apa yang tersirat.


Untuk semua blogger yang datang berjumpa berkenal mesra,janganlah berakhir disitu saja,langkah pertama ini perlu disusuli biarpun melalui liku-liku yang panjang dan pastikan destinasi nya akan tiba jua.

Datang berjemput,pulang bersalam,panjang berbincang hampir semalaman,satu jiwa satu kata mengorak langkah jalinan ukhwah.


Kepada det guag teruskan berjuang memastikan Jerai kukuh teguh sehebat gunung Jerai,duke dan lain-lain blogger,tahniah atas semangat perjuangan dan inisiatif menyatukan blogger utara.



Jangan biarkan negara tercinta ini hancur musnah oleh dendaman politik yang merugikan...PULIH KEMBALI HARGA DIRI...MELAYU/ISLAM.












Ketahuilah,biar siapa pun kita,apa jua pakaian kita,warna apa pilihan kita,
bersongkok apa kita,kita adalah MELAYU dan beragama ISLAM serta MALAYSIA ini Negara tumpah darah kita.




















Thursday, April 30, 2009

1 MAY

Selamat menyambut HARI PEKERJA untuk semua.

Wednesday, April 29, 2009

BEZAKAN ANTARA DUA PARTI MELAYU INI.

UMNO sebuah parti melayu yang berteraskan kepada Agama,Bangsa dan Negara,dan disebut sebagai parti kebangsaan melayu.

PAS sebuah parti melayu berslogankan Islam dengan berpaksikan Al-Quran dan Hadis,di sebut sebagai parti Islam.

UMNO bergabung dengan MCA,MIC,GERAKAN dan lain-lain parti dari Sabah dan serawak dan menamakan dulu dengan PERIKATAN dan sekarang BARISAN NASIONAL dengan satu lambang dan satu wadah perjuangan untuk semua rakyat majmuk.

PAS berpakat dengan DAP,PKR dan NGO dengan mengunakan nama PAKATAN RAKYAT tetapi berlainan kefahaman dan berlainan lambang tetapi mempunyai satu misi iaitu menjatuhkan BARISAN NASIONAL.

UMNO pernah dikafirkan oleh PAS kerana bergabung dengan MCA,MIC dan GERAKAN.
UMNO pernah dipulaukan diperingkat akar umbi dalam masyarakat oleh PAS disebabkan perkara tersebut,dan banyak lagi perkara yang diperkatakan oleh PAS kepada UMNO disebabkan kerana berbaik dengan MCA,MIC dan GERAKAN.

"Kata dulang paku serpih,kata orang kita yang lebih" Allah Maha Besar,hari ini dapat kita lihat dengan mata kasar,apakah kebenaran kata-kata PAS kepada UMNO dulu KAFIR kerana berbaik dengan parti MCA,MIC dan GERAKAN,bagaimana pula hukumnya PAS kini yang berkawan baik dengan DAP yang terang-terang menolak ISLAM ?...adakah kerana politik,maka sanggup kita bunuh dan hisap darah saudara seagama dan sebangsa dek kerana tidak sehaluan?...

PAS mengatakan yang ianya Parti Islam,DAP adalah sebuah parti chauvenis cina yang jelas menolak Islam,apakah DAP dapat menerima Islam dan berbaik dengan PAS?...DAP hanya mempergunakan PAS untuk kepentingan politik mereka sahaja,DAP tidak akan menerima Islam.(apa kata KARPAL SINGH bila PAS cadang nak tubuh negara Islam)(rujuk arkib berita).
DAP hanya nak dapatkan undi penyokong PAS saja dan PAS pula nak dapatkan undi dari pengikut cina DAP.Itulah pakatan mereka,bukanya pakatan untuk rakyat.

MCA adalah parti Cina,MIC adalah parti India,GERAKAN adalah parti campuran,DAP adalah parti Cina,diantara parti-parti ini yang manakah boleh menerima Islam sebagai Agama Rasmi di Negara ini?...

UMNO menjadi tunjang kepada perikatan dalam BARISAN NASIONAL,menjadi pemerintah bagi semua kaum di Negara ini,jelas terbukti kerajaan BARISAN NASIONAL yang dipimpin UMNO telah berjaya mentadbir negara dengan semua kaum didalamnya dapat hidup dengan aman dan makmur.Inilah yang dicemburui oleh parti parti yang berhaluan kiri dalam negara ini.

PAS adalah satu parti yang lahir daripada perpecahan dalam UMNO dulu,lahirnya PAS disebabkan oleh kekalahan pemimpin dari Dewan Ulama UMNO pada ketika itu dalam pertandingan Jawatan dalam UMNO,Merajuk,kecewa dan menubuhkan PAS sebagai alternatif untuk menyaingi UMNO.Sejarah politik negara ada bukti untuk semua itu.

Wajarkah PAS terus-terusan berusaha memusnahkan UMNO demi politik yang menghancurkan Agama,Bangsa dan Negara?...Mengapa PAS tidak mahu dan berpakat bersatu dengan UMNO untuk kesejahteraan Agama Islam dan Bangsa Melayu dibumi bertuah ini?...
Apakah kerana keegoan,ketaksuban,hasad dengki dan kecemburuan politik kepada UMNO,maka sanggup PAS berkawan dan berbaik-baik dengan musuh melayu dan musuh Islam?...

Apa pun tujuan,apa pun alasan yang ada,biar bergulung hujah yang dikupas dan dilontarkan,ingatlah yang kita (UMNO/PAS) adalah melayu dan beragama Islam.
Bukankah semua antara kita tahu yang sesungguhnya umat Islam itu adalah bersaudara?...Bersatulah untuk membina kekuatan demi Agama,Bangsa dan Negara.Siapakah yang akan mendapat keuntungan jika melayu/Islam dinegara ini bersengketa dan berpecah belah?...

Sebagai melayu yang berpegang dengan akidah Islam,marilah kita sama-sama berusaha diperingkat akar umbi berpakat dalam masyarakat,ketepikanlah fahaman politik yang sempit,buangkan segala syak wasangka,hayunkan langkah semangat keIslaman dan kemelayuan kita untuk membuka laluan kepada pemimpin-pemimpin kita UMNO dan PAS menyedari hakikat yang sengketa politik bagi Melayu dan Islam akan merugikan Agama dan Bangsa serta Negara dan berdoa kehadrat Allah s.w.t agar melindungi semua umat Islam dan Bangsa Melayu serta bumi bertuah ini dari dipertualangkan oleh anasir anasir jahat yang sentiasa berusaha memecahbelahkan perpaduan melayu dan Islam dikalangan dua parti terbesar melayu ini.



Sunday, April 26, 2009

APA YANG DICARI,APA YANG DITEMUI DAN APA YANG DIDAPATI.

"Mencari kebaikan dari kebaikan adalah sesuatu yang sukar untuk diyakini,tetapi mencari kebaikan dari keburukan sekiranya kebaikan itu diperolehi,itulah kebaikan yang abadi"

Semua umat inginkan kebaikan,tidak ada seorang pun yang inginkan perkara yang buruk untuk diri dan keluarga masing-masing,tetapi pernahkah terfikir demi mencari kebaikan kadangkala terpaksa untuk melakukan sesuatu yang tidak baik untuk orang lain.

"Kita tidak merancang untuk gagal,tetapi yang gagal ialah kita gagal untuk merancang"

Siapakah diantara kita yang merancang untuk melakukan sesuatu untuk gagal?..dan siapa pula yang melakukan sesuatu tidak dengan perancangan?..
Mengapa kegagalan sering berada bersama kita?..Ada orang yang berjaya dengan perancangan yang dibuatnya,dan ada pula yang berjaya walaupun tidak dengan perancangan,persoalannya kenapa?...

Kehidupan duniawi mendedahkan kita kepada kehendak diri dan keperluan,mengikut aturan dan peredaran zaman,kalau dulu kemampuan terhad tetapi kini ada kelebihan maka akan bertambahlah kehendak dan keinginan.Untuk melunaskan tuntutan kehendak,kadang-kadang terlupa bahawa apa yang dilakukan itu telah menyimpang jauh dari apa yang kita inginkan,malahan dah jadi satu sifat tamak dan haloba pula menguasai diri.
Jika ini berlaku,banyak-banyaklah beristigfar dan kembali sedar,ingatlah yang dunia ini hanya sementara,akhirat jua tempatnya.

"Usah dikau lalaikan aduhai insan,takwa kepada Allah,Tuhan pencipta alam,ALLAHURABBI,ALLAHURABBI"


Sebagai muslim sejati,dindingilah diri kita dengan amal ibadat kepada Allah s.w.t.mohon dijauhkan dari azab seksaan api neraka dan berimanlah dengan amalan dan ibadat dengan sempurna,mohonlah keampunan dan bertaubat jika telah tersasar,dekatilah diri dengan Allah Taala,buatlah apa yang disuruh dan tinggallah apa yang dilarang,jadilah diri sebagai insan muslim yang ikhlas beribadat didunia dan akhirat dan ingatlah hanya amal ibadat sebagai pembela diri.

Dalam mencari kehidupan didunia yang semakin mendesak,janganlah kita terlupa akan kehidupan diakhirat,kata orang tua-tua "umur semakin tua,dunia semakin muda"oleh itu sebelum dijemput kembali kealam lain,insafilah dan bertaubat serta BERUBAH.




Friday, April 24, 2009

AGAMA dan BANGSA : UMNO + PAS

NegaraKu Malaysia,
Semua rakyat berbangga menjadi warganya.
Melayu ?...siapa kita?...dimana kita?...
Wajarkah kita bersengketa dek kerana kuasa?...

UMNO dan PAS adalah dua parti melayu yang terbesar,tidak adakah usaha kearah menyatukan Bangsa?...Demi Agama dan Bangsa bolehkah kita berpolitik untuk kepentingannya?...Kepada siapakah yang kita hendak serahkan negara kita ini?..

Diakar umbi telah pun tersemai jalinan keakraban dikalangan orang melayu dari dua parti politik yang terbesar ini,telah pun dirasai kemesraan UMNO dan PAS dengan mengembalikan semangat tolong menolong,bergotong royong,ziarah menziarahi serta kembali kepada asas kekuatan ISLAM iaitu "sesungguhnya umat Islam itu bersaudara".Bagaimana pula cetusan hati nurani dan pendekatan Pemimpin-pemimpin dari dua parti melayu yang terbesar ini?...Demi penyatuan dan pengukuhan Agama,Bangsa dan Negara,mulakanlah ,kalau tidak sekarang,bila lagi?...

Melayu pada umumnya cukup mengerti yang kefahaman politik yang cetek serta di adudombakan boleh memecahbelahkan penyatuan dan kemasyarakatan melayu itu sendiri,ujudnya sikitol atau dalam bahasa kampongan "iblis coreang"ini boleh membuatkan ayah tidak mengaku anak,adik tidak sehaluan dengan abang,jiran seagama dan sebangsa tidak bertegur sapa,tidak ada lagi pemuafakatan dalam masyarakat,masing-masing dengan haluan dan fahaman politik sendiri,yang besar semakin mengecil dan yang tebal semakin menipis,yang lebar semakin tirus,Iblis coreang ini akan ketawa terbahak-bahak kerana telah berjaya memecah-belahkan perpaduan melayu serta memudahkan pihak lain masuk untuk perintah.

Kita adalah seagama dan sebangsa,biar pun berlainan parti,kembalilah kepada asas Agama Islam yang syumul ini dan berpegang teguhlah dengan silaturrahim yang termaktub dalam Quran dan Hadis,janganlah lagi kita berpecah belah.

UMNO dan PAS perlu meneruskan usaha kearah penyatuan ini,jangan tertangguh lagi,Kita sudah tiada masa,kembalilah dengan jalan Allah s.w.t.Hindarkanlah segala dendam,syak waham yang tidak diredhai Allah,berpadu dengan panduan dan ajaran Agama Islam demi melayu di bumi berdaulat ini.

Ingatlah hanya dengan berpadu saja kita bangsa melayu masih boleh mengembalikan hak yang hilang (ekonomi,pendidikan).Kita hanya ada kuasa politik sahaja,jangan lagi kita berpecah belah,bersatulah untuk mengembalikan apa yang tercicir sebelum ini.

Dengan izin ALLAH S.W.T. mudah-mudahan akan termakbullah hasrat setiap anak melayu untuk melihat bumi negara ini dipenuhi oleh melayu yang menguasai segala gala yang ada hasil penyatuan dan perpaduan ummah dari UMNO dan PAS.
Melayu akan kembali gagah diseantero dan Islam semakin kukuh dan teguh syiarnya.Sama-samalah kita mulakannya.

Tuesday, April 21, 2009

AYAHKU KEMBALI KE RAHMATULLAH

Hari ini ayah ku yang amat disayangi oleh kami anak cucu sekeluarga telah dijemput kembali ke Rahmatullah pada jam tepat 12.00 t.malam setelah hampir empat bulan menanggung derita diserang angin akhmar.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi ditanah perkuburan Masjid Sg.Lintang Ulu sedaka Yan.Ramai sanak saudara dan sahabai handai yang turut mengiringi Jenazah sehingga selesai upacara pengkebumian dan talqin yang dibacakan,kepada semua yang hadir menziarahi jenazah allahyarham,saya bagi pihak semua ahli keluarga saya mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada YAB Dato Sri Azizan Abd.Razak,MB Kedah melalui wakil dan Pegawai Khas beliau Tuan Hj. Che Mee JP yang datang mengunjungi jenazah allahyarham.
Tak lupa juga kepada YB Ustaz Firdaus ahli parlimen Jerai yang sudi menziarah jenazah allahyarham bersama-sama isteri beliau,kepada Yang Berbahagia Dato Abd.Razak Hashim bekas ADUN Guar cempedak,saudara Ikmal yang diwakili oleh Pegawainya,Datuk Suhaimi yang diwakili oleh sdr.mokhtar,sdr.Aziz Din dan adiknya Azham,rakan blogger det guaq,guru-guru dan pegawai kerajaan,rakan-rakan dan anak murid allahyarham,pimpinan politik dari UMNO dan PAS serta semua ahli masyarakat yang sudi hadir menziarahi jenazah allahyarham.Semoga doa dan al-fatehah yang disedekahkan ,Roh nya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t,amin.





Sunday, April 19, 2009

Oh JERAI ku

Jerai yang dulunya Yan.
Ketika ini bagaikan hembusan bayu terkenangkan cerita lama politik JERAI,
teringat masa UMNO hebat zaman Dato Ismail Arshad sebagai Ahli Parlimen,zaman arwah pak su Ghazali dan zaman Dato Badaruldin (Dato Bad).
Mereka inilah penggerak pembangunan di parlimen Jerai yang generasi kini merasai nikmat kemudahan yang pelbagai.

SG.LIMAU dulunya SALA.
Teringat gelagat arwah pakteh Mat sebagai wakil rakyat yang amat mesra dengan rakyat,cara dan pendekatan beliau mendekati rakyat cukup membuatkan rakyat tak akan melupainya.Pernah ada ketika ketika tertentu arwah pakteh mat sanggup "belemoeh"semata-mata meninjau dan bermesra dengan rakyat dalam kawasan ini.
UMNO pada ketika itu kuat disokong oleh rakyat dek kerana menyenangi cara dan pendekatan pakteh mat.

GUAR CEMPEDAK dulunya YAN.
Dato Lah Fendi nama yang cukup sinonim dengan YAN,Pemimpin yang banyak berjasa dalam membina dan membangunkan YAN dulu,dari kepimpinannya banyak melahirkan generasi pelapis yang hebat hebat dalam negeri dan negara datang dari daerah YAN .Seorang wakil rakyat yang berkhidmat dengan penuh keikhlasan untuk membela rakyat yang diwakilinya,mesra dan mudah didekati rakyat serta sentiasa membantu rakyat dimana-mana saja.
Selepas Dato Lah bersara,muncul pula Dato Razak yang juga anak didikan Dato Lah dalam politik UMNO Jerai sebagai wakil rakyat,beliau juga mengamalkan pendekatan yang mesra rakyat,khidmatnya membuatkan rakyat terasa sentiasa dibela dan rakyat sentiasa bersimpati atas khidmat dan sumbangan beliau.

Kini GUAR CEMPEDAK diwakili pula oleh YB DATUK DR.KU ABD.RAHMAN KU ISMAIL seorang lagi anak jati YAN yang dilahirkan oleh kepimpinan UMNO terdahulu.Seorang anak melayu yang berpendidikan tinggi sehingga phd.kini pulang untuk menabur bakti di YAN.Pengalaman beliau amat diperlukan bagi membela nasib anak-anak melayu,juga merupakan seorang wakil rakyat yang "hemoi" dalam menjalankan khidmat sebagai wakil rakyat.
Sesungguhnya DUN GUAR CEMPEDAK boleh berbangga kerana mendapat wakil rakyat sepert DATUK DR.KU ABD.RAHMAN.

GURUN dulu dalam kawasan MERBOK.
Tidak banyak untuk dikongsikan kerana DUN ini diwakili oleh MCA sejak dari dulu lagi biarpun majoriti pengundinya melayu,wakil rakyat sekarang ini ialah YB.DR.LEONG YONG KONG dari MCA.

UMNO JERAI dulunya YAN.
Ketua Bahagian Silih berganti dari DATO PADUKA ABDULLAH AFFENDI kepada DATO PADUKA BADARULDIN dan kini kepada DATUK MOHD.SUHAIMI ABDULLAH pula.Dari dua DUN kepada tiga DUN.

Terkenang kenang kembali cerita-cerita lama suka duka perjalanan politik UMNO JERAI,Secara jujur dapat disimpulkan bahawa,rakyat JERAI bukan tidak menghargai UMNO dengan memenangkan DUN SG.LIMAU kepada PAS dan PARLIMEN JERAI juga kepada PAS,ketiadaan sentuhan dan gerak kerja yang boleh memikat hati rakyat disamping lagak kepimpinan UMNO disemua peringkat dilihat lebih tertumpu kepada perjuangan peribadi bukanya berjuang untuk rakyat.

Rakyat Jerai memerlukan pemimpin yang boleh memimpin dalam ertikata pemimpin yang boleh membawa kemudahan dan kesenangan kepada rakyat,bukannya pemimpin yang dipimpin serta ketiadaan karisma kepimpinan yang mampu menawan hati dan fikiran rakyat.Pelbagai peringkat pemimpin di setiap peringkat samaada dicawangan mau pun Bahagian ada segelintir saja yang benar-benar berjuang untuk memperkasakan UMNO dan Rakyat,selebihnya berjuang untuk memperkayakan diri dan keluarga mereka sahaja.Ini menyebabkan UMNO JERAI menjadi tirus dan kurus dek diserang virus H.I.D (Hanya Ingat Duit),lantaran itulah menyebabkan penyokong dan rakyat merasa bosan,meluat serta mengalih perhatian menyokong pembangkang pada PRU 12 dulu.

Kepada Pemimpin UMNO JERAI jika inginkan UMNO kembali berkuasa dan kukuh seperti dulu,mulakanlah langkah memesrakan rakyat,jangan nak tunggu pilihanraya baru nak mula,dah terlambat,Rakyat nak tengok apa yang pemimpin UMNO buat dalam membantu rakyat,mulakanlah jangan bertangguh lagi,hentikanlah persepsi negatif dan tawan hati rakyat,singsingkan lengan berganding bahu pulihkan kembali maruah UMNO JERAI,menangkan kembali DUN SG.LIMAU dan PARLIMEN jERAI.

Sokong gerak kerja Naib Ketua UMNO Jerai (sdr.Ikmal) dalam mendekati dan membela rakyat.Jangan biarkan beliau bersendirian,berpakat-pakatlah pulihkan sokongan rakyat kepada UMNO,kata sokong UMNO.Terima kasih Sdr.Ikmal.


Antara Mata dan Hati = Matahati

Seringkali kita dengar orang berkata,tengok dengan matahati,tetapi berapa ramaikah yang mengunakan matahati dalam penglihatan mereka?...

Mata bertentang mata,mungkin akan ada yang akan terasa ditambah pula lidah kelu tak terkata,bagaimana pula kata hati?...

Dua komponen ini serentak akan memusatkan arah keterlihatan kepada akal yang akan mengeluarkan pendapat dan pandangan.

Di negara ini ada pemerintah yang memerintah dan ada rakyat yang diperintah,
dua-duanya amat penting dalam apa jua keadaan dengan ada ketika-ketika tertentu,rakyat suka pemerintah tidak suka,pemerintah suka rakyat pula tidak suka,ada juga rakyat suka pemerintah pun suka.

Pendapat dan pandangan antara rakyat dan kerajaan wajarlah seiring,kerajaan membuat dasar dasar untuk kepentingan rakyat bagi bersama-sama membangunkan negara ini,sebagai rakyat haruslah memahami setiap olahan dan pelaksanaan dasar yang telah dibuat oleh kerajaan dan melihat dan menerimanya dengan matahati dari pelbagai sudut apa yang baik dan apa yang tidak serta kepada mereka yang berkebolehan wajarlah memberikan pandangan serta teguran tanpa prasangka.

Eleman matahati ini merupakan sesuatu yang berkesan jika setiap insan dapat menterjemahkan secara jujur dan betul akan ada satu hubungan pada rangkaian pendapat dan pandangan yang dikongsi bagi memperjelaskan apa jua kemelut yang berlaku akan pasti terjawab biar pun ada pro dan kontra namun kesimpulan yang baik tetap baik.

Dalam situasi mencari bukti dan kebenaran,pasti akan ada unsur unsur lain yang akan mempengaruhi minda,jika tidak mendapat pengamatan matahati yang jelas maka akan terdoronglah kuasa kuasa jahat dalam minda yang akan membenarkan yang condong itu betul dan yang tegak itu bengkok.

Hari ini kita sering terdedah dengan isu-isu yang kadangkala amat membosankan,sebagai rakyat amat perlu kita melihat setiap isu itu dengan pandangan matahati yang tajam mengupas setiap lapisan aspek baik dan buruk,retorik dan realiti,persoalan mengapa dan kenapa wajar menjadi sandaran kerana pokok tak mungkin bergoyang jika tak ditiup angin atau adakah tangan-tangan yang menggoyangkan pokok itu.

Dinegara kita kerajaan yang ada adalah dari rakyat,sudah semestinya dari rakyat kepada rakyat,rakyat menolak kerajaan jika kerajaan tidak memperdulikan rakyat,kerajaan yang tidak memperdulikan rakyat adalah kerajaan yang lupa asal usul kerajaan itu datang dari rakyat,jesteru itu amat penting kerajaan wajib memahami kehendak dan kemahuan rakyat namun rakyat juga perlu melihat apa yang diberikan oleh kerajaan itu telus dan mencapai sasaran rakyat.

Rakyat juga perlu memahami tanggungjawab kerajaan,kerajaan 1 malaysia yang bertanggungjawab untuk kesemua rakyat yang pelbagai etnik ini wajar di nilai secara adil dan berhemah berdasarkan kepada matahati,pastikan setiap pandangan matahati kita tidak didorong oleh elemen prejudis yang hanya membuka ruang kepada unsur unsur jahat yang tidak senang dengan pencapaian kerajaan dalam membela rakyat.

Sebagai rakyat,kita amat bertuah berada di negara ini kerana kita mempunyai kerajaan daripada rakyat yang berkhidmat untuk rakyat,Jika kehendak rakyat untuk setiap tuntutan hendak dipenuhi oleh kerajaan,adakah kehendak kerajaan yang mahukan perpaduan dan penyatuan rakyat dapat kita penuhi?...setiap daripada kita samaada individu atau pertubuhan sudah tentu mempunyai asas garis panduan dalam berfikir,melihat serta menterjemahkan,bezanya apakah kita berfikir dan bertindak hanya untuk kita atau untuk semua.

Renung-renungkanlah,janganlah kita hanya nampak apa yang kita tengok saja,pandang dan selidikilah apa yang disebaliknya.
Gunakan matahati dalam melihat dan berfikir kearah kebaikan dan kesejahteran hidup kita dibawah panji-panji kerajaan demokrasi berteraskan Raja Berpelembagaan.


Thursday, April 16, 2009

PENANTI : MENANTI

Belum habis penat pasai 2 bukit 1 batang,penanti pula menanti......

Tahun pilihanraya kecil..inilah masaalahnya bila rakyat lepas geram pilih orang dan parti yang bukan pada tempatnya.

YB Fairuz Khairuddin dah letak Jawatan TKM 1 P.PINANG dan letak Jawatan pula sebagai ADUN penanti.

Adakah ini satu helah PKR yang dah ketandusan pemimpin untuk ganti Fairuz sebagai TKM 1 P.Pinang?.......Pilihanraya kecil untuk cari wakil PKR (kalau menang) untuk Jawatan TKM 1.

Kemaruk dan teruja dengan kemenangan di bukit selambau dan ketiadaan wakil rakyat PKR yang berkelayakan dalam DUN P.pinang untuk dilantik sebagai TKM 1 maka PKR kena lah cari wakil lain yang benar benar layak untuk menggantikan Fairuz.

Dah faham sangat,inilah kesannya jika tersalah pilih,masa untuk bangunkan negara untuk mengatasi kegawatan ekonomi terpaksa dihabiskan dengan pilihanraya yang tak sepatutnya berlaku jika pengundi memilih wakil rakyat dari parti yang konsisten dan berkemampuan.

PKR ternyata bukan sebuah parti yang memperjuangkan rakyat tetapi memperjuangkan kedudukan individu,mengapa fairuz perlu letak jawatan?..Fairuz masih sehat walafiat,masih kuat berkerja,ya lah mungkin terpalit cemar kes SPRM,dan muka PKR terlomor arang,maka Fairuz mahu tidak mahu perlu dibuang,apatah lagi ADUN-ADUN PKR yang ada tidak berkelayakan untuk diberikan Jawatan sebagai TKM 1 P.Pinang.

"Jika sesaorang yang dilantik atau dipilih itu bukan pada tempatnya,tunggulah saat kehancurannya" Jelas terbukti nas dan dalil itu benar.

Apa kata rakyat Pulau Pinang?..bagaimana pula kehendak pengundi DUN Penanti?..dah bersuluh walau pun dalam terang,tak kan nak tersesat lagi dalam terang kut.

Apa pun kita tunggu apa yang akan berlaku seterusnya,sebagai orang melayu,berfikirlah dengan waras kerana itulah pelita hati,janganlah kerana taksub pada sesuatu itu maka kita gadaikan masa depan anak cucu kita.

Kalau tidak sekarang bila lagi,inilah masanya untuk orang orang melayu melihat dari dalam diri kita melalui Roh kehidupan kita,siapa kita dan dimana kita,apakah hendak kita biarkan bangsa kita dan generasi kita akan datang diinjak-injak dan dihina?...tak kan kita mampu tersenyum dan gelak melihat bangsa kita diperkotak katikan?..Ingatlah bangsa melayu adalah bangsa yang bermaruah.

Kita sudah tiada masa,bersatu adalah jalan untuk memperkasa dan memperteguhkan bangsa,lupakan sengketa lama dan kembalilah berpadu dan ingatlah yang SATU (ALIF) DUA (BA) TIGA (TA).

Berusahalah membina kebaikan diantara kebaikan untuk mencari yang terbaik dikalangan yang baik-baik demi kekuatan ummah.
Jangan gadaikan masa depan anak cucu kita hanya untuk nikmat yang sementara.
Pasti dan mestikan menjadi Bangsa Melayu yang Agung di bumi ini.











































































Tuesday, April 14, 2009

BERSATULAH WAHAI BANGSAKU MELAYU

Amat terasa kini bila UMNO ditakrifkan tidak kuat oleh kaum kaum lain,terdapat pelbagai tuntutan dan desakan minta itu ini,dapat dirasakan bahawa PM penat jenuh melayani tuntutan-tuntutan kaum tersebut,bagi salah tak bagi bersalah.

Kaum kaum lain kena faham,di bumi Malaysia ini MELAYU masih lagi majoriti,kalau dihitung dalam parlimen,wakil rakyat melayu UMNO + PAS + PKR + PBB ,jika wakil rakyat ini bersatu,melayu boleh ada majoriti membentuk kerajaan tanpa kaum kaum lain.

Hidup UMNO hidup Melayu,ini jelas untuk difahami kerana UMNO adalah pertubuhan pertama melayu yang berjaya merampas TanahAIR ini dari dijajah oleh MU (malayan union) .Kesatuan melayu inilah yang bernama UMNO yang berjaya memerdekakan negara ini.

Setelah merdeka dan memerintah ujudlah perikatan antara kaum untuk memacu bahtera memajukan negara dan UMNO lah yang menjadi nadi penggerak nya.

Hari ini kian terserlah biarpun sebelumnya terdapat pelbagai tuntutan yang dibuat oleh kaum kaum lain yang dikatakan rakan dalam membangunkan negara masih lagi dengan tuntutan dan ugutan berkehendakan itu dan ini.

Selepas PRU12 amat ketara,selepas tewas teruk parti parti komponen BN yang mewakili kaum Cina dan India kurang wakil dalam kabinet,maka pelbagai tuntutan dikemukakan,ada yang dilayan walau pun terpaksa mengorbankan hak yang lain.

Kata orang tua-tua "apabila pokok dah mula condong,bukan saja kera dan lutung yang ragas,kura-kura pun turut mengerabatnya".Nampak jelas apabila komuniti melayu dah semakin parah berpecah belah,maka akan adalah kaum yang akan mengambil kesempatan.

Akan adakah kuasa melayu lagi jika sentiasa berpecah belah?...wahai bangsaku MELAYU dalam UMNO,PAS,PKR dan yang tak berparti,marilah kita lupakan sengketa dan bersatu dengan bermaaf maafanlah,buangkan sengketa politik,kembalilah berpadu,ingatlah yang MELAYU kini kian terhimpit dan tersepit di bumi bertuah ini,marilah kita bersama-sama bangun membela antara satu sama lain,dan ingatlah jika dicubit paha kanan paha kiri juga terasa sakit,sesungguhnya MELAYU ISLAM itu bersaudara dan jangan kita biarkan saudara seagama dan sebangsa dengan kita ini dirobek dan diratah untung nasibnya oleh orang lain.

BERSATULAH MELAYU,MEMPERTAHANKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.
KITA SUDAH TIADA MASA........KALAU TIDAK SEKARANG BILA LAGI.

* SOKONG PEKIDA demi AMMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR.
* SOKONG PERKASA demi MEMPERTAHANKAN BANGSA MELAYU.
* SOKONG UMNO,PAS,PKR demi PERPADUAN MELAYU.

" JANGAN DIBIARKAN BANGSA MELAYU MENJADI PENGEMIS DI NEGARA SENDIRI.

DIMANAKAH ANAK CUCU KITA NANTI JIKA HARI INI KITA (MELAYU) TIDAK MAHU BERSATU PADU?....................

























NAK KUAT NAK HEBAT NAK TUNJUKLAH

Ada lagi sebutan yang diwar warkan oleh DS Anwar PKR,kali ini kabinet bayangan pula dah.

Kalau PM dah sediakan Kabinet Rakyat,rakyat didahulukan,apa lagi nak ada kabinet bayangan.......Bayangan Gurauan ada lah.

Bayangan kehancuran mula ternampak dimata PKR,bilamana rakyat dapat memahami sepenuhnya apa yang diterjemahkan oleh PM DSNTR dengan Kabinet Rakyat dan semua rakyat dapat merasai nikmat serta menteri-menteri turun kebawah merapati rakyat,kesemua masaalah rakyat dapat diselesaikan,pada masa itu menggelupurlah PKR mencari arah.

Kabinet bayangan ni tak payah lah dok menggigau bila matahari dah naik,nak cari salah BN saja,nak pantau menteri kerajaan konon,lebih baik pantau anak anak buah PKR dulu.

Setakat nak buat retorik dan omongan hasutan untuk tujuan pecah belah dan perintah tak usahlah,rakyat nak kehidupan yang aman damai dengan kemakmuran bukan nak dengar celaan dan maki hamun,untuk apa nak tunjuk kekuatan jika rakyat hidup dalam kesengsaraan.

Jika benar nak tunjuk kekuatan dan kehebatan,AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR,mengapa politik menjadi medan pertempuran dengan pecah belah,mengapa bila ayat-ayat suci AlQURAN dipersendakan tidak dibela?...





















Saturday, April 11, 2009

MENTERI AGAMA : KABINET RAKYAT


selesai Pilehanraya kecil bagi 2 bukit dan satu batang,semua dah tahu keputusannya dan pelbagai cerita semasa kempen dan selepas menang,ada yang betul ada juga yang tak betul.

Tun Dr.Mahathir kembali semula dalam UMNO terus menjadi tajuk bualan,ada yang cakap baik dan ada juga yang kata bermacam-macam.

Dato Sri Najib jadi Perdana menteri ke 7 dan perlantikan menteri kabinet dan Timbalan menteri juga tidak lepas dari kata-kata yang pelbagai macam.

Yang menariknya dalam ramai-ramai menteri dan timbalan menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri,terdengar masa pengumuman PM yang beliau melantik Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharum sebagai Menteri di JPM,memegang potfolio Agama.

Datuk Jamil Khir satu malaysia rakyat kenal,cukup popular sebagai penceramah Forum Perdana.Anak Yan dari Kg Sedaka ini cukup terkenal dari segi Ilmu Agamanya.Apatah lagi mendapat pendidikan asas agama dari ibubapanya yang bergelar ustaz,siapa yang tak kenal Pak Ngah Baharum bapa Datuk Jamil.

Datuk Jamil Khir satu kampong dan satu sekolah dengan penulis di Sek.Keb Ulu Sedaka,kami pernah bertarung dalam pertandingan syarahan sekolah tersebut,beliau menjadi Johan dan penulis Naib Johan,habis sekolah beliau ke Maktab Mahmud dan penulis ke Sekolah menengah biasa saja,sejak itu kami terpisah.

Kami pernah bertemu sekali ketika pilihanraya 1988 ketika itu beliau berkerja dengan Koperasi shamelin .

Apa yang dapat penulis katakan bahawa perlantikan Datuk Jamil Khir sebagai Menteri Agama oleh Perdana Menteri DSNTR adalah tepat dan bijak serta berpandangan jauh.

Kita yakin Perdana Menteri sememangnya telah tahu bahawa Datuk Jamil mempunyai karisma yang boleh memperteguhkan ukhwah dalam mempertingkatkan daulah Islamiah serta pembentukan sahsiah dan jatidiri muslim sejati.

Hari ini kita sudah keterlampauan disogok oleh retorik keagamaan yang memungkinkan ramai umat Islam berada dalam kecelaruan dan kekeliruan,mungkin asas yang ada tidak dapat diterjemah atau tidak berupaya untuk menimpelementasikannya secara total.

Inilah cabaran dan harapan rakyat dan Perdana Menteri tentu lebih memahami bahawa situasi ini memerlukan satu kebijaksanaan yang lebih komprehensif untuk menyatukan kembali umat Islam yang begitu ketara berpuak-puak dimalaysia ini.

Apa yang pasti sudah jelas terang lagi bersuluh ,pemilihan dan perlantikan Datuk Jamil Khir sebagai Menteri Agama tepat dan sesuai dengan ketika serta mampu menggalas amanah negara kearah perpaduan umat Islam itu sendiri.

Bagaimana pula UMNO Jerai melihat situasi ini?....dari sudut politik jika Datuk Jamil Khir mempamirkan kualiti kepimpinan dan berkeupayaan menterjemahkan amanah Perdana Menteri sebagai Menteri Agama,apakah sanggup Pemimpin UMNO Jerai memberikan laluan untuk bertanding sebagaai Ahli Parlimen pada PRU 13 nanti?.........

Apa pun gendang baru dipalu dan tiupan serunai baru berbunyi,lihat saja lah nanti pencak yang ditari kan,apakah kuntau yang akan dimainkan?...tomoi kah?..silat pulut kah ?...atau tarian zapin putu mayam?...



































Monday, March 30, 2009

BUKIT SELAMBAU

Pilehanraya kecil,rakyat menanti dengan rasa tertunggu-tunggu apa keputusannya,
Penamaan calon sudah pun selesai,sekarang masa berkempen dan 7hb.april nanti hari untuk mengundi.

Apa yang pasti peniaga-peniaga kedai makan disekitar dan dalam kawasan DUN Bukit Selambau ini akan menjadi tumpuan ramai dan akan menghasilkan peningkatan pendapatan yang lumayan.

Tumpuan di Bukit Selambau ini bukan saja kepada calon-calon yang bertanding,tetapi kepada pengunjung pengunjung dari luar,sebelum ini ramai orang luar hanya tahu Bukit Selambau tetapi tidak pernah datang,pilehanraya ini bagai menggamit mereka datang.

DUN Bukit Selambau mencatat sejarah tersendiri pilehanraya,bila 15 orang calon bertanding,2 calon berparti dan 13 calon bebas.
Apa yang menarik ialah daripada 15 calon yang bertanding 9 calon terdiri daripada keturunan India, 5 calon bebas Melayu dan 1 calon bebas cina.
Siapakah diantara calon-calon itu yang akan menang?.........

BN meletakan calon keturunan India disokong oleh MIC,UMNO,MCA dan GERAKAN, PAKATAN RAKYAT juga meletakan calon keturunan India yang disokong oleh PKR,PAS dan DAP.Manakala calon bebas India ada yang dari bekas-bekas pemimpin komponen BN dan ada dari PKR,Calon bebas melayu juga terdiri daripada bekas bekas pemimpin UMNO dan PKR.

Kepada siapakah undi hendak diberikan oleh pengundi di bukit selambau?......
Apakah 19,000 pengundi keturunan India akan memberikan undi mereka kepada 9 calon keturunan India yang bertanding?.......

Atau adakah 50.2% pengundi melayu akan memberikan undi mereka kepada 5 calon bebas melayu yang bertanding?..........

Dan mungkinkah akan berlaku undi melayu untuk melayu,undi India untuk India dan undi cina untuk cina?........Jika ini berlaku adakah BN dan PKR (PAKATAN RAKYAT) dilihat releven ?.........

Persoalan sekarang sesiapa juga calon yang menang akan mendapat kemenangan yang tipis,undi pasti akan berpecah,apapun kesemua ini bergantung kepada cara dan pendekatan kempen yang dilakukan oleh calon-calon yang bertanding.

Sebagai rakyat kita melihat situasi dibukit selambau ini satu fenomena yang boleh ditafsirkan dengan pelbagai andaian samaada secara rasional atau pun emosional,apa yang pasti pertandingan ini bukan lagi pertandingan antara parti tetapi pertandingan antara kaum.

Jika BN Menang bermakna Pakatan Rakyat tidak sekuat dan segagah seperti yang diwar warkan dan rakyat telah insaf, tetapi jika Pakatan Rakyat (PKR) Menang,ternyatalah amat sukar untuk BN kembali bertapak di negeri kedah ini.
Tetapi jika calon bebas yang menang sekali lagi bermakna rakyat sudah tiada pilihan untuk parti-parti yang bertanding.

BUKIT SELAMBAU DUN EMAS pada PAKATAN RAKYAT,pelbagai janji ditaburkan antaranya jika calon PKR Menang akan dilantik Exco Kerajaan Negeri.
Siapakah yang untung rakyat(pengundi) kah atau calon PKR yang untung?,,,,,,,,,

Kepada Pengundi bukit selambau fikir-fikirkanlah,tanyalah diri siapa kita,dimana kita,apa sejarah kita,RENUNG-RENUNGKAN......................



























Saturday, March 28, 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO : TUN DR.MAHATHIR PEMULIH SEMANGAT

Sedang menghayati ucapan Timbalan Presiden UMNO yang baru Tan Sri Muhyiddin,tiba-tiba skrin memaparkan ketibaan Tun Dr.Mahathir dan Tun Dr.Siti Hasmah,bergema sorakan dalam dewan merdeka mengalu-alaukan kehadiran TUN dan Isteri.

Seperti kata TS Muhyiddin kehadiran Tun membawa makna yang cukup tepat untuk difahami oleh perwakilan UMNO dan seluruh masyarakat melayu.

Tun teramat sayangkan UMNO kehadirannya petanda baik yang Tun akan kembali kepangkuan UMNO .Presiden UMNO Dato seri Najib pasti menjemput Negarawan seperti Tun dan Pak Lah berganding bahu memulihkan kembali UMNO .

Ahli-ahli UMNO yang masih keliru dan terasahati serta yang telah lemah semangat,marilah kita sama-sama bingkas bangun dan kembali bersama-sama Tun Dr.Mahathir membina kembali kekuatan UMNO yang di terajui oleh Presiden baru YAB Dato Seri Najib dan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin menyokong dan berpadu sebagai ahli yang setia dengan semangat juang yang tinggi.

Suntikkan semangat Tun akan memulihkan UMNO dan UMNO akan menjadi lebih gagah selepas ini,yang pastinya kehadiran TUN bergandingan dengan PakLah sebagai negarawan membantu DS Najib sebagai Presiden UMNO akan berupaya mengugat isu-isu yang dimainkan pembangkang.

UMNO KAN GAGAH DI NUSANTARA.

Thursday, March 26, 2009

PEMILIHAN MKT UMNO : PERWAKILAN MATANG

Keputusan dah pun di ketahui,TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN menang Jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Naib-naib Presiden yang menang seperti yang dijangkakan 1) YB DATO SRI DR.AHMAD ZAHID HAMIDI 2) DATO SRI HISHAMUDIN TUN HUSSAIN 3) DATO MOHD.SHAFIE AFDAL.

Majlis Tertinggi terdapat banyak pemimpin dikalangan YB YB yang menang,tak dipertikaikan mereka yang menang itu terdiri daripada mereka yang lantang bersuara di parlimen.

Sebagai rakyat marhaen kita wajar berbangga dengan kemenangan pemimpin-pemimpin tersebut kerana apa yang kita doakan termakbul,kita nakkan pemimpin yang berani,pemimpin yang tidak dicucuk hidung.

Dapat kita simpulkan keputusan Pemilihan MKT UMNO senada dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan,hanya 2.3 kerat saja legasi Pak Lah yang menang MKT yang lain kalah.

Perwakilan UMNO yang datang dari Bahagian Bahagian seluruh negara begitu matang serta memahami kehendak akar umbi UMNO,mesej rakyat dapat difahami dengan jelas serta diterjemahkan melalui undi mereka.Tahniah buat kesemua perwakilan UMNO dalam pemilihan MKT.

Berbeza dengan perwakilan pemuda,ya lah orang muda,masih KANYAQ lagi,masih tak memahami kehendak ahli akar umbi,yang mereka faham RM,sebab tu lah keputusan tak seperti yang diramalkan oleh kebanyakan ahli dan rakyat di akar umbi.Keputusan pemilihan KETUA PEMUDA UMNO amat mengecewakan rakyat dan ahli UMNO di akar umbi,mesej pemuda UMNO akar umbi tidak diterjemahkan oleh perwakilan pemuda dengan sebaik baiknya.

Apa pun sebagai ahli yang sayangkan parti UMNO berpuashati dengan keputusan pemilihan MKT UMNO,WANITA SERTA PUTERI kecuali PEMUDA.
iNGATLAH DAN BERWASPADALAH......BARISAN KEPIMPINAN PEMUDA YANG ADA SEKARANG AKAN MANAMBAHKAN LAGI LIABILITI UMNO kecuali YB RAZALI IBRAHIM yang menang NAIB KETUA PEMUDA.

TAHNIAH untuk Presiden YAB DSR NAJIB,Tim.Presiden YB TS MUHYIDDIN,Naib-naib Presiden YB DS HISHAMUDIN YB DS DR,ZAHID YB DATUK SHAFIE AFDAL dan AHLI MKT yang menang terutamanya YB TAJUDDIN,YB BUNG MUKHTAR,YB DATO FUAD,YB SAIFUDDIN,YB DATO NOH dan lain lain lagi.

Ahli UMNO dan rakyat menanti dengan penuh harapan khidmat yang akan diberikan oleh barisan Kepimpinan baru MKT UMNO ini,jangan mengecewakan lagi harapan akar umbi,kembalikan UMNO sebagai tunjang kekuatan pemerintahan Negara demi AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

Wednesday, March 25, 2009

PEMUDA UMNO: YANG BERSALAH....MENANG

Rasa terpanggil untuk membicarakan perihal pemilihan Jawatan Ketua Pemuda UMNO yang berlangsung kelmarin 25 march 2009.

Kemanakah halatuju Pemuda UMNO?...
Hukuman LEMBAGA DISIPLIN UMNO tidak jelas,calon bersalah diberikan amaran,boleh bertanding dan menang pula.

Perwakilan 304 orang telah mengundi YB Khairy,kenapa?....mesti ada sebab yang tersurat dan yang tersirat.

Akar umbi Pemuda UMNO jelas mahukan Dato Mukhriz untuk Jawatan Ketua Pemuda.

Yang menentukan kemenangan calon UMNO untuk BN dalam pilihanraya bukannya perwakilan yang mengundi YB Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO.

akar umbi yang merasai getir akan menterjemahkan dalam pilihanraya ke 13 nanti dengan menolak calon UMNO dan BN.

Jelas,sudah terang lagi bersuluh,suara akar umbi dalam UMNO tidak dipedulikan oleh perwakilan,mungkin kerana LABA,mereka-mereka ini menidakkan kehendak akar umbi dan membiarkan ahli UMNO mendapat BALA.

Atau adakah UMNO sudah tidak lagi releven untuk membela nasib Bangsa Melayu dan ahli ahli yang marhaen?......atau para perwakilan sudah tidak lagi pentingkan sokongan ahli akar umbi dalam perjuangan UMNO ?.......

Beberapa panggilan dan SMS dari rakan rakan UMNO akar umbi terlalu kecewa dengan keputusan yang telah dibuat perwakilan,ternyata apa yang dirungutkan ada kebenarannya.Mana mungkin orang yang didapati bersalah mengamalkan POLITIK WANG yang di berikan amaran tetapi masih di undi oleh perwakilan,ternyata kuasa wang lebih kuat daripada kuasa pemikir rasional dan perwakilan tidak ada keupayaan untuk berfikir dengan sempurna dengan mengenepikan calon berwibawa yang mampu memperkuatkan UMNO demi survival melayu.

Apa akan berlaku selepas ini?...akan tersaksilah kekalahan demi kekalahan BN dalam pilihanraya di 2 bukit dan satu batang yang akan diadakan pada 7 april nanti.Ahli UMNO akar umbi terlalu muak dan meluat dengan gelagat pemimpin UMNO,Kekecewaan ini akan merebak dan sudah pasti akan merebahkan UMNO/BN dalam pilehanraya nanti.

$$$$$$$$$$$$$UMNO BUKAN LAGI PARTI SURVIVAL MELAYU$$$$$$$$$$$$$$$$$




























Tuesday, March 17, 2009

KESALAHAN: HUKUMAN YANG TAK DIHUKUM

UMNO : LEMBAGA DISIPLIN telah menjalankan tugas dengan memberikan hukuman kepada 15 pesalah politik wang didalam UMNO.

YAB Dato Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka telah didapati bersalah mengikut etika Lembaga Disiplin UMNO berkaitan politik WANG dihukum tidak boleh bertanding sebagai calon Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan yang akan diadakan tetapi kekal semua Jawatan dalam parti dan kerajaan.

YB Khairy Jamaluddin (KJ) Ahli Parlimen Rembau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia didapati bersalah melakukan amalan yang sama tidak menerima hukuman sebaliknya hanya diberikan AMARAN saja.

Lagi 13 wakil calon yang rata ratanya Pemimpin UMNO didapati bersalah dan dihukum gantung sehingga 3 tahun.

Udang besar terlepas dari pukat yang jarang tetapi udang kecil tersangkut,Lembaga Disiplin UMNO telah membuat keputusan.

Apakah ada hikmah atas semua keputusan tersebut?...atau adakah hukuman tersebut hanya sekadar cuma membuat keputusan?...dan apakah hukuman tersebut satu keputusan LD UMNO saja?...

Renung renungkan lah.............

Monday, March 2, 2009

DUA BUKIT SATU BATANG

Apa tu?........Tu dia aihhhhhh.......dengar macam ada yang terfikir benda tu je......
Sebenarnya bukan benda tu yang nak diceritakan,jangan lah fikir yang bukan-bukan.
Dua bukit tu ialah BUKIT GANTANG dan BUKIT SELAMBAU serta satu batang pula ialah BATANG AI .

Pilehanraya kecil lah,dua bukit tu mungkin berkedudukan 50-50 tetapi satu batang tu pasti milik BN.Apa pun keputusannya selepas rakyat kawasan itu mengundi.

Yang nak cerita hari ini ialah mengapa dua bukit tu yang rasa rasanya payah juga nak kembali kat BN,kenapa ye?......

1. Penghuni yang menjadi pengundi di dua bukit tu dah tak geli dah dengan usapan belaian tangan BN,mungkin dah tak rasa karan dah kut.

2. Pilehanraya umum ke12 dulu pengundi dibukit tersebut nak rasa dan cuba pula usapan belaian tangan pembangkang tetapi tak seindah ucapan yang ditaburkan.

3. Pilehanraya kecil ini terjadi atas sebab KEHENDAK TUHAN yang HIDAYAHNYA untuk sama-sama kita fikir dan renungkan.

BUKIT SELAMBAU (PKR) BUKIT GANTANG (PAS) BATANG AI (BN)

Kesemua tempat itu sebelum PRU12 adalah milik BN.

Dua Bukit jatuh ketangan PAKATAN RAKYAT,BN hilang pengaruh majoriti untuk kedua-dua negeri tersebut.

Kemelut politik yang melanda akhir-akhir ini memberikan peluang kembali bernafas kepada BN,tetapi PAKATAN RAKYAT juga mempunyai peluang untuk mempertahankan dua bukit tersebut.Rakyat yang jadi pengundi saja yang akan menentukan dua bukit tersebut akan jadi milik siapa antara BN dan PAKATAN RAKYAT.

TIADA MANUSIA DIDALAM MASYARAKAT HANTU,TETAPI ADA HANTU DIDALAM MASYARAKAT MANUSIA.

Politik ada kepelbagaian HANTU,ada hantu raya,ada hantu pocong,ada hantu toyol,pelesit dan berbagai- bagai rupa bentuk yang difinasinya boleh diterjemahkan mengikut kesesuaian ketika dan keadaan.

Mengapa BN kalah dan mengapa PR menang?....secara nyata dapat kita katakan pengundi menolak BN kerana............................dan pengundi memilih PR kerana.....................................

Tetapi perlu diingat ada sebab mengapa itu berlaku,mengapa pengundi tidak menyokong calon BN dan tertarik menyokong calon PR?.
Rakyat yang jadi pengundi menjadi hakim membuat keputusan pada hari pengundian,BN ditolak bukan kerana namanya BN dan memilih PR bukannya kerana PR tu lebih bagus dari BN.

Mungkin kemuakkan pengundi kepada BN bersebab atau bosan melihat kerenah kepemimpinan BN yang ada setengahnya "cakap tak serupa bikin dan bikin pun tak serupa cakap" Lantaran itu undi diberikan kepada PR mungkin sekadar melepaskan geram atau pun pelbagai alasan lain.

Sama ada BN sedar dari "tidur" atau terus berdengkur dengan situasi ini sukar untuk dipastikan,akan tetapi kalau dinilai daripada sokongan rakyat tidak banyak yang boleh di pastikan yang BN akan kembali.

PR menangguk diair yang keruh dengan retorik retorik yang boleh menyakinkan serta mengemis simpati rakyat dengan menudingkan semua masaalah kepada BN,sedangkan BN masih lagi dengan alunan lagu lama yang memualkan rakyat,masih bergelut dengan acuan lanskap politik yang masih basah basi walaupun terdapat akan peralehan kepimpinan mac ini.

Rakyat menilai dengan congakkan yang banyak abstrak untuk difahami,dalam terpingga-pingga meneneliti inilah jarum jarum PR berjalan menyerang setiap saraf dan apabila tiba masa mengundi lambang BN maenjadi kabur dan tidak kelihatan.

BN perlu bingkas bangun untuk meyakinkan rakyat yakni pengundi,pergolakan dalaman wajar dipinggirkan,liabiliti yang merugikan perlu disingkirkan,Pengundi melihat jika kepimpinan UMNO yang menjadi tunjang BN terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang bersih maka naluri mereka akan terbuka untuk kembali mengundi BN,jika disebaliknya maka dua bukit terbut akan kekal dengan PR.

APA PUN PERCAYALAH PEMILIHAN UMNO SEDANG DITONTON OLEH RAKYAT DAN PENGUNDI,JIKA CALON YANG MENANG DIYAKINI RAKYAT AKAR UMBI AKAN MENANGLAH PILEHANRAYA JIKA TIDAK ALAMAT BN BUNGKUS.

Friday, February 27, 2009

TUNTUTAN BATIN KEHEBATAN LELAKI DAN WANITA

Tinggalkan sejenak perihal politik tanahair,UMNO,PAS,KEADILAN DAN DAP,BN ATAU PUN PAKATAN RAKYAT.

Mari kita santai dengan melihat dari dalam diri kita,jika kita lelaki (suami) adakah kita ini SUAMI TERHEBAT diranjang asmara,jika (Isteri) adakah anda Isteri YANG TERCANGGIH untuk kepuasan diranjang tidur.Renungkan...................................

Bumi ciptaan Allah Taala ini menyimpan khazanah besar untuk anak Adam dan Hawa,setiap pelusuk sudut dimaya pada ini boleh diterjemah tafsirkan untuk kepelbagaian guna,yang kita nak sebut ialah guna untuk SUAMI dan untuk ISTERI.

Senjata asli milik kaum adam ini sememangnya ampuh dan kukuh,tapi sekuat manakah kudrat hanya dengan sepinggan nasi?....Jika pertarungan memerlukan kemuncak yang meransangkan tapi bertahan cuma 5 minit.Tidakkah rasa tercabar jika senyuman yang Isteri berikan cuma sinis saja bukannya tanda kepuasan?....

Begitu juga dengan kaum Hawa,takkan hanya menerima seadanya tanpa memberikan reaksi yang mengkagumkan,jangan mendinginkan yang panas,berikan sokongan yang terrrrrrrhebat kepada suami,agar suami bisa ketagihan dan tak kan mungkin berpaling arah,sejauh mana pelayaran suami,sekuat mana dayunganya,biarkan sama sama terdampar mesra dan kemas bertaut.

Jangan mungkin menyerah kepada keadaan,cari alternatif yang terhebat untuk suami dan isteri,,,,,rahsiaaaaaaa akan terbuka.......yang kendur kembali tegang mengeras seperti teruna muda,ampuh dan padu,kecil bisa membesar,pendek kian menjadi panjang,biar usia memanjat waktu gelora makin teransang.
Bagi sang isteri pula,yang kendur tegang semula,pintu yang semakin mengembang kembali menguncup,anak lima terasa seperti dara remaja,ketat,sempit serta kemutan yang bertali arus,,,,,,,rahsiaaaaaa wanita kembali dara....

Suami puassssss tak terkira,isteri semakin sukaaaaa,nak lagi,nak lagi dan nak lagiiiiiiiii........suami akan terus milik isteri dan isteri kekal milik suami.

Rahsia alam rumahtangga,terbongkar,menanti anda,nak tahu lebih lanjut berchattinglah dengan admin anda..akan dihuraikan semuanya secara percuma.

DAPATKAN PETUA INI DAN TERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN KEHEBATAN SEBAGAI SUAMI DAN JUGA ISTERI.PERCUMA



























Monday, February 23, 2009

PEMILIHAN PEMIMPIN vs PILEHANRAYA KECIL

UMNO sedang dalam pembikinan dan peralehan kepimpinan,mac ini akan menyaksikan pemilihan penting MKT UMNO.PRESIDEN 5 tahun lalu dah berundur (Pak Lah) DS Najib dah pun didapati menang tidak bertanding sebagai PRESIDEN UMNO.Timbalan dan Naib-Naib Presiden dipertandingkan dan sedang hangat dan rancak berkempen.Begitu juga dengan Ketua Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO.

Secara kebetulan kemelut politik berlaku di perak dan di kedah serta di selangor,bahang daripada itu mengeret kepada pilehanraya kecil,kesemua kerusi tersebut yang di menangi oleh pembangkang Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS di Bukit Gantang Perak (Parlimen) Bebas (PKR) dun Bukit Selambau Kedah dan kemungkinan Bukit Lanjan Selangor DUN (PKR).Pada PRU12,BN kalah kesemua kerusi tersebut,kenapa?...apakah kerana rakyat dah tidak meminati BN lagi?...ataupun rakyat sudah meluat dengan gelagat kepimpinan BN?...Persoalan ini mungkin terjawab pada pilehanraya kecil ditempat-tempat tersebut nanti.

Sokongan pengundi yang beraleh arah pada pilehanraya ke12 dulu adalah kerana rakyat telah bosan dan meluat dengan corak dan cara serta gaya kepimpinan BN yang diterajui oleh UMNO,Kebanyakan pemimpin UMNO dibawah teraju Pak Lah dianggap sebagai bukan pejuang untuk Agama,Bangsa dan Negara,wabak bosan dan meluat itu merebak hingga ke komponen BN iaitu MIC,MCA,GERAKAN dan lain lain parti serta ditambah dengan momokan pembangkang seperti PAS,PKR dan DAP.Maka apa sogokan dan momokan itu sampai kepada rakyat serta diterjemahkan pada kertas undi dan kerajaan BN tumbang di negeri-negeri yang BN anggap kuat seperti KEDAH,PULAU PINANG,PERAK,SELANGOR,KELANTAN termasuklah WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

Kemelut pemilihan dalam UMNO mungkin menyaksikan perubahan,samaada perubahan yang membawa kebaikan kepada negara atau perubahan yang membawa kehancuran kepimpinan dalam negara.UMNO kini sedang dilanda masaalah politik wang dalam kepimpinannya,rakyat dah faham benar senario politik UMNO bila berlaku pertandingan dan perebutan jawatan dalam UMNO.
Kerana pengaruh wang yang baik akan jadi buruk dan yang buruk boleh jadi baik,itulah yang dibimbangi oleh rakyat,kerana jika yang benar-benar menang itu pemimpin yang berjuang untuk Agama,Bangsa dan Negara kira baik lah,bagaimana sekiranya dek kerana taburan wang ringgit dan lain-lain yang menang itu bukan nya pemimpin yang berjuang untuk Agama,Bangsa dan Negara,kemanakah rakyat negara ini dan Bangsa melayu hendak mengadu?.......

Kalau hendakan BN menang pada pilehanraya kecil tempat-tempat tersebut,perwakilan UMNO samaada G7,G2 dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain mesti memberi undi kepada calon calon yang tidak banyak berdosa dengan UMNO dan rakyat.Semua dah tahu siapa yang berdosa dan siapa yang tidak berdosa,jadi jangan pileh yang berdosa.UMNO perlu menyingkirkan pemimpin yang banyak berdosa kepada parti dan rakyat.

Pengundi disemua tempat yang terlibat sedang melihat dan memerhatikan keputusan pemilihan UMNO,Jika yang menang dalam pemilihan UMNO itu nanti terdiri daripada pemimpin yang tidak berdosa kepada parti dan rakyat maka akan menanglah BN ditempat-tempat tersebut,jika pemimpin yang menang terdiri daripada mereka yang telah membuat dosa kepada parti dan rakyat nescaya akan kalah lagi BN dalam pilehanraya kecil itu,oleh itu fikir fikirlah wahai perwakilan UMNO sayangilah parti melebihi dari wang yang ditaburkan.


Fikir dan renungkan,sejarah telah mengajar UMNO dulu dan kini,apakah hendak dibiarkan UMNO tenggelam dan BN berkubur oleh pemimpin yang berkepentingan diri dari berbakti untuk Agama,Bangsa dan Negara.Jangan biarkan pengundi terjemahkan hasrat mereka dengan menolak BN dalam pilehanraya kecil ini.Buktikanlah wahai pemimpin yang UMNO dan BN masih releven dalam memercukan TRADISI MEMBELA RAKYAT.Tebus kembali kekecewaan rakyat,biarkanlah luncai terjun dengan silabu-labunya.................